Dec 30, 2011

Tempahan doodle couple sempena Hari Jadi

Salam to all readers


Kali ni,dil menerima tempahan sempena birthday pulak.. Customer dil, nak doodle couple pegang board, pastu nak ada balloon, cake, and taruk quote yang dia bagi.. Design, 100% dia, serahkan pada dil.. So, dil bagi idea design yang dil nak buat, and dia setuju.. 


Dil buat meja ala-ala yang ada dekat majlis kahwin tu.. Guest book register table kot nama dia.. Ntah, dil main hentam jer..hehhe.. And dekat situ, dil ada tambahkan item lain, macam bunga, pasu, card, frame, meja, and background..

#Tadaaa, ada rupa macam yang dekat orang kahwin tak??he



Yang ni pulak, doodle couple.. Dil  designkan mengikut customer dil nak.. Dia nak girl pakai cardigan hitam, baju biru candy, and skirt pink polkadot.. And yang boy, just pakai baju biru, and jeans hitam..



Design final, dil compile kan dalam satu, and hasilnya,macam biasa, comot-comot.. Hope customer dil, berpuas hati.. ^^



nota kaki:

korang-korang, ada idea tak??
dil ingat nak buat games..
tapi tak ada idea nak buat game apa..=.=


Dec 24, 2011

#Tak salah bercinta tapi

Salam to all readers



#Tak salah bercinta tapi apa yang salah cara menunaikan cinta itu - Ustaz Azhar Idrus



nota kaki:

nice kan quote tu.. ^^

#Just married ^^

Salam to all readers.



My 3rd tempahan doodle untuk wedding card.. Alhamdulillah, rezeki doodle bertambah-tambah.. Tambahan pulak untuk ditaruk dekat wedding card.. #thanks kepada yang sudi taruk doodle comot ni, dalam kad kahwin korang.. ^^


Tema kali ni, bakal raja sehari dah awal-awal bagitau kat dil, dia nak doodle married naik kereta, pastu, ada belon.. Fungsi belon tu adalah untuk letak tarikh perkahwinan.. 


Si lelaki memakai tuxedo, and si perempuan memakai tudung dan crown.. So hasilnya, alhamdulillah, bakal raja sehari suka doodle ni.. #even comot..comot tu dah memang wajib.. =.="




nota kaki:

eh macam tak percaya,
dah habis sem 5..
Mood: studyweek la sangat.. ^^

Dec 17, 2011

#Usah risau, pelangi itu tetap ada

Salam to all readers




Ku pinta matahari,
Tuhan turunkan hujan,
Aku menangis penuh kekecewaan,
Tapi rupanya
Tuhan mahu berikan pelangi..


Allah Maha Mengetahui.. Dia akan berikan apa yang kita perlukan, pada masa yang terbaik.. Maybe hari ini, maybe esok, maybe hari-hari bakal mendatang.. 


Just wait and iringi dengan doa.. InsyaAllah..#peringatan untuk diri sendiri dan semua


#kecewa itu lumrah.. Air mata itu lumrah.. *kesat air mata


nota kaki:

21hb ni, pesta bengkel dil..
Jemput la datang tengok animasi 3D group kami yang tak seberapa ^^




Dec 12, 2011

Lagi tempahan doodle untuk wedding card

Salam to all readers


2 3 hari lepas, dapat order ekpress dari akak pembuat wedding card.. Dia nak doodle untuk wedding card her customer.. 
#Doodle pengantin yang bakal masuk dalam wedding card.. =)



Then, berusaha siapkan doodle animate untuk cik Sha Purple.. Katanya penting.. Dia request nak doodle tangan dan mulut bergerak- gerak..Fuhh, siap dengan jayanya.. Alhamdulillah..



nota kaki:

Minggu paling tough..
Moga dapat hadapi dengan tenang.. ^^



Dec 11, 2011

#Itu tandanya Dia sayang kita =')

Salam to all readers..



Bila rasa down, rasa nak nangis sorang diri, rasa nak lari dari segala masalah, rasa nak baling laptop bagai, dil selalu ingat kata-kata kawan dil..


Allah sayang orang yang bersabar
dan 
Bila Allah uji kita, 
itu tandanya Dia sayang kita..

Terus sapu air mata yang meleleh-leleh kat pipi.. Tarik balik tetikus, sambung buat animasi..


