Jun 30, 2011

Kesal bila blogger sanggup tipu demi kepentingan diri

Salam to all readers..


* Entry luahan..Actually hal ni dah lama..Berapa minggu yang lepas..Tapi baru hari ini, dil share sebab dah 2 3 kali kena macam ni.. Tapi yang ni, yang antara yang paling melampau..

Masa nak mintak tolong bukan main lagi kau ampu, kau kipas-kipas.. Bercakap berlapis giler, sampai kalah kek lapis.. Tu la orang kata, time nak mintak tolong, cakap macam gigi tu lebih lembut dari lidah..Korang bayang la sendiri macam mana.. =.=


Blogger dot dot : " dil, saya tertarik la dengan blog awak..Kalau boleh saya nak guna khidmat awak untuk makeover blog saya jadi cantik macam blog awak..Boleh tak? Pasal bayaran, saya tak kisah berapa pun.."

Budak naif @ dil : " Oh boleh jer.. Pasal bayaran awak tak payah risau.. Dil tak kenakan harga mahal pun.."

Blogger dot dot : " Oh ya, kalau saