Aug 27, 2011

Doodle dan laptop | Kelu bila diantara 6 blog pilihan blogger famous

Salam to all readers..


Semalam, lepas siap jer buat biskut raya, dil tidur jap.. Dan bila bangun, dengan mata berpinar-pinar, dil on laptop.. Saja nak tengok apa yang best..


Macam biasa, dil akan godek-godek dekat dashboard, tengok new update.. Terpandang blog nisa kay yang update pasal blog kegemaran dia..Terus tekan, yela nak tau jugak, blog mana yang selalu dia singgah kan..


Bukak jer link tetiba terpandang blog pink, dengan header doodle naik kereta.. Tanjat gegurl.. Tenyek mata macam tak percaya..Wahh terharuu sangat-sangat.. Rupanya ada jugak blogger famous baca blog dil.. ^^



*Doodle ni untuk nisa budak yang suka menaip tu..^^



*actually ada 6.. Tapi dil letak 3 jer ni..
Kalau nak tengok yang lain, boleh tekan SINI.



Nota kaki :

Sambung buat biskut raya.. ^^



Aug 25, 2011

Kad raya versi doodle untuk semua | Ramadhan menjauh, Syawal menanti

Salam to all readers..


Cepatnya masa berlalu.. Ramadhan makin kian meninggalkan kita.. Syawal pula melambai-lambai.. Cukupkah ibadat kita? Hanya kita dan Allah saja tahu..


Maybe ini adalah entry terakhir dil untuk bulan ini.. Maklumlah, ada berapa hari lagi nak raya.. Banyak benda nak settle..Baju raya, biskut raya..hehhe.. Oh ya, doakan moga kawan dil, selamat sampai kekampung halaman.. ^^


Saya, cik Dil pemilik Blog Kerana Manisnya Epal, ingin menyusun jari memohon maaf kalau ada terkasar bahasa, tergurau benda tak patut, tersilap tertulis sehingga mengguris perasaan mana -mana pihak.. Sesungguhnya dil hanyalah insan biasa, yang tak lepas dari melakukan kesilapan..


Dan dil jugak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin yer.. Entry kali ni, nampak macam ayat buku teks pulak kan..hehee



*dah siap lukis, baru perasan,
lupa nak lukis songkok..Aduyaiii.. =.=




Nota kaki:

Sambung balik menjahit..
Sikit lagi, siaplah baju raya dil..Yahooo..^^

Oh ya, kalau korang nak,
korang boleh jer nak ambil kad raya doodle ni..okay
Dil nak post sorang 1 pon, dah x sempat..hehee ^^


Aug 23, 2011

Doodle couple on air balloon | Bila cinta itu menyakitkan

Salam to all readers..



 ‎"Mencintai seseorang yang tidak mencintai kita semula ibarat memeluk kaktus. 
Lebih erat kita peluk, lebih banyak ia menyakitkan kita."




Mencintai itu mudah.. Tapi untuk dicintai itu sukar.. Hasil pencilokkan quote dekat FB Nisa Kay.. Haahaha.. Dil memang tak senonoh.. Main cilok sesuka hati.. Tak pa, dil dah bagitau kat dia la..^^


Perghh lama giler dil tak update blog kan.. Sampai ramai yang bising-bising tanya, " dil dah betul-betul nak stop berblogging ke? " .. hee..Tak ada la korang.. Dil sibuk sikit 2 3 hari ni.. Dengan moderm streamyx hilang*actually, disembunyikan..hee.. So tak dapat la nak berblog..


Oh yaa, doodle kat bawah tu, untuk akak kite tau, sis intan.. hee..Sowii tau sis, lambat siapkan doodle couple tuk sis..hee..Hope sis intan suka doodle couple ni sampai tergolek-golek yer..^^





Nota Kaki :

2 hari ambil masa
untuk cuci and pasang balik langsir.. =.="
penat..

Aug 19, 2011

Doodle boy bertuxedo | Mood menulis blog belum pulih sepenuhnya

Salam to all readers..