#senyum boleh tutup luka kat hati kan.. =.=




nota  kaki:

#kadang-kadang, 
air mata boleh meleh-leleh tanpa henti bila hati dah tak kuat


Dec 9, 2011

#Jatuh cinta itu fitrah

Salam to all readers


#nice kan.. from Ustaz Azhar Idrus


nota kaki:

Eh dah lama kan x update.. =.=

Dec 4, 2011

#Tuhan tolong lembutkan hati dia

Salam to all readers


#demam ombak rindu.. ^^



nota kaki:

Seyes, masa dah tak ada untuk update blog..
sibukkk.. =.=

Nov 27, 2011

Freebies doodle couple | Memang dicipta untuk membaiki kesilapan awak

Salam to all readers




Tetiba terasa nak design doodle couple.. Ingat nak buat doodle quote, tapi tak ada ayat best.. So, buat freebies jer la.. Sesiapa yang nak, ambil la.. #Err ada ke yang nak?? =.="


Tadi, terbaca ayat ni.. Nice sangat-sangat.. #Sebak..emo betul..sambil lap hingus..=.="


Pensil: Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah. 

Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. 

Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya. 

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. 


#ala-ala pre wedding la pulak kan..hehehe




Nov 24, 2011

Don't cry because it over

Salam to all readers..




Senyum, tak perlu kata apa-apa..
Cuba terima dengan redha.
Bak kata anip semut sengal,  "kecewa pun takpalah. Biasalah hidup."



*makin hari makin comot lukisan.. =.="



Nov 23, 2011

Wordless Wednesday #8 | Im the lucky one

Salam to all readers

#see, im da lucky one..Yang lain nampak kaki jer..ahhahaha
Make up dah comot.. =.="


nota kaki:

eh kelantan dah start banjir ey???

Nov 21, 2011

Tempat terbaik untuk menternak lemak

Salam to all readers

#Entry bergambar..
Hey korang.. Nak tau tak, tempat terbaik ternak lemak? Of course la, dekat universiti.. Serius, dil tak tipu.. Buktinya, cuba korang tengok badan masing-masing bila dah masuk universiti.. Berat badan makin menaik dengan pesatnya tanpa menoleh kebelakang lagi... Demmm kan. =.="



#ni gambar semalam. 


#tengok la tempat snap gambar.
Asyik dekat tempat ada makanan jer. 
Salah satu faktor ni.. =.="


#Antara mangsa kegemukan selepas beberapa tahun menjadi pelajar universiti


#ni gambar time sem 1 dulu-dulu..wakakaa..kacak kan.. =.="


#zaman muda mudi..hahah..
Kelakar bila tengok balik.
Tapi rindu nak kurus macam dulu.. T_T



Menjadi student u ni memang besar pengorbanan dia kan.. hahahah.. So, bila dah jadi camni, mula la sibuk nak diet la, tak nak makan nasi la, nak bersenam la.. Tapi, err kekadang tewas jugak.. Actually bukan kekadang, tapi selalunya..ehhehe.. #jeles dengan orang badan kecik molek.. 



nota kaki:

3 gambar yang atas tu, 
dil letak effect vintage.
dah lama tak buat tutorial photoshop.. ^^


Nov 20, 2011

DIA dah tentukan yang terbaik untuk kita

Salam to all readers






See.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Dia tidak memberi apa yang kita inginkan. tapi dia memberi apa yang kita perlukan disaat yang terbaik untuk kita.. Kadang-kadang kita menangis, kecewa,kenapa Allah tak beri apa yang kita nak.. Tapi sebenarnya Allah dah tetapkan yang lebih terbaik untuk kita.. ^_^


Jadi, jangan kecewa, bila kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang.. Mungkin, Allah sudah tetapkan jodoh yang lagi terbaik dari yang sebelumnya.. Amin



nota kaki:

menaip entry ni sambil lap air mata..
T_T


20.11.2011 cantik kan date ni

Salam to all readers..



2 hari lepas, kawan dil ada bagitau dekat dil..


Kawan : " Eh dila, aku dah carik dah date sesuai untuk kau kahwin..Tak kira la, macam mana pun kau kena kahwin jugak.. Sebab lepas ni, dah tak ada date cantik camni..Rugi wooo "


Cik dil : " Bila wehh?? "


Kawan : " 20.11.2011. Cantik kan.. Tapi malangnya, kau ada dua hari lagi.. So, cepat-cepat carik calon yer.."


Cik dil : " demmmm.. Ingat cari calon macam nak beli karipap ke.? " =.=


demmm..fat.. =.="



nota kaki:

movie shark night, x best pun..
ending macam cerita piranna. =.="

Nov 18, 2011

Jangan bercinta kalau hati tak ikhlas

Salam to all readers



" Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya 
andainya kamu tidak ikhlas menyintainya kelak kamu akan berlaku kejam 
dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita.."




