Apr 30, 2011

Tutorial Photoshop | How create a blue vintage effect

Salam to all readers..

Untuk hari ini,
Dil kan tunjuk cara nak buat
vintage photo effect yang paling simple..
Iaitu

Blue vintage effect

Jum tengok tutorial yang dil sediakan
untuk korang..


Before


After


hafizzainal's contest - senyuman mahal

Salam to all readers..

cik Ainaa tag Dil untuk contest Senyuman mahal..
Sebab hari ni terasa free sikit,
Dil pun nak join laa..

*nak join? tekan SINI

So dil nak letak gambar ni laa

*mak aihhh..gedabak besauu dil tempek gambar ni..heheh

Sebab dil letak gambar ni?
Sebab dil rasa senyuman dil dalam pic ni 
semacam jer..
Nak cakap mahal, tak jugak..hehe
Actually ni pic time gathering blogger melaka dulu..

Okeyla Dil nak tag



nota kaki

Mencari-cari nota HCi dan CGi
Beberapa hari lagi nak habis sem 4
Cepatnya masa berlalu 

Alhamdulillah, rezeki dipagi sabtu

Salam to all readers

Mentang-mentang la petang semalam,
habis paper statistik,
terus tidur tak ingat dunia..

Penat woo..tidor lambat, bangun awal,
semata-mata sebab paper statistik..
Pastu bertempur dengan paper statistik 2 jam nonstop..
Dahla, dengan badan tak berapa sehat.. T_T

Buka laptop then bukak blog,
tengok berderat komen..
rasa macam Dil tak update entry pun,
Baca komen, semua ucap tahniah..pasai apa ni??
Bukan Dil pun yang kahwin semalam.
Prince William yang kahwin..
Macam fairy tale kan wedding diaorang..
*tetiba rasa gatai nak kahwin..hehe

Back to the story,
rupanya Dil dapat saguhati untuk contest Aku dan Kaca mata..
Alhamdullilah. padahal gambar dil biasa jer..
Banyak lagi gambar yang shantek-shantek..
Thank you cik Faraa sebab pilih gambar dil yang tak seberapa ni..



nota kaki

Tinggal 2 paper lagi..
Lepas tu Merdeka..

Apr 29, 2011

Terasa nak follow blog banyak-banyak

Salam to all readers..

Tengah-tengah syok layan statistik di awal pagi ni,
tiba-tiba terfikir,
dah lama Dil tak follow blog banyak-banyak..
SERIOUSLY..

Pastu kan, kesian yang follow Dil..
Dil tak sempat pun nak balas follow korang..
Sorry tau, Dil sibuk sangat..
Bukan sengaja tak nak follow korang,
Eh Dil tak sombong ok..
Tak percaya??
Tanya En EB..
Dil baik kan..hehehhe
*ni namanya naik lif tekan sendiri..^^

Lepas habis exam ni,
Dil nak follow balik korang..
Setakat yang mampu..

InsyaAllah..

*Berkobar-kobar nak habiskan exam.
Next sem dah 3rd year..yeyee


nota kaki:

Tutup buku statistik, tutup laptop
Tutup mata..
Doakan paper statistik Dil Petang esok..
Amin

Apr 28, 2011

Sorry sangat-sangat tau


Salam to all readers

Korang, sorry sangat-sangat.
Blog Dil banyak problem sangat sekarang ni..
Bukan 1 problem bukan 2, tapi 3..
Haahhh ambik ko!!
Ahh stressnyaaa..


Problem 1

Loading page lembap macam siput tengah dalam traffic jam.
Penat tunggu nak habiskan loading..
Tak suka sangat.. T_T


Problem 2

Shoutbox hilang.Tapi kalau tekan kat tepi sebelah kanan, dia kan keluar.
Pelik kan. Dil da godek tengok coding.
tapi tak jadi-jadi lagi.
Sabau jer laa


Problem 3

Blog berserabut.
Tak sempat nak make-up kan..