" If people are trying to bring you down, 
it only means that you are above them.. "



Kawan dil share kan quote tu untuk dil.. Thanks kawan.. Selepas kes tu, mood menulis belum pulih sepenuhnya.. Ntah kenapa, kali ni, rasa down sesangat.. Padahal dah kalih dengan kutukan macam tu.. Maybe hati dah tak kuat macam dulu..


Tapi dil nak berterima kasih sangat.. Ramai yang support dil.. Yang kasi dil semangat.. Ada yang pm dekat FB, ada yang jerit dekat shoutbox,komen dekat entry, yang msg personal dengan dil, seyesly, dil rasa beruntung sangat-sangat bile ada ramai yang sokong dil.. Terharu sangat-sangat.. Sayang u oll ketat-ketat.. ^^


Oh ya, sempat lagi dil buat doodle untuk En Alif Ismail sempena doodle trade untuk dia.. Kali ni, dil cuba designkan doodle bertuxedo.. Hahaa, tuxedo la sangat.. Hope En Alif Ismail menerima doodle ni, dengan hati terbuka..^^





Nota Kaki :

Esok shopping barang nak buat biskut raya.. 
^^


Aug 17, 2011

Memang macam ni ke dunia blogging??????

Salam to all readers..


Saya tak pernah kacau orang, 
kenapa orang nak kacau saya?

Saya tak pernah dengki dengan orang, 
kenapa orang nak dengki saya?

Saya tak pernah buruk kan orang, 
kenapa orang nak burukkan saya?

Saya tak pernah cakap pun, blog saya lawa
kenapa orang nak sakit hati sangat??

Seriously, saya tak faham..
Macam ni ke dunia blogging??
Mesti ada iri hati, mesti ada niat busuk, mesti ada marah-marah, mesti ada sabotaj??

Kalau macam ni la dunia blogging,
memang saya terasa nak  GIVE UP
dari dunia blogging..
Langsung tak ada kemanisan..

Tapi, orang selalu cakap,
Seorang benci kita, 10 orang lagi yang sayang kita..kan..

Kepada yang tak puas hati sangat tu,
sebelum ni saya sabar jer walau dah banyak kali awak provok saya..
Tapi kali ni, saya macam tak boleh nak sabar..
Seriously.. 
Saya nak tau sangat, awak ni siapa dan 
kenapa awak sakit hati sangat dengan saya?






Doodle di tingkap | Bila rindu saya akan pandang langit

Salam to all readers


Bila rindu 
saya akan pandang langit
Indahnya kan langit itu

Tapi alangkah lagi indahnya jika
pada masa yang sama
awak turut merindui saya
seperti saya rindukan awak



Entry jiwang sesawang lagi.. Diharapkan korang tidak mengalami keracunan selepas membaca entry ini.. hehehe.. Alaa, sekali sekala tulis entry macam ni.. Err yeke sekali sekala?? hahaa.. Tatauu.. dil tatauu..heheh.. ^^


Penatnya hari ni.. Kena siapkan doodle-doodle yang orang tempah lagi.. Dengan list doodle trade yang berlambak lagi..  Dengan baju raya yang tak nampak rupa baju raya lagi.. Warghhhhhh =.="


Oh ya, doodle kat bawah yang tengah berjiwang itu adalah doodle trade yang dil buatkan untuk cik Doodeedoo.. Hope cik Doodeedoo gembira dengan doodle tu.. 









nota kaki:

Jumaat ni nak shopping barang nak buat biskut raya pulak..
Makin terabai la blog ni nampaknya..
=.="

Aug 16, 2011

Doodle dan bulan | Malam itu memang menyakitkan

Salam to all readers


Bila larut malam, 
Suasana sepi. 
Yaa, sepi itu memang menyakitkan 
jika tak berteman..