Nice quote kan.. Terbaca kat facebook.. Terus taruk dekat blog.. Just untuk peringatan diri sendiri dan semua yang membacanya..  ^_^


Ada yang tanya, " kenapa entry dil macam orang kecewa jer? " 

Err kalau dil tak nak jawab, aci tak?? ^_^





Terharu bila orang tulis pasal kita ^^

Salam to all readers..


Terharu sangat-sangat. Bila check referrals, rupanya ada jugak yang tulis pasal blog dil yang cikai ni.. Patutlah, walaupun sekarang jarang sangat nak update blog, visitor, tiap-tiap hari, mencapai jugak 1k..  Walaupun trafik tak macam dulu-dulu.. Thankss tau, sebab tak bosan-bosan singgah blog cikai ni..^^


Untuk pertama kali, dil nak list kan lah.. Nak buat kenang-kenangan..kan..^^ Untuk kali ni, dil list kan 3 blog dulu..









Entry yang simple, tapi mampu buat dil terharu, tersenyum sampai ke pipi.. hahaha..*over betoii..hahha


Nota kaki:

Ramai yang tanya camne nak tempah kad kahwin doodle.
Dil cuma lukis doodle jer tau..
Kalau korang betul-betul nak tempah,
korang boleh tekan kat sini..



Nov 16, 2011

Doodle cik Dil versi kad kahwin

Salam to all readers


Err doodle dil dah jadi doodle kad kahwin.. ^_^
Kalau sebelum ni, sekadar tempek dekat blog, alhamdulillah, dah upgrade sikit.. ^_^






*gambar dari blog LanaBusyBee
korang boleh tempah kad kahwin dengan dia..
dil cuma design doodle jer..^^


nota kaki:

Esok midterm projeck management pulak..=.="

Nov 14, 2011

Cinta ibarat rama-rama

Salam to all readers


#just a simple drawing. It's how i express myself


nota kaki:

Melukis. Satu cara nak release tensen. =.="


Bila cinta ibarat pelangi dan hujan

Salam to all readers


Pernah tak, bila kita suka sepenuh hati kat orang tu, tiba - tiba orang tu, jumpa orang yang lagi baik dari kita untuk diri dia.. Dan kita?? Kita cuba ubat hati kita, sentiasa tersenyum didepan semua orang, tapi dalam hati, hanya Tuhan je yang tau..


Dan tiba-tiba suatu hari , pasangan awak cakap kat saya, " kak, boleh tak adik nak mintak sesuatu dari akak..? emm kalau suatu hari nanti, adik mati dulu, dan masa tu, akak belum ada siapa-siapa, boleh tak akak terima dia?


2 tahun.. Bukan masa yang singkat.. Untuk melupakan, dan untuk memaafkan.. 



" Pisahkanlah kami
biarpun kami terluka
jika perkara buruk lebih banyak 
daripada perkara yang baik.."



*bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi kan.. 



nota kaki :

Senyuman boleh tutup luka kat hati kan.. 


Nov 13, 2011

Mentang-mentang cantik, so kau nak berlagak la?

Salam to all readers


Alhamdulillah, pagi tadi, dil berjaya sampai kebumi melaka dengan selamatnya.. Yang tak boleh blah, dil dapat seat yang tak boleh laras.. demmm.. Terpaksa tidur 10jam dalam keadaan menegak macam tiang bendera... =.=


So, lepas siap kemas semua, after zohor ajak kawan pergi mydin mall jap.. Nak isi perut.. Tupp tup, dil terjumpa something yang mukanya memang tak boleh blah.. Mentang-mentang cantik, so kau nak berlagak la??


Ni la dia, yang muka berlagak sangat tu.. =.="


*puas dil ushar, tapi dia buat derrr jer.. memang hampehhh



*seyes, yang ni, muka memang kerek gilerr.. rase nak dush dushh jer


*yang ni pun 2x5 jer.. Tak reti nak senyum ker? caitttt hampehhh


*mata dia..perghhh macam biji guli..booolattt


*kerja membuta jer.. Puas dil tenyeh-tenyeh kepala dia..Tapi tak ada respond pun.=.="


*ok dah tau apa korang nak cakap.. maklumlah banyak makan daging korban.. =.="



nota kaki:

errr dil rasa, errr dil homesick laa.. 
=.="



Nov 12, 2011

Full template blog order untuk Cik Fieqa

Salam to all readers..



