May 31, 2011

Dilarang memakai eyeliner/celak mata

Salam to all readers

 Abah tegur dengan muka curious " siapa ni? kenapa hitam sangat eyeliner tu? "
Kakak tegur " eh da macam black mental sekilas tengok.."
Kakak yang lagi seorang tegur " eh kena tumbuk ke..lebam jer mata tu.."

Ni semua gara-gara pakai eyeliner time nak balik kampung hari tu..
Biasa la, time dalam bus, tidur jer memanjang..10 jam kot..
Dah tu time sampai rumah muka memang original muka bangun tidur..
Eyeliner memang bersepah giler..
Tu yang semua orang terkejut..hehe

Sampai jer rumah pagi tu, tengah hari dil bersiap-siap nak pergi kenduri..
Sepupu dil yang kahwin..
Time nak bersiap, abah dah pesan awal-awal..
Tak payah la pakai eyeliner tu.. *siap duduk kat  tepi dil time nak make up
So hasilnya..
*
*
 *gambar di snap tanpa dil sedar pun..


see, tak pakai eyeliner pun..
Terasa mata macam bogel jer..haha
Tapi tak kisah laa..
Mencuba menyesuaikan diri tanpa eyeliner..

Oh ya, untuk gambar tu, dil letak tone Yellow Brown 
Korang boleh tengok dekat tutorial photoshop yang dil buat sebelum ni..
*sempat lagi promote..hehehe

Actually ni gambar yang original before letak tone Yellow Brown

*abaikan eyebag tu.. =.="


nota kaki:

Kalau kat kampus, bila dil tak pakai eyeliner,
selalu orang tegur,
eh sakit ke?? =.="

May 29, 2011

Terkilan dengan orang tu tapi



Salam to all readers

Terkilan dengan orang tu..
Ingat sempat jumpa dia untuk kali terakhir tapi last-last tak dapat jumpa..
Menitik jugak air mata ni.. T_T
*awat over sangat ni??sila abaikan..hehe

Tapi tak apa la yang penting dil dah sampai kat kampung di kelantan.
Firstly tengok muka abah, yela abah kan yang datang ambil dil kat stesen bus..
Sampai rumah, wowww ramainya orang..
Semua orang ada..Meriah giler..
Tapi belum sempat lagi jumpa mama dengan ifah musyuk..^^
Dorang kat umah makcik dil, maklumlah sepupu dil nak kahwin hari ni..

Tetiba alamak, baju tak ada..
Macam mana nak pergi kenduri ni??
Godek punya godek bagasi dil, nasib baik ada juga..
Lau tak, tak tau laa..^^


nota kaki:

Okay, nasi untuk breakfast dah sampai..
Nikmatnya duduk kat rumah nii..hhehe

May 27, 2011

Susah sangat ke nak balas komen kat blog?



Salam to all readers..

dil selalu terperasankan benda ni..
bila kita komen kat blog orang, 
kita nak sangat orang reply komen kita tu..kan-kan..
Tapi hampa..owner blog tu tak reply pun..
Tambah-tambah kalau kita komen kat blog fofular..
Berapa kerat jer yang reply kan..
Tapi kan dil tabik dengan cik Epal..
Even dia blogger fofular, tapi dia still boleh reply komen-komen readers blog dia.

Tapi kadang-kadang ada sebabnya owner blog tu tak nak reply komen korang tu..
Know why??

1- Dah yang korang letak link entry korang dekat komen tu awat??
Bukan satu, bukan dua, tapi banyak pulak tu..
Owner tu nak reply apa jer..tak ada kaitan langsung dengan entry..

2- Dah korang tinggalkan komen suruh dia follow korang.
Apa la yang dia boleh reply kat korang..adoii

3- Ada ke korang tinggalkan komen suruh dia vote korang dekat entry dia?
hangin woo..ni bukannya komen, tapi ambil kesempatan

So, jangan melenting tak tentu pasal 
kalau ada blogger yang tak reply komen korang..
Tapi bagi dil, dil kan cuba untuk reply balik komen tu, even sibuk..
Yela, dengan cara tu, boleh rapatkan hubungan sesama blogger..
Tak gitu??heheh
Kalau yang dil tak reply tu, maknanya dil maybe terlepas pandang..
So jangan tersentap pulak..okeyy..


nota kaki:

Packing..esok nak balik kampung..^^

May 26, 2011

Identiti tersendiri penting untuk blogger

Salam to all readers..