Tudiaaa.. Ayat yang dil cilok dari fanpage En Anip..wakakakkaa.. Kenapa jiwang sesawang sangat ni En Anip woiii.. Terpegun dil baca.. Err terpegun?? hahahaa..^^


Oh ya, doodle yang kat bawah ini adalah doodle trade untuk cik SoLy SoLicious.. Dil dapat doodle dari dia semalam.. Oh ya, nanti dil tunjukkan doodle-doodle yang dil dapat dari blogger-blogger lain.. Banyak..Nanti nak display sekaligus.. Motif?? Macam biasa, nak kasi korang jeles tergolek-golek tengok doodle-doodle yang dil dapat.. hahaha..setan punya perangai..^^


Diharapkan cik SoLy SoLicious berkenan la dengan doodel comot dari dil tu.. ^^


*happy bebenor muka doodle ni.. =.="




Nota Kaki:

Korang, macam mana ni, baju raya belum siap..
Ahad nanti baru nak pergi beli kain nak buat baju..=.="


Aug 15, 2011

Doodle boy untuk En Aim | Dia lah sifu saya dari dulu sampai sekarang

Salam to all readers..


Dulu, pengetahuan tentang blog, zero.. Main hentam jer.. Lepas kenal beliau, actually, kenal masa gathering dekat Melaka hari tu, beliau banyak bagi tunjuk ajar dekat dil.. Mana yang elok, mana yang tak elok tentang blog sampai lah, blog dil dah jadi macam sekarang ni. Thank you sifu.. ^^


Kitorang bila jumpa jer, selalu discuss pasal blog la, pasal trafik la, pasal iklan la and macam-macamla.. Banyak la input yang dil dapat dari beliau.. Best sangat ada sifu macam dia.. So, sila la jeles beramai-ramai..hahaha..


Doodle kat bawah ni untuk encik sifu dil, iaitu encik Aim, owner Blog Kind Of Soul.. Hope en sifu suka la doodle comot ni.. ^^


*doodle ni  untuk en sifu.. 
Orang lain tak boleh copy tau..^^




*Oh ya, ni lah en Sifu..
Gambar masa gathering dulu..



Nota Kaki :

Dah 15hari puasa..
Baju raya, belum siap lagi.. =.="


Doodle's Couple | Mungkin dia bukanlah yang terbaik

Salam to all readers..


Putus cinta bukan bermakna kita bukan yg terbaik..
Tetapi ada lagi yg terbaik sedang menanti kita..
Percayalah..
Allah tidak pernah memungkiri janjiNYA..
Apa yg hilang akan di gantikan dengan yg lebih baik..
InsyaAllah..



Sweetkan quote tu.. Dil dapat dari kawan dil.. Tak main dah cilok-cilok dekan fb..hehehehhe.. Err korang jangan salah faham tau.. Bukan dil yang putus cinta tau.. ^^


Actaully, ingat nak buat doodle yang beranimasi sikit-sikit.. Tapi tetiba, mood malas datang.. So, jadi la doodle yang macam kat bawah tu.. ^^


*Itu saya dan errr..heheheh



nota kaki:

Korang-korang, ada girl ni,
dia tengking dil dekat shoutbox..
dia cakap " Kau, tak payah buat blog la.."
lebih kurang camtu la ayat dia.. =.="



Aug 13, 2011

Doodle kecewa | Nak buat macam mana, dah tak ada rezeki

Salam to all readers



Pong pong, encik posmen datang bawak bungkusan.. Yeahhhh, terus bangkit dari katil.. heheh..Actually tu adalah shawl yang dil beli dari online shop.. Nak pakai time raya nanti.. ^^


Dapat je bungkusan, terus buka dengan rakusnya.. Alhamdulillah, shawl yang diterima sangat berpuas hati.. Siap dapat gift lagi.. Berlari pergi show off dekat kakak dil...*keriakan itu HARUS ada ye kawan-kawan..hehe



Cik Dil : I dah dapat shwal tu.. Cantik kan.. Matching giler dengan kain yang nak buat baju raya tu..

Kakak : Cantik jugak shawl ni.. Tapi kak, i ada berita sedih nak bagitau u..

Cik Dil : Pedia??

Kakak : Mama cakap, tak jadi nak jahit baju tu.. Mama nak beli kain cotton pulak..

Cik Dil : Alaaaa, kenapa?? 

Kakak : Maybe tak sempat nak jahit.. Kain tu kan, kena jahit alas lagi.. Mama cakap, baju tu jahit time raya Aidiladha laa..

Cik Dil : Alaa, kempuanan nak pakai shawl ni.. =.="



*doodle muka pasrah+kecewa+merajuk  =.="



nota kaki :


Sabar jer la..
Tak dapat lah merasa shawl baru tu..