Hari ini, menghabiskan masa menyiapkan full template blog yang di order oleh cik Fieqa.. Dia request nak kaler pink.. So, dil tambahkan design roses and border tajuk sidebar yang agak vintage sikit.. Dan alhamdulillah, dia suka dengan design tak seberapa dil ni.. ^^


*tekan SINI untuk ke blog beliau



nota kaki:

Packing barang nak balik melaka. =.=


Nov 11, 2011

Jawapan teka teki semalam | Korang memang kreatif ^^

Salam to all readers

Semalam, dil ada buat teka teki sikit.. Kelakar.. Macam-macam jawapan yang dil terima.. Tapi dil cari 1 jer pemenang yang paling cepat dan tepat.. Hadiahnya tak ada lah gempak pon.. Cuma doodle comot ni jer..


Dan pemenang nya adalah, cik Syafirah Ruslan.. Tapi, dil tak dapat nak jejak blog dia.. Tak ada link la sayang.. 



Dan ni pulak antara jawapan yang berjaya buat dil gelak tak ingat dunia..hehehe.. Jawapan korang sangat kreatif.. hehehehe ^^








Nota kaki :

Demmm.. Esok dah kena balik melaka.. T_T



Nov 10, 2011

Fine, saya memang suka berpura-pura =.=

Salam to all readers


Menaip entry dengan perasaan ntah pape.. Benci, cuti tinggal 2 hari lagi.. Projek entah ke mana.. 3D modelling yang tak siap-siap.. Dengan interview techcom2.. Alamakk, dengan midterm lagi.. Ok pengsan 24 saat.. =.="


Di saat ni, berharap, alangkah bestnya kalau sehari adalah 48jam.. 24jam, sikit sangat.. Tak cukup..=.="


Ditambah pulak dengan masalah si copycat yang tak pernah reda, memang terasa down sesangat.. T_T Tapi al-hamdulillah, Allah itu maha Adil kan.. Rezeki makin mencurah-curah.. ^_^ Oh ya, tadi baru pergi deposit cek nuffnang yang dapat hari tu.. heee


Just smile.. InsyaAllah, semuanya akan berlalu dengan tenang.. Sebab tu, dil sentiasa tersenyum, even terpaksa menangis dalam diam.. *erkk hipokrik yang positif. Tak apa kan.. ^^


*cuba teka doodle ni tengah buat apa?
siapa teka paling pantas dan tepat,
dil kasi doodle free..cepat-cepat..^^




nota kaki 

Penat.. 
Tapi cuba nak siapkan design yang orang order..
Kental..hehheeh


Nov 9, 2011

Seriously, it hurts me T_T

Salam to all readers..


Its really annoying ok.. Guna hasil kerja orang, and claim as yours.. Lagi not fair, use other's work for getting the money.. And show it like, " lihatlah dunia, ni adalah hasil kerja i dan siapa nak order, dipersilakan .."  =.=

Demmm.. And kalau ditegur pasti ada suara-suara halus, " Eleh, siapa suruh ko tayang dekat blog.. Apa lagi, copy la.. " *siap gelak devil lagi..


Dear, my blog bukan sekadar tempat i conteng-conteng, bukan sekadar tempat i express my self, tapi ia jugak tempat i tampal my art work.. Bukan kegunaan untuk menunjuk-nunjuk, but untuk kegunaan masa hadapan.. Hey, i'm multimedia student ok.. 


Sedihh.. Even kita mangsa, tapi kita tetap dipersalahkan.. Kan.. So, just shut up your mouth, and keep it deeply in your heart.. T_T



*quote kat atas ni cam haraammmm kan..hahahha



nota kaki:

My english lintang pukang.. =.="


Nov 7, 2011

Doodle Couple untuk Cik Bella || Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam to all readers..


Hey korang, selamat hari raya aidiladha tau.. Raya ke2 baru sempat nak bukak blog.. Sibuk bebenor dengan lembu..hohooo.. Camne raya korang? Best tak??


Sambil berhari raya, sempat lah settle kan doodle couple yang diorder oleh cik Bella.. Cik Bella dah bagitau awal-awal, nak doodle camne, warna ape, so, dil designkan berdasarkan kriteria yang dia nak la.. Hope cik Bella berpuas hati.. ^^

*part nak design boy, memang leceh.. =.="



Nov 3, 2011

Alhamdulillah, cek Nuffnang dah sampai

Salam to all readers..


#Short entry upadated

Tadi kakak bagitau, cek Nuffnang dah sampai rumah..
Terus tak sabar nak balik rumah.. ^^
Even tak ada lah berjuta lemon, but ia still rezeki kan.. 
Alhamdulillah..



*jumlah??biarlah rahsia.. ^^