Dil tersenyum sorang-sorang bila dapat komen macam ni..

*
*

"Hey awak..blog awak menarik..saya bookmark dah tau.."
"suka baca blog awak..nak bookmark la.."
"Setiap kali ada entry baru, saya mesti terjah awak..best.."
"Wow banyaknya tutorial..berguna sangat untuk saya yang baru buat blog ni.."
"Kan bagus kalau saya jumpa blog awak ni dari dulu lagi.."
"Tips-tips yang awak bagi senang nak faham..sweet pulak tu.."


Terasa macam dihargai..
Tapi tu la..Bukan senang nak dapat orang yang menghargai apa yang kita sampaikan..
Dulu dil pernah kena kutuk sampai dil rasa give up sangat-sangat..
Tapi bagi dil, sorang yang kutuk tak semestinya beribu yang tak suka kita..
Apa yang penting, kita berusaha kearah yang lebih positif..

Dulu, follower dil hanya seciput jer..
Tapi alhamdulillah, sekarang menuju keangka 2K..
Orang kenal blog dil bukan kerana
contest yang menawarkan hadiah yang masyuk..
Bukan kerana gosip yang disengajakan.
Tapi orang kenal sebab diorang tau apa yang dorang kan dapat bila access blog dil..

Jadi, hasilkan lah blog yang beridentiti.. Dengan adanya identiti, korang kan dapat follower yang setia.. Yang bukan hanya singgah untuk cari shoutbox sahaja.. Tapi yang akan menjadi readers yang setia..^^

*teringin sangat nak berphotoshot dengan encik syed hilmi..^^


nota kaki: 

Ready nak balik kampung..
Yahooo...

May 25, 2011

Terharu sampai menitis air mata

Salam to all readers..

Countdown..
Lambatnya masa berlalu..
Duhai masa, berdetiklah dengan pantas..
Ternanti-nanti dibuatnya,,
28.05.2011

Actually tu tarikh dil naik bus untuk pulang ke kelantan.. ^^
Tak sabarnya..Lama dah tak balik..
Rindu mama, rindu abah, rindu kakak2, rindu adik2, rindu nasi kerabu..

Hari tu, dil telefon rumah sembang dengan adik bongsu dil..

*selepas di translate kan dalam bahasa melayu..
Ifah : Kak dila, bila nak balik?
dil : 28.5 ni..kenapa, rindu eyyyhh?hehe
Ifah : eh kak dila, kejap-kejap, nak pergi ambil kertas dengan pensel..
dil : adik nak buat apa?
Ifah : nak catat tarikh kak dila balik..
dil : 28.5.2011 (sebut satu persatu sambil tersenyum)
Ifah : eh ulang balik.
dil : 28.5.2011 (dekat 7 kali ulang)

Budak kecil ni buat dil terharu.. T_T
Semakin tak sabar nak sampai rumah
nak peluk cium dia, 
nak dukung *even da besar..darjah 1..hehe
Mama selalu bising kat rumah..
Balik rumah bukan nak tolong mama,
tapi sibuk duk dukung adik tu..hehehe
Adik dah darjah 1 tapi layan macam baby baru lahir..

*rindu budak kecik ni..T_T


*Amalan Kejuruteraan tinggal 2 hari lagi..
Cepatlah habis..Tak sabar ni..


nota kaki:

Ifah, kak dila belikan coklat..
Suka kan..hehehe

May 22, 2011

Review Blogshop | 5185 Studio Karikatur



Salam to all readers

Promotion!!Promotion!!

ada buat promotion yang berbaloi-baloi..

KARIKATUR A3 BLACK & WHITE
COUPLE / PERPASANGAN / DUO
TAK KESAH LA APA LAGI YANG PENTING ADALAH
2 ORANG SATU PAGE.
RM 15 jer...

Murah gilaa kan..
Dah laa hasilnya sangat SUPERB!!
Korang tak percaya??Cuba tengok sample kat bawah nii..


 

Lagipun owner 5185 Studio Karikatur
En Firdaus Husain pernah karikaturkan gambar header dil..
dil berpuas hati sangat-sangat..
Hasilnya sangat-sangat kreatif..dil suka gila..