Aug 12, 2011

Doodle boy berbaju melayu untuk semua | Sukarnya memaafkan seikhlas hati

Salam to all readers..


Maaf
Senang diungkap walaupun berkali-kali..

Kemaafan
Sukar dilepaskan dengan seikhlas hati..

Duhai hati,
Jadi lah pemaaf yang ikhlas..
Bukannya pendendam yang tegar..

Moga suatu hari nanti,
akan terucap jua.
" Saya Maafkan Awak Seikhlas Hati Dunia dan Akhirat "
InsyaAllah..


Quote hari ni, bukan dicilok dari mana-mana wall FB kawan-kawan, tapi datang dari hati yang tengah resah.. Cewwahhh.. Jiwang sawang sesawang lagi..hehehhe


Oh ya, dah siap pun.. Doodle boy untuk semua especially untuk pembaca lelaki blog dil ni.. Dorang dah bising, asyik suruh dil buat doodle boy pulak.. Yela, asyik-asyik, doodle girl jer kan..hehehee.. Okay la, sesiapa jer boleh ambil doodle ni.. ^^ Hope korang suka doodle yang tak berapa hensem tuu.. Tak mau majuk-majuk lagi ok..


*Auwww, jangan la snap gambar dil..
Maluuu.. =.=" hehehhee



Nota Kaki :

Hati yang tak berapa nak tenang.. =.="

Aug 11, 2011

Doodle percuma untuk semua | Andai ini ramadhan terakhir bagiku

Salam to all readers..


Tak perlu malu
Tak perlu segan
Indahnya andai air mata itu 
Jika ia untuk Allah, Tuhan yang Satu..

Dan andai ini ramadhan terakhir bagiku,
Moga ianya diantara Ramadhan yang terbaik daripada sebelum ini..
Amin..


Qoute yang indah kan.. Macam biasa, cilok dari wall kawan-kawan..hahahha.. Tak senonoh punya perangai..Tak pe, untuk share sesama pembaca yang lain jugak kan.. ^^


Ehh korang, doodle kat bawah tu, untukk semua yang singgah blog dil ni.. Salam Ramadhan.. Alamak, lupa nak buat doodle boy.. =.=" Kesian readers lelaki blog dil ni.. Mesti rasa terasing kan..hahaha.. Tak pe, next entry, dil buat doodle boy pakai baju melayu pulak eyy.. Tak mau, majuk-majuk yer..^^


*ok, polka dot lagi..
Maaflah, dil penggemar tegar polka dot.. ^^




nota kaki :

Dil nak mintak maaf, kalau selama dil berblogging ni,
ada yang tersinggung perasaan..


Doodle with DOA | Moga pintu hati ini akan terbuka

Salam to all readers..


Ada 10 golongan yang tidak dapat masuk Syurga dan salah satunya


"Orang yang tidak mau memaafkan kesalahan orang lain yang meminta maaf atas dosa yang dilakukannya,
dan tidak mau menerima alasan orang lain.”



Masya Allah.. Begitu khilafnya diri ini.. Dah setahun berlalu, tapi hati belum terbuka unttuk memaafkan dia.. Ya, Allah, bukakanlah pintu hati ku untuk memaafkannya.. Aku ingin hidup dan mati dalam keredhaanMu.. Amin..


*tu bula mata ori tauu..Tak main la bulu masa fake ni..hahaha



nota kaki :

Hari yang suram.. =.="

Aug 10, 2011

Doodle flying with her love | Ssshhh jangan bagitau si dia

Salam to all readers..


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita ..
Amin



Nice kan quote kat atas tu.. Terjumpa dekat wall kawan dil.. Bila dil baca, terus tersenyum.. Terasa indah sangat.. Ok, lepas ni, kalau suka kat sapa-sapa, dil nak zip jer mulut.. Tak mau cakap..heheheh ^^


Oh, ya, doodle kat bawah ni, doodle ala-ala terbang ni, dil buat khas untuk cik Merah itu Jambu.. Sempena doodle trade dengan dia dulu.. Maaf lah, lambat siapkan doodle untuk awak.. ^^


Doodle hati tengah gembira tu.. See, kaki tak jejak kat lantai pun.. ^^ Hope cik Merah itu Jambu suka dengan doodle comot tu..