Korang, sorry sangat-sangat tau..
Lepas habis paper final,
Dil baiki balik ok.
Sekarang maybe tak sempat..
Tak suka sangat blog Dil jadi macam ni..
T_T


*motif?? err..pass to the next..
Actually da lama tak main photoshop.kan


nota kaki

Esok exam paper statistik.. 

Risau.. Statistik susah

Apr 27, 2011

Segmen Bloglist Bangku Kosong Pilihan 1

Salam to all readers

Dil nak join la 

Bloglist Bangku Kosong

Untuk join bloglist ni.
ada 2 pilihan 
dan dil pilih pilihan yang pertama..
Tadaa..dil da printscreen kan mcm yg nak dalam syarat.
*
*
*Actually memang da letak lama da pun. ^^


Jum la join ramai-ramai.
Expired date nya sampai tengah malam ni jer..
Cepat-cepat..
Oh ya, kalau korang nak join,
tekan SINI


nota kaki:

Sambung study FST
4 paper lagi


Apr 26, 2011

Tips nak dapatkan traffik yang masyuk


Salam to all readers.

Dil tak nak cakap panjang hari ini, sebab dil ngah stress dengan exam Java dil tadi. Mak aihhh susahh giler exam tadi. Nak nangis jer rase.. sobb..sobb.. Tutup cerita exam, buka cerita lain pula. Oh ya, bersempena musim exam sekarang, Dil tau semua orang kurang nak update entry, nak blogwalking, so, jawapanya traffik merudum la macam berbasikal turun bukit..kan..kan....almaklumlah nak STUDY kan..*err tetiba terCaps Lock. hehehe.. So Dil ingat nak share tips nak dapatkan traffik yang masyuk dengan mudah jer. Seriously. Korang ikut jer, insyaAllah, traffik korang kan maintain jer..Jum ushar tips-tips yang Dil sediakan untuk korang.

Apr 25, 2011

Tutorial Blog | Cara nak letak icon sebelah tajuk sidebar

Salam to all readers..

Kali ini Dil akan ajar cara nak letak icon sebelah tajuk sidebar. Korang tak faham? Tak boleh nak imagine macam mana? Ayoooii, meh nak sekeh bagi mudah sikit korang nak imagine. xde la gurau jer. Dil mana berani nak sekeh orang. Tak macam member Dil sorang ni, feroz kerja dia memanjang nak sekeh orang jer. Nak suruh dia belanja makan? uhh harammm. Sampai kesudahnya tak. hehhe..

Okay la, nak memudahkan korang imagine, cuba tengok gambar kat bawah ni..

*
*

Okay itulah yang dinamakan  icon sebelah tajuk sidebar. Macam dil, dil letak icon buah epal. Al maklum lah blog Dil Kerana Manisnya Epal. Harus lah letak epal. Tak gitu? So, suka hati korang la, nak letak apa. Gajah ke, rimau ke. Tak kisah. Ikut kreativiti masing-masing. 

So sekarang, jum tengok tutorial yang dil dah buat untuk korang. Simple jer ni. Sambil tidur pun boleh buat. *nampok benor nipunya kan..^^ Untuk tengok tutor ni, korang haruslah buka mata.hehehe

Apr 24, 2011

Tutorial Blog | Cara nak letak pages dalam blog

Salam to all readers..

Esok dil final exam. Tapi tetap dil buka blog. Adoi. Memang tak sedar diri kot. Study tak habis-habis lagi ni..
Selepas ni, memang tak nak buka dah. Ni entry terakhir. Dil mesti boleh.. Yeargghhhh. Oh ya, untuk entry kali ini, Dil kan tunjuk cara-cara nak letak pages dalam blog. Kawan Dil yang request suruh buat tutorial pasal ni. Apa ke bondo lak pages ni. Bagi yang tak tau, pages ni, rupanya macam ni. Tadaaa.
*
*
*



Senang je nak buat..Jum tengok tutorial yang dil buat untuk korang.