 *comel kan..heheheh ^^


So, kalau korang berminat dan teringin nak order,
korang boleh emailkan terus dekat En  Firdaus Husain
firdaus501@gmail.com

1. ATTACH GAMBAR
2.SERTAKAN INFO : NAMA , NO. TEL DAN ALAMAT
3.BAGITAU SAMA ADA NAK TULIS NAMA / SITUASI YANG KORANG INGINKAN
4. BANK IN - 153047807051 ( MAYBANK )
MUHAMMAD FIRDAUS BIN HUSAIN 

 Mudah jer kan..
Dan kalau korang nak lukisan original, cuma tambah RM5 jer..
Tengok, kan dil dah cakap, 
promotion ni berbaloi-baloi..
Apa lagi, cepat lah pergi serbu


nota kaki:
Comey giler kan gambar yang dikarikatur..
Dil cuma pandai lukis gambar orang lidi jer..hhehe

Tutorial Blog | Cara nak buat border melengkung untuk sidebar

Salam to all readers

Sebelum ni dil pernah tunjuk cara nak buat border untuk sidebar kan..
Untuk kali ini, dil kan tunjuk cara nak buat border melengkung pula..
Macam ni..

*
*
Simple jer nak buat..
Jum tengok tutorial yang dil buat untuk korang..
Kalau ada problem, jangan malu, jangan segan,
tanya dil jer ok..^^


May 21, 2011

Apabila bermain dengan litar dan arus elektrik

Salam to all readers..

Dari budak multimedia menjadi budak electrical engineering..
First time masuk bengkel dorang, terasa jakun giler..
Maklumlah biasanya lab budak multimdia penuh dengan computer jer..
Lab dorang penuh dengan kabel, wire..
Terkebil-kebil tengok..

Pastu kami disuruh pasang litar..
Seriously kosong jer otak time nak pasang litar..
Tak ada idea langsung..
Selepas technician yang hensem lagi comel tu bagi guideline,
baru lah faham..^^


 *excited giler pasang litar..maklumlah dah lama tak main benda camni..
*ada rupa macam budak engineering tak??hahah


 *berusaha giler nak masukkan wire.. =.="


*apa benda ntah ni.. ?_?

*yeeaa litar kami dah siap dipasang..
bangga giler dapat kalahkan group lelaki kat sebelah kitorang ni..
Girl Power!!

*Ini la rupa litar yang kami kena pasang.. 
Dan bila on indicator kaler hijau tu kan menyala dan bila overload
indicator kaler kuning pulak yang menyala..

Eb, best jugak jadi budak engineering ni..
dil paling suka main dengan litar berbanding manufacturing or mechanical..
Tapi kan kejuruteraan elektrik ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kan..
Stress giler time wire asyik tercabut jer..
Tapi puas hati bila berjaya..

Nak apply masuk fakulti  kejuruteraan elektrik boleh tak??
*sebab technician dia muda-muda dan hensem-hemsem..
GATAL..


nota kaki

Semalam ada orang risau bila 
dil kena pergi fakulti elektrik ^^

May 20, 2011

Tutorial Blog | Cara nak buat border untuk sidebar

Salam to all readers..

Dil dapat request dari kawan dil..
dia suruh dil ajar cara nak buat border untuk sidebar..
Macam nii..
*
*
Macam kat blog dil ni,
ni pakai border jenis square dan solid

So untuk entry kali ini 
dil akan ajarkan cara buat border square..
Simple jer..

Jum ushar tutorial yang dil buat untuk korang..
Kalau tak dapat nak follow, 
jangan malu, jangan segan..
Tanya jer ok..^^

Tolongla berambus jauh-jauh

Salam to all readers..
Okay parah sangat-sangat..
Dah dekat 2 minggu macam ni..
Macam tak mau renggang langsung..
Tolongla berambus jauh-jauh..

Korang tau ape??
Dah dekat 2 minggu dil demam+selsema..
Bila la nak dembuh-sembuh ni..
Muka dah makin membengkak gara-gara tu..
Sampaikan naik risau tengok keadaan diri sendiri..
Esok tak nak pergi Amalan Kejuruteraan boleh tak??
Terasa tak larat sangat..T_T
Nak mintak MC jer..

Kawan-kawan dil yang caring, selalu pesan makan ubat..
dil dah makan tapi still tak boleh sihat..
Terasa macam nak balik kampung sekarang jugak..
Tapi still kena stay kat sini selama seminggu lagi..
Tak apa la..
Orang kata sakit demam camni boleh hilangkan dosa-dosa kecil kan.
Amin..doakan dil cepat sembuh..