*awat muka doodle ni semacam jer.. =.=



nota kaki :

Tak mau emo-emo lagi..^^

Hadiah GA | Banner blog dan doodle untuk Blog Itik Kuning

Salam to all readers..


Kat bawah ni adalah hadiah GA, iaitu doodle dan banner blog untuk Blog Itik Kuning.. Hope empunya blog suka lah yer..^^.. Untuk 5 lagi pemenang, diharap sabar menanti hadiah korang..^^






nota kaki:

Untuk banner kali ni,
dil pakai photoscape jer..
Sebab flash dil, ada problem.. grrrrrr

Aug 9, 2011

Doodle girl and doodle boy | Mesti awak kan lupa saya

Salam to all readers..



Awak : Lepas ni, saya nak sambung study.. Maybe kat oversea..

Saya : Ohh kt oversea eyy..emm msti lagi lama kn..=.=

Awak : 4 tahun.. Masa tu, mesti awak dah keje dengan Les Copaque..

Saya : emmm..lamanyaa..msti awk da x ingt sy kn..*air mata mula menitik..emo..

Awak : hahaha..Awak ni.. Tak kan la.. Ade blog dan facebook.. Boleh je keep in touch ^^

Saya : emmm yelaa.. =.="



Tetiba rasa sedih.. Lepas ni, tak ada la orang yang saya nak kacau.. Tak ada orang yang akan ingatkan saya makan ubat.. Tak ada orang yang kan tunjukkan saya video best-best.. Takkan ada orang yang akan borak-borak dengan saya pasal makanan.. Mesti sunyi nanti..  T_T


Awak, awaklah kawan terbaik saya.. Kalau awak lupa saya, siaplah awak.. Saya baling awak kat dalam laut, bagi ikan makan awak.. Awak kena ingat tu..^^'


Awak, walaupun kita baru jer kenal, dalam beberapa bulan jer, tapi saya suka kawan dengan awak.. Awak baik.. ^^ Tak sangka kan, dari gathering hari tu, kita boleh jadi kawan sampai sekarang.. ^^



*Saya memang tak reti lukis doodle boy..
Kesian awak, dah tak hensem..heheheh



nota kaki:

Errr header tukar lagii..
Lepas ni, kalau dil tukar header lagi, 
piyat telinga dil tau...^^

Aug 8, 2011

Tampil gojes dengan hoodies blouse

 Salam to all readers..


Untuk gegurl-gegurl, teringin nak tampil gojes?? Cuba ushar hoodies kat bawah ni.. Shantek kan.. *gulp telan liur jap..terliur tengok... Gaya yang sangat santai, tapi fuhh gojes giler..






Heliza Helmi pun pakai hoodies tau.. Cuma blouse dia jenis kembang sikit.. Yang kat atas ni, lagi santai.. Sesuai nak jalan-jalan..Selesa..




Kalau korang teringin nak tengok koleksi hoodies yang lain, korang boleh tengok dekat 

Tictactoe Kiosk 

.. Kat sini, banyak giler  hoodies blouse dengan macam-macam warna.. Harga pun berpatutan ok.. Apal lagi, jom la serbu.. ^^



nota kaki :

Shomel kan..sampai rambang mata tengok..^^

Doodle ala-ala puteri | Walaupun awak bukan milik saya

Salam to all readers..


I'm sorry but i love you,
I'm sorry if i miss you,
Even if i can't have you,
You know i'll always be there for you.
I'm sorry but i love you..


*petikan dari lagu I Love You-Najwa Latiff


*doodle ala-ala puteri atau doodle ala-ala pengantin??
Dil pun dah konfius.. =.="



Cewwahhh, entry jiwang sawang - sesawang lagi.. Pelis, jangan salah faham ok.. Ada orang komen, "tulisan kita jiwa kita ".. Erkk Ye ke??heheheh


Ok, tak nak cakap banyak, doodle kat atas tu, adalah doodle trade untuk cik Tengku Puteri.. Hope cik Tengku Puteri suka la dengan doodle ala-ala puteri yang tak berapa menjadi tu...^^



nota kaki:

Penat layan orang tak faham bahasa.. ehmmm.. =.="


Aug 7, 2011

Doodle dan belon hati | Rindu tapi malu

Salam to all readers..


Rindu..
Nak ucap malu..
Tak nak ucap, hati pula sayu..


Duhai belon hati, 
terbanglah kau tinggi-tinggi..
Biar dia sedari
orang disini amat merinduinya.. 




Cewwah, jiwang gitu love quote hari ini..hehehhe.. Ehh da lama kan dil tak post entry jiwang.. Sebab kerap sangat post entry jiwang, ramai yang kata, "dil fall in love la tuuu "..Actually, err tak pun laaa korang.. Mana ada.. ^^


Oh yaa, doodle yang tengah pegang belon tu, actually untuk cik Balqis Monsta.. Doodle trade untuk dia.. Hope cik Balqis Monsta suka la yer..^^ Maaflah lambat..



Nota Kaki :

Dah seminggu kan puasa..
Kejap sangat rasa..
Lepas ni, raya pulak..^^


Doodle Trade 4 | Doodle ala-ala retro untuk cik Zety

Salam to all readers..

Doodle kali ni, agak retro sikit sebab pakai skirt kembang, corak polka dot,  handbag style lama.. Heheehe.. Opss lupa nak taruk spek besar, takpun skuter kat tepi.. Baru la lagi retro kan..


Oh ya, doodle ni untuk cik Zety.. Sebelum ni, cik Zety ada bagi dil, doodle yang begitu gojes gitu.. Dil suka sangat tau..^^ Hope, doodle yang dil design ni, cik Zety suka..


*bile tengok doodle ni, nampak macam ladybird la pulak..=.="


nota kaki :

Doodle trade dah di tutup..
Buat masa ni, dil ada 3 lagi doodle trade yang nak disiapkan..^^



Aug 6, 2011

Errr orang macam ni pun ada??

Salam to all readers..


Err korang, macam ni pun ada ey?? Tergelak dil bila baca dengan kakak dil semalam.. Tau la puasa, tapi agak-agaklaa..Orang lain pun puasa jugak..hehehhe


Seorang pendengar Radio Sinaran fm.. Sedang menelefon DJ tersebut di konti radio..

Pendengar : Hello radio sinaran fm?

Penyiar : Betul dengan siapa saya bercakap ni?

Pendengar : Saya mie , boleh request tak ?

Penyiar :Boleh... mie mahu request apa ?

Pendengar :Tolong putarkan Azan Maghrib bang!! Dah lapar nih... =.="



*Dengar jer azan Maghrib berkumandang,
terus senyum sampai ke telinga



nota kaki:

Err korang, blog dil, nampak ada beza tak??ehhehe


Hadiah GA | Banner blog dan doodle untuk cik Eyna Lolipop

Salam to all readers..


Hadiah Ga, dil akan update dari masa ke masa yer.. Maklumlah, akhir-akhir ni, sibuk sikit dengan macam-macam hal.. Okay la, untuk penerima pertama mengikut list adalah cik Eyna Lolipop..


Moga cik Eyna Lolipop suka dengan banner dan doodle ni.. ^^




Aug 5, 2011

Doodle Trade | Terasa terharu giler dengan blogger tu

Salam to all readers..


Wahhh terharu sangat-sangat.. Hari ini jer, dil dapat 3 doodle yang sangat-sangat comel dari 3 orang blogger.. Saja bagitau, nak korang jeles..hahaaha*gelak setan..^^


Yang ni, doodle dari cik Mel Amalina



Yang ini pulak, dari cik Balqis Monsta





Dan yang ni, dari cik Zetty



Thanks sangat-sangat tau.. Korang memang kreatif laa.. Jeles-jeles..^^ Oh ya, kepada cik Balqis dan cik Zetty, tunggu doodle dari dil ok.. ^^


Malam ni, nak kena siapkan doodle yang orang order.. Lagi 3 belum siap.. Pastu doodle untuk pemenang GA lagi.. Adoiii, semputtt...heheehe



nota kaki :

Penat, petang tadi bersihkan 3 biji akuarium.. +_+



Doodle Trade 3 | Doodle dan gitar untuk cik Nanad

Salam to all readers..


Cik Nanad ajak doodle trade dengan dia.. Wahh happy nya.. Dah lama teringin nak ada doodle yang cik Nanad buat.. Sangat fall in love dengan mata doodle cik Nanad.. ^^


So, kalau kelmarin untuk cik Mel, dil buatkan doodle berbaju kurung, kali ni untuk cik Nanad , dil buatkan doodle yang lebih santai sambil tengah petik gitar.. Perghh jiwang gitu..hehhehee


First time buat doodle duduk kat bangku.. Memang agak pening time nak siapkan..  So , kalau nampak doodle ni pelik sikit, err faham-faham la yer..hehhee..


cik Nanad, nah doodle yang tak seberapa untuk awak..Hope awak suka.. ^^

*Doodle ni untuk cik Nanad..




Nota Kaki:

Siapa lagi nak doodle trade??
Cepat-cepat..^^
Awak design doodle untuk dil,
 dan dil akan design untuk awak..
Kita tukar-tukar..^^

Aug 4, 2011

Doodle Trade 2 | Doodle berbaju kurung merah polkadot untuk Mel Amalina

Salam to all readers..


Kali ni, dil design kan doodle untuk cik Mel Amalina.. Sebab sekarang tengah dalam mood bulan Ramadhan, so, dil design doodle berbaju kurung merah polka dot with vintage sling bag.. Simple jer.. Segan pulak dengan bagi dekat cik Mel.. Ye laa, doodle cik Mel, cantik-cantik woo.. 


Actually, ni adalah doodle trade diantara dil dengan Cik Mel.. So, sesiapa yang nak bertukar-tukar doodle dengan dil, sangat di alu-alukan.. Tu pun, kalau sudi..hehehe


*Kakak cakap, doodle ni macam yuyu zulaikha..
Tang mana ntah yang sama tu.. =.="



*Yuyu, pinjam gambar yer..hehehee




Nota kaki :

Bersantai-santai sambil makan cendol dengan nekbat..
Sedapppnyaaa..^^

Kalau nak copy pun, agak-agakla sikit

Salam to all readers..





Perghhh kemain lagi dia kasi amaran kat orang..  Yang dia main copy orang lain punya tutorial, doodle orang, tak kasi credit tak pe pulak..


Yang paling tak tahan, sidebar pun nak tiru jugak.. Kalu tiru bentuk sidebar jer tak pe la.. Ni siap tiru sebijik-sebijik.. Cuba korang tengok ni.. Cuba cari perbezaan sidebar dia dengan sidebar dil..



Ni ha yang dia punya.. Icon epal pun nak tiru jugak ke? Tu trademark blog dil tau.. Agak-agakla nak copy pun.. Takkan la copy sebijik sejibun kot.. Sabar jer laa =.="


Dil dapat tau pasal blog dia ni, sebab ada reader dil yang bagitau.. Terus terjah blog dia.. Ahaa, ada yang sama.. Sidebar, doodle.. Fuhhhh.. Nasib baik ni bulan puasa.. 




nota kaki :

tak nak la kasi link dia..
Tak pepasal dia kaya pulak nanti.. =.=" 
*gurau jer la..ehhehe

Kalau nak tiru, dil tak kisah,
tapi sekurangnya bagitau or kasi la seciput credit..
Hargai usaha orang..

Ada orang cakap, dil garang..hehehe


Aug 3, 2011

Doodle wear hijab | Indahnya bila perempuan bertudung

Salam to all readers..


Terbaca dekat wall FB kawan.. Quote yang sangat nice.. Lebih-lebih lagi, kita berada dibulan Ramadhan bulan yang mulia.. 


Tak ada niat lain, hanya mahu berkongsi sesuatu yang indah.. Semoga kita bersama-sama memperbaiki apa yang kurang, menambah apa yang patut..



nota kaki :


Dah 3 hari puasa..
Tak lama lagi dah nak raya.. ^^