Apr 23, 2011

Noor Dayana kini sah menjadi tunangan kepada Ashraf Muslim

*gambar dari  ALL N ONE



Kini Noor Dayana sah menjadi tunangan kepada artis lelaki yang terkenal menerusi watak Ustaz Amirul iaitu Ashraf Muslim. Menerusi siaran langsung terus dari TV9 melalui program Nasi Lemak Kopi O, Mak Uda, sebagai penganti kepada ibu Ashraf Muslim menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Noor Dayana yang anggun berpakaian serba putih. Noor Dayana kelihatan tenang ketika majlis itu berlangsung. Menurutnya bibit-bibit perkenalannya dengan Ashraf Muslim bermula apabila Ashraf Muslim berguru dengan ayahnya tentang perubatan islam. Di situ lah bermulanya perkenalan antara mereka sehingga la mereka mengambil keputusan untuk bertunang. 

Noor Dayana adalah gadis yang berusia 24 tahun dan kini sedang menuntut di final year Medic Student di Malacca/Mannipal University. Dan Noor Dayana merupakan anak kepada Haji Lokman, yang merupakan tuan punya pusat perubatan Syifa Al Hidayah.



Tahniah diucapkan kepada Ashraf Muslim dan tunangnya, Noor Dayana.



nota kaki:

Kecewa betul.. T_T

Siaran langsung majlis pertunangan Ashraf Muslim diTV9 pada 23 April 2011


Salam to all readers..

Dil terbaca kat entry encik nakal
pasal majlis pertunangan Ashraf Muslim esok..
Siap ada siaran langsung you all..
Baru pertunangan jer tu..
Time kahwin nanti tak tau laa..
Mesti semua pakat berebut nak siarkan..

Wahhh jelous-jelous..
Nak nanges laa..sobbb..sobb..

Korang tengok ni
*
*


Wahhh betul-betul berdarah hati ni..
sobb..sobb..
Oh ya, lupa nak cakap, 
Ia akan disiarkan secara langsung menerusi program 

Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada pukul 9.45 pagi, Sabtu.

Dan majlis pertunangan Ashraf Muslim
akan disertai oleh 

CST Production..
Wahh mesti meriah giler kan..
Apa -apa pun Dil nak ucapkan
semoga majlis esok berjalan dengan lancar..
Amin..

Nak tengok siapa tunang Ashraf Muslim??
Tekan SINI

nota kaki:

terus update blog..
tadi bukan maen nak stop blogging..
Penangan Ashraf Muslim kot..eheheh


Apr 22, 2011

Dah tiba masa untuk saya stop berblogging


Salam to all readers..

Dil serius ni..tak maen-maen..
Dil nak mintak maaf banyak-banyak
kalau entry Dil kali ini ade buat korang tersentap..
Em Dil da buat keputusan..Semalaman Dil fikir pasal ini..
Dil rasa Dil kena stop berblogging..
Seriously..

Lepas ni korang jangan terkejut
bila tengok blog Kerana Manisnya Epal
sunyi sepi jer..

Tapi siapa sangat nak datang kat blog yang tak glamour langsung ni kan.. T_T
*ayat sayu..
Walau blog Dil tak glamour, tak famous amos..
tapi Dil sayang tau blog Dil..
Readers dil, follower dil..
Lepas ini, mesti Dil rindu nak baca komen-komen korang 
kat entry tak pun kat shoutbox..
*sobb..sobb..tahan air mata..

Bye..bye korang..
Jangan tanya sebab apa Dil stop berblogging..
Sebab dil pun tak sangka Dil akan buat keputusan macam nii..
Korang nak tau ke??err actually
 Dil stop berblogging sebab..

Dil ade 2 hari lagi nak Final Exam

Tapi study maen-maen lagi..
Minggu depan jer dil ade 4 paper wooo..
tapi study cam harammm..

Kan dil da cakap dil tak maen-maen..
Dil cuba memotivasikan diri supaya
  stop berblogging buat sementara waktu..
ehh baru perasan, ayat kat atas tak habis tulis..hehhe
Cara paling berkesan nak avoid diri dari bukak blog..
Taaa daaaa..
*
*
*ini la wallpaper unutk laptop dil..heheh


nota kaki:

korang, doakan Dil yer..
Semoga dil success2 selalu..
Amin..

Tutorial Blog | Cara nak letak button Like dalam entry blogspot

Salam to all readers..

Untuk entry kali ini, 
dil akan tunjuk cara nak letak button like kat setiap dalam entry..
Ini pun adalah request dari readers dil yang nak Dil tunjuk 
cara-cara simple nak letak button Like..

Macam ni..
*
*
Simple jer tutorial yang dil buat untuk korang..
Jum try okay..
^^



Step 1

pergi kat dashboard > Edit HTML> tick Expand Widget Templates

Step 2

Tekan ctrl+f dan cari


data:post.body

Step 3

kemudian copy code kat bawah ni
dan letak di bawah code  

<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>


Okay, da siap pun..
senang je kan...^^

eh lupa nak cakap..
Kalau korang tak jumpa


data:post.body


korang boleh letak coding dekat step 3 tu
di dashboard>design>template designer>advanced>add CSS
Then tekan preview..
Kalau ok, tekan apply..
kalau tak jadi jugak..
Tak dapat nak nolongnya..
^^

nota kaki:

final tinggal 2 hari lagii..
-.-"

10 tips simple lagi effektif menambah bilangan follower

Salam to all readers..

Ada orang tanya macam mana nak menambahkan bilangan follower
dengan cara yang paling simple tapi effective??

Actually follower Dil seciput jer..
Macam tak sesuai jer nak bagi tips..
Dil capai 1000 follower dalam 4 bulan..
Dil start blogging bulan 12 tahun 2010..
*sangat lambat kan..maklumlah blog tak glamour

Okay la
berdasarkan pemerhatian Dil,
cara yang paling simple dan effective adalah.

1- Buat contest 
*lagi bagus kalau hadiahnya pun gempak-gempak..
confirm dalam sebulan korang boleh capai 1000 follower..

2- Blogwalking
*Rajinkan jari anda untuk ziarah blog orang laen..
Tinggalkan jejak paling kurang pun dekat shoutbox..
Tapi lagi bagus kalau komen kat entry..
Dil memang bersemangat nak jejak orang yang tinggalkan komen dekat entry..^^

3- Join goup
*contohnya korang boleh join group dekat Fb
Sahabat Blogger, GengBlogger, KakiBlogger,Port blogger etc
kat situ korang boleh berkenalan dengan blogger-blogger yang otai lagi famous amos
disamping dapat ping entry korang kat situ..

4- Join segmen/GA
*Ini pun adalah cara yang simple untuk mendapatkan follower..

5- Bermulut manis
*Ini adalah satu trick untuk tarik orang untuk follow anda..
Contohnya:
Comel la blog awak..saya follow okey..
Header awak, gempak..
Awak comel/hadsome laa..
Entry awak best..Nak singgah selalu la kat blog awak..

6- Hindari ayat You Follow I Follow
*Sebab bagi Dil agak memaksa di situ..
tak ada keikhlasan..
Nak follow pun macam haram..
Contohnya:
Saya dah follow..nanti follow saya balik.
Awak, follow saya.
Awak follow saya, baru saya follow awak..
Tolong follow saya..

7-Entry yang berinfo
*contohnya korang buat entry pasal
tutorial ke, pasal fakta ke, benda-benda pelik ke..
Tu lagi menarik minat orang untuk follow blog korang
berbanding korang asyik story pasal bf/gf korang

8-Berkenalan dengan blogger otai / famous amos
*Secara tak langsung,
korang dapat tempias dorang..
Untung tu..

9- Tepek gambar korang yang cun lagi hansome besar-besar
*Maklumlah fitrah manusia..
Suka melihat keindahan ciptaaanNya..

10- Kurangkan letak gambar pasal Bf/Gf
*Bukan apa, kalau status single,
orang lagi berminat nak follow korang..
sambil menyelam sambil minum air..^^


nota kaki:

mode: study week..
ZZzzzz

Apr 21, 2011

Cinta di alam maya semudah ABC

Salam to all readers

Pelik kan..
Cara orang bercinta zaman sekarang..
Mudah sangat nak ungkap..
*
*

Tak percaya??
Tengok ni, Dil ada bukti..
*
*
*sangat tak boleh blah kan..


Betul tak pe yang Dil cakap..
Kenal tak, tapi boleh pulak cakap suka..
Dah tu siap bagi nombor phone lagi..
Pelisss laa..

Suka suki dia jer nak suruh orang msg dia..
Tu la, cinta sejati susah sangat nak cari zaman sekarang..
Agak-agak la,
ada lagi tak cinta ala - ala Cinderella
yang happy ever after..

Sebab tu la,
single is much better..


nota kaki:

Pernah tersuka kat someone,
tapi rupanya dia... -.-"

Miera Liyana tetap nombor 1

Salam to all readers..

Kalau semalam hangat pasal gambar tunang Ashraf Muslim a.k.a Ustaz Amirul,
hari ini lagi hangat dengan kisah Miera Liyana pula

Miera Liyana tetap no 1
Dil terkejut bila check keyword yang orang guna
untuk masuk ke blog Dil..
Uishh siapa punya kerja ni??
Yang seksa-seksa macam tu korang suka laa..
oo gataii naa...heheh
Tak percaya??
Cuba korang tengok ni..


Kan..kan..
Betul yang Dil cakap..
Miera Liyana tetap no 1
Ramai giler kan peminat Miera Liyana ni..
Glamour u..
Kalah Datuk Siti..
Tak ada pun orang cari pasal Datuk Siti kat blog Dil..
Beruntungnya badan..
Popular dalam sekelip mata..
Cuba tanya, siapa yang tak kenal
dengan pemilik gambar ni??

*haar besar gedabak da Dil tempel gambar dia..

Tak kenal??
uishh napok benor nipunya..
*kata usop Wilcha..bukan Dil tau


nota kaki:

Tengah bersedih lagi kekasih hati nak bertunang..sobb.sobb.. T_T

Apr 20, 2011

Gambar tunang Ashraf Muslim

Salam to all readers..

Dil menaip entry ni dengan hati yang terluka..
Kekasih hati Dil, Ashraf Muslim da nak tunang..
23hb 4 2011..sobb..sobb
Panggg sebijik..
sejak bila Dil berskandal dengan Ashraf Muslim??
*sejak Dil jatuh hati dengan Ustaz Amirul..hehe.*

Tunang Ashraf Muslim sekarang tengah praktikal di Hospital kat Melaka.
Dia adalah pelajar dari Kolej Manipal, melaka..
*kenapa Manipal??kenapa bukan UTeM?? T_T

Oh ya ini adalah gambar tunang Ashraf Muslim.




Beruntungkan dia dapat Ashraf Muslim..
wahhhh..makan hatii ni..
Pape pun, 
Dil tetap nak ucapkan tahniah kat Ashraf Muslim dan tunangnya.


nota kaki:

Berkotak-kotak tisu kat tepi
time menaip entry ni..
*emm napok benar nipunya..heheh

sumber gambar dari http://www.izyan.com

Bila final makin mendekat

Salam to all readers..

Bila final makin mendekat..
Berdebar-debar ni..
Dah la jadual exam agak tough..
tak ade gap pun antara satu subjek ngan yang laen..
Pastu lagi tough bila ada dua killer subjek dalam hari yang sama..
T_T

Stress..
Cuba nak study


Tapi kan kat luar hujan lebat sangat..
sejukk..
*melaka ni jarang sangat hujan


Katil dan bantal musyuk lagi kuat menarik..
Memanggil-manggil..
Semangat nak study makin berkurang..
Terkenangkan indahnya kalau boleh tidur..


Tetiba tersentap..
Tak boleh..
Dil kena berusaha..
Kena rajinkan diri..
tak boleh nak manjakan diri 
dengan suasana yang lembap lagi sejuk ni..


Cuba menggapai balik nota-nota 
yang berada kat tepi..
Terus teringatkan rumah..
Mama..Abah.
Kak rinduu..


Tak sabar nak balik..
Kembali bersemangat nak study..
Chaiyokk 3x..


nota kaki:

i LOVE Danbo

Apr 19, 2011

Tutorial Blog | Cara nak "centre" kan header

Salam to all readers..

Tetiba kawan Dil suruh ajar,
macammana nak letak header betul-betul kat tengah..
Macam header Dil nii..
*
*


Actually senang jer nak buat..
Jum ushar tutorial yang Dil sediakan untuk korang..




Step 1:

pergi kat Dashboard > Design > Template Designer > Advance > Add CSS

Step 2:

Masukkan code ini

#header-inner img {margin: 0 auto !important;}
#header-inner {text-align:center !important;}


Step 3:

Tekan apply..
Ok da siap pun..tengok da ketengah kan header tu..


nota kaki:

Simple jer kan..
godek-godek kat coding sikit,
pastu dapat la..

Musim study week ni..
Tapi mood study tak datang-datang lagi nii.. -.-"


Lagi cerita pasal blog akan dipadam 25 jun 2011?



Salam to all readers..

Tadi tengah jalan-jalan,
tetiba terjumpa entry pasal 

Pihak Google akan memadam Blogspot yang didaftar 
selain daripada gmail selepas 25 Jun 2011.
*alamk, betul ke??dil pakai yahoo.com ni..

Tapi relax bro,
*erk asal tetiba rock sangat ni??hihii
jangan gopoh gapah jangan sumpah seranah dulu,
Mesej ni sebenarnya untuk mereka2 yang

tidak log in account blogger die sejak 2007

Tengok, kan Dil da cakap relax dulu..
Tapi kan tak mustahil jugak Google akan delete account
yang log in menggunakan selain dari gmail..kan2..

So untuk langkah berjaga-jaga
pe kata kita tukarkan je ke gmail..
*tapi rasa macam malas jer..okay tak??heheh

oh ya kalau korang nak tau cara-cara nak tukar ke gmail
korang boleh ushar

Simple jer tuu..
*tapi Dil try buat tak jadi-jadi..tak tau kat mana problem.. -.-"


credit to


Tutorial Photoshop | How To Create A Simple Pastel Tone

Salam to all readers..

Entry sebelum masuk tidur..
Pasal photoshop..

How To Create A Simple Pastel Tone

Simple jer..
Jum try..


BEFORE




AFTER



CONTEST "Aku dan Kaca Mata"

Salam to all readers..

Actually ingat hari ni 
nak update entry pasal tutorial photoshop..
Dari petang lagi duk maen-maen dengan photoshop,
Tapi hasilnya terlampau buruk.. -.-"

So alang-alang tengok ada contest,
Dil pun rasa nak join..
*terus lupa kat pakcik Photoshop...hehe

CONTEST "Aku dan Kaca Mata"
Anjuran cik Fara Vavavoom..

*tekan SINI kalau nak join


Dil cuma letak gambar ni jerr..
xde la vavavoom macam cik Fara..hehehe*gurau jer
*
*
*

*asal happy semacam jer ni??aishhh

Oh ya cik Fara suruh jawab soalan..
*macam exam daa..heheh

 ❀✿ Dil suka spek ni sebab
spek ni jugak buat Dil nonstop gelak bila tengok muka dalam cermin..hahaa ❀✿

Okay la Dil nak tag

❀✿ miss sweet
❀✿ cikimon