*even sakit-sakit, still bersemangat gergagi bongkah besi..
dil bersyukur dil budak multimedia bukan budak engineering..
cause why?? really tired doing this..seriously..


*being a multimedia's student is cool what..
boleh play around with lovely imac pc.


nota kaki;

Tired


May 19, 2011

Bila button follower hilang, semua kelam kabut

Salam to all readers..

Sejak akhir-akhir ni blogspot agak meragam sikit..
Maklumlah tengah maintenance..
Dan tengah hari tadi dil terperasankan something.
Kotak followers dil kosong..
Langsung tak keluar pape..
Ingatkan sebab line ayam, cube refresh berkali-kali tapi hampa..
Still tak muncul jugak..



Tapi rupanya sebab maintenance tu..
dan dil perasan jugak, ramai yang gelabah bila button followers hilang..
Awat nak gelabahnya?
Yang hilang cuma button follower jer.
Bukan ENTRY nya..
Kalau entry nya menarik dan korang nak follow tapi tak dapat,
apa pening-pening, bookmark jer blog tu..
kan senang..


nota kaki
Bila budak multimedia bertukar menjadi budak engineering..
Dari lab ber aircond + imac menjadi kilang manufacturing..

May 17, 2011

Itulah kekuatan yang hanya ada pada blogger

Salam to all readers

Entah la, sejak akhir-akhir ni,
bila login blogspot,
tak tau nak taip apa..

Kosong..
maybe sebab diri ni tak nak sihat-sihat..
Bile tengok kat tepi, OMG hanya 17 entry for this month..
Bila fikir balik, banyak benda nak di post kan..
Blog review, tutorial photoshop, tutorial blog, tips, nuffnang dan banyak lagi.
Tapi asal jer tekan new post,
terkedu..Asal tak berjaya nak taip satu perkataan pun..

Dulu rajin jer terjah blog orang lain..
Tapi sekarang hanya beberapa blog jer yang menjadi pilihan..
Bila jumpa entry menarik, nak sangat komen,
tapi terasa malas nak tekan button post a comment..
Kenapa yer..

Bila fikir balik,
sekarang dil selalu jadi silent readers..
Ntahla..Maybe sebab semangat nak berblogging berkurang..
Susah nak tinggalkan backlink kat blog orang lain..
Kerap kali fikir.nak stop berblogging..
Kalau dil stop, ada tak orang akan ingat tentang kewujudan blog Kerana Manisnya Epal?
Maybe ada, maybe tak..

Tapi tetiba tadi, dil terkedu..
ada orang ucapkan,


Itulah kemanisan bila berblogging..
Dan ia akan buat kita berfikir berbelas-belas kali untuk stop berblogging..
Even blog dil tak sehebat blog orang lain,
as long  ada yang menghargainya
tu dah lebih cukup..

Abah, even kak ni budak multimedia,
tapi kak still dapat ikut jejak langkah abah..
First time orang ucapkan selamat hari guru untuk kak..
Dan ucapan itu mampu buat kak terharu..
kak HEART abah

*berblogging bukan untuk menjadi terkenal,
bukan kerna duit tapi
berblogginglah untuk menyampaikan sesuatu yang dapat memberi manfaat
kepada orang yang membacanya..



May 16, 2011

Tutorial Blog | Cara nak buat tulisan 3D untuk header blog

Salam to all readers

Untuk entry kali ini,
dil akan ajar
cara nak buat tulisan 3D untuk header blog

Contohnya macam ni




Sebelum ni, dil ada suruh korang download Xara kan..
Dengan menggunakan software Xara ni,
korang boleh create tulisan 3D mengikut kreativiti korang sendiri..

Dil dah sediakan tutorial yang simple giler untuk korang follow..
Cuba kat bawah nii..

May 15, 2011

[Review Blogshop] AHM Collection


Salam to all readers..

Untuk entry kali ini,
dil nak mulakan review blogshop..
Blogshop yang pertama adalah

Menyediakan perkhidmatan mencetak gambar dan design (background & tulisan) pada produk yang dipilih sendiri oleh anda secara seunit dan borong pada harga yang sangat menarik. 
Produk ini amat sesuai untuk dijadikan cenderahati pada hari lahir, reunion party, hari guru, hari perkahwinan dan cenderahati syarikat. Semuanya dibuat khas mengikut kehendak dan citarasa pelanggan sendiri.

Ini adalah contoh-contoh produk yang terdapat 





Harganya sangat berpatutan dengan kualiti yang amat meyakinkan,.
Tak rugi..Lagipun, tak lama lagi kan Sambutan Hari Guru.
Sesuai sangat untuk dijadikan hadiah untuk guru-guru korang,
Apa lagi, jum ramai-ramai serbu 

Bila kena perli dengan blogger famous

Salam to all readers..

Tersentap.. dil kena perli dengan blogger famous tu..
Padahal duluu dil punya la admire dia..
Tupp..tupp kena perlii..
Wooo makan dalam nii..
Tengok ni blogger tu perli dil..
*
*


May 14, 2011

Tutorial Photoshop | Gradient Map | Vintage Color Tone

Salam to all readers

Untuk entry kali ni
dil akan ajar cara nak buat Vintage Color Tone
Menggunakan Gradient Map..
Simple jer..


After


Before


May 11, 2011

Tutorial Photoshop | Gradient Map | Mixed Brown and Purple Tone

Salam to all readers

Okay, untuk entry kali ini,
dil akan ajar tentang Gradient Map..
Gradient Map adalah salah satu cara nak tambahkan  tone color effect
dalam gambar..

Tone color effect yang pertama dil nak ajar adalah
Mixed Brown and Purple Tone
Jom try tutorial yang dil sediakan untuk korang.
Macam biasa,  tutorial in english.
Selamat mencuba..



After




Before




May 10, 2011

Bila orang sakit kental pergi amalan kejuruteraan

Salam to all readers..

Hari ni dah masuk hari ke-2 program amalan kejuruteraan..
Penat?? Memang la penat. Dari pukul 9-5 ptg..
Dengan badan tak berapa nak sihat.. T_T
Penat sangat rasa..
Balik jer, terus humban badan kat katil..
Sebelum tu kena panjat tangga ke tingkat 4..
Cobaan betul..
Program best tak?? errr no komen.. hehhe
Dah la dil tercampak berdua dengan classmate,
terpaksa masuk course lain..

Muka dil teruk giler kan time ni..
Dengan eyebag, mata kuyu macam sebulan tak tidur..
Dari kiri : iman, dil, sunbae sue, ecah

*time ni uzur giler muka kan..

 
Tapi nasib baik ada yang caring..Terus rasa rajin nak makan ubat..heheh
Mengada giler kan..hehe..
Alaa, sekali sekala tak apa kan..
Demam dah kebah, tinggal selesema jer yang degil tak mau hilang..
12 hari lagi nak habis amalan kejuruteraan.
Tak sabarnya..
^^

nota kaki:

ehemm 1, 2,3 test suara..
esok nak nyanyi untuk mama..
^^

May 9, 2011

Cara nak buat 3D font untuk header blog


Salam to all readers..

Tetiba ada orang request..

"dil, ajar la buat header comel macam dil.."
"nak header macam dil, buatla tutor.."
"Header u comel..bila la i nak ada header macam tu..ajar laa."

Header dil biasa jer..
macam tak layak pulak nak ajar korang..
Kalau dil buat tutor ada orang nak tengok tak??
Ape, xde??
Soobb..sobbb..terus nanges belakang almarii..
Sampai hatii..hehehe..
Nanti dil ajar setakat yang dil mampu okey..

Sebelum tu,
dil nak korang download ni dulu..


dil pakai xara untuk create 3D font.
Nanti jangan lupa, pastikan korang ada adobe photoshop juga..
Senang dil nak ajar nanti..
Okayy..
Pastikan ada 2 benda tu..
Okay la, dil nak kena tidur dulu..
Dah ada orang pesan suruh tidur awal..^^
Nyte korang..

Senarai Pemenang Segmen Susun dan Menang

Salam to all readers

Sorry sangat-sangat dil lambat update pasal ni..
Semalam langsung tak bukak laptop..Bussy sebab kena pindah hostel.
Dahla dapat tingkat 4..Angkut barang sendiri. Demam pulak tu.
Nasib baik ada yang caring pasal dil.. Terasa macam cepat-cepat nak sembuh.. ^^

Ini adalah jawapan bagi segmen susun dan menang..

E, B, C, F, A, D

Okay la, kat bawah ni adalah list yang dapat menyusun urutan header dil dengan betul..




Semua nama kat atas ni 

dil akan letak dalam bloglist Keranan Manisnya Epal

dil akan review blog ni satu-satu 
(maybe lambat sikit, sebab line wifi sini macam siput tengah jogging)

dan insyaAllah dil akan bagi cenderahati kat korang
iaitu header free..

Oh ya, cik ainaa merupakan orang pertama yang join segmen ni
dan jawapan dia adalah tepat..
So dil akan letak banner dia dalam blog dil percuma..^^

Thank you korang sebab join
Sorry sebab buat kejap jer segmen ni..
dil bussy sangat-sangat..

*tahniah korang..


nota kaki

Terkilan en Z tak dapat jawab dengan betul..
Nampak sangat tak cakna blog dil kan2..

May 8, 2011

Betul ke haram sambut hari ibu?

Salam to all readers..

Dil ada terbaca note yang tersebar meluas kat facebook
SEBAB HARAM SAMBUT HARI IBU
korang boleh klik  SINI untuk baca note tu.

Semua orang ada pendapat masing-masing.
Tapi bagi dil, tak salah kalau kita nak sambut hari ibu.
U know why?
Ibu adalah insan yang penting dalam hidup kita.
Ibu yang mengandungkan kita, melahirkan kita, membesarkan kita dan lain-lain lagi.
So kenapa tak boleh kita buat satu hari yang istimewa
untuk sambut asalkan tak melampaui batas-batas yang digariskan dalam Islam.
Bagi dil sendiri pun, tiap-tiap hari adalah hari ibu,
Dan tak salh kan, ada dalam satu hari tu,
kita buar hari yang spescial untuknya,,

Dil bukannya nak menghalalkan apa yang haram,
cuma bagi dil macam tak patut jer.

Apa- apa pun,
dil nak ucapkan HAPPY MOTHER'S DAY
kat mama dil.
kak HEART mama sangat-sangat..

*cantik kan mama dil

Mama ada waktu kak sihat, sakit, senang, jatuh.
Mama ingat tak, waktu kak jatuh time main Power Rangers.
Masa tu, umur kak baru 4 tahun kot..
Habis patah gigi kak sebab jatuh..hehe

Tiap-tiap pagi, time nak pergi sekolah,
mama ikatkan rambut kak macam-macam gaya.
Selalu jadi perhatian kat sekolah..heheh

Time kak masuk wad sebab denggi, 
mama temankan kak walaupun time tu mama tengah pregnant.
Mama tidur kat lantai beralaskan tikar.
Mesti sejuk kan mama.. T_T

Yang paling penting,
sebab mama la kak pilih course Multimedia.
Course yang sangat interesting, 
yang sangat menarik minat kak untuk explore lebih jauh.
Mama, kak nak kerja dengan Les' Copaque.
Nak jadi animator yang success..
Doakan cita-cita kak tu yer..Amin

Mama, esok kak ada kejutan untuk mama..
Mama tunggu okay..
Mama thank you sebab melahirkan , menjaga
'Adilah Binti Mohd Arifin
Budak ni agak nakal, agak degil, agak manja, agak tak mendengar kata-kata
tapi budak ni ada satu impian yang tak pernah dia lupa.
Dia sayang mama dia sangat-sangat
dan dia tak akan pernah lupakan mama dia
dan yang pasti dia akan  jaga mama dia sampai bila-bila..
Budak ni berjanji.. INSYAALLAH
*
*
*anak mama ni comel kan..heehe..of course la, sebab mama saya pun cantik..^^

Segmen di TUTUP

Salam to all readers..

Okay, disebabkan kesibukan yang bakal melanda diri ini
1-Esok pagi nak kena balik Utem
2- kena kemas barang
3-angkut barang simpan dalam stor
4-kena pindah hostel
5-Settle barang umah sewa lagi
6- Amalan kejuruteraan 
*sebab benda ni la tak boleh nak balik kampung lagii..grrr

dil rasa dil nak tamatkan segmen tuu.. lagipun dil tak sempat nak promote la.
Tadi pun bussy dengan kerja lain.
So, dil akan semak jawapan mulai malam ni
* cehh macam cikgu pulak rasa..heheh

Kepada yang join tu, terima kasih tau.
Maaf sebab buat benda ni kejap jer..
Kalau sempat malam ni, dil akan post terus..
Okayy..


nota kaki
Sukanya esok kena balik UTeM
-.-"
Uhhmmm

May 6, 2011

Segmen Kerana Manisnya Epal : Susun dan menang

Salam to all readers..

Okey, blog dil bertukar wajah lagi..Cubaa teka apa yang bertukar..
Elehh nampak sangat tuu..hehe..Ahaa dil tukar header..Tukar header jer.. 
Yang lain malas la nak tukar..Biar maintain jer camtu..
Mesti korang perasan kan yang dil selalu tukar header..

Sebab tu, dil nak anjurkan 
Segmen Kerana Manisnya Epal : Susun dan menang

Segmen ni adalah berkaitan dengan header dil..
Ini adalah senarai header blog dil dari mula dil berblogging sampai lah  sekarang 
yang disusun secara rawak.


Korang dikehendaki menyusun header blog dil, menyikut sususan
bermula dil berblogging, sehingga lah sekarang.
Siapa yang dapat teka dan susun header dil mengikut susunan yang betul,
sebagai ganjarannya

1- Dil akan letak banner blog korang dekat blog Kerana Manisnya Epal
(yang ni hanya untuk yang paling TEPAT & TERPANTAS )

2- Dil akan letak link blog korang dalam bloglist Kerana Manisnya Epal

3- Dil akan review blog korang

4- Dan sedikit cenderahati untuk korang..^^

Syarat-syarat penyertaan

1- Buat entry tajuk Segmen Kerana Manisnya Epal : Susun dan menang dan link kan ke page ini.
2- Letak header blog dil yang dil guna sekarang (letak kecik pun tak apa, dil tak kisah)
3- Susun jawapan.
Contohnya:
Susunan yang tepat ialah D, A, C, B, E, F
4- Follow blog Kerana Manisnya Epal (tak nak follow pun tak apa. Dil tak suka paksa..tapi semua yang join segmen ni, dil akan follow korang^^)
5- Tag 2 orang kawan.
6- Dah siap, sila tinggalkan url entry korang dekat entry ni..
Tarikh tamat segmen ini akan diberitahu kelak..^^


First time buat segmen.. ^^

Eh memang macam ni ke?

Salam to all readers.

Semalam dil naik bus tranasional sebab nak balik umah kakak kat Petaling Jaya.
Naik jer bus, terus dil terkejut..
mak aihh, memang macam ni ehh..tak pernah tengok pun
*tergaru-garu kepala sebab pelik yang teramat sangat..

Cubit lengan kiri sikit..Adoii sakit..
*marah kat diri sendiri sebab terover cubit..
Maknanya dil tak mimpi ni..
Nak tau apa benda yang buat dil terkejut sangat??
haarr cuba korang tengok nii..
*
*

May 5, 2011

Puas sangat-sangat!

Salam to all readers

Dil rasa puas sangat-sangat tadi..
Seriously rasa puas sangat-sangat..
Sebabnya dil dan members berjaya buat kejutan kat 2 org birthday girl 
sampai dorang nangis-nangis terharu..
Eleh jiwa kental konon..hahaha
Ni lah detik-detik tadi..
*
*
 *time ni baru sampai kat  tempat nak celebrate. 
Tetiba nampak benda ni. Apa lagi jom la merempit..

 *Pastu nampak buaian pula. err nak main jap eh. 
kejap lagi kitorang set up tempat okey..

 * ehh stor tu nampak unik la..snap gambar sini kejap yer..
*terus lupa tugas set up tempat..

 *tetiba, ehh dorang dah datang..kelam kabut keluarkan kek.. 
Alamak nak sembunyi kek ni kat mana?
Haar meh dekat-dekat.. berlakon macam kita tengah snap pic. 
Peace

 * Ini lah birthday girls. Sue kantoi nangis..Kata jiwa kental.. cehhh
cikimon steady jer..aishh..tak boleh jadi.

 * Ini lah keknya.. Sedap. Dalamnya cheese cake pastu salut dengan mango..
Budak mane ntah yang baik ati pergi beli kek tu.. ^^

 *Ni pula time lepas santap kek dengan twister oren

*tengok pic ni tetiba teringat kat selipar pink tu..
still terhutang dengan orang tuu..

* Last sebelum berangkat pulang.


nota kaki

Baru jer habis exam kelmarin.
Eh last paper hari tu ternampak en Z..
Sebok jer, dil last paper, dia pun nak last paper jugak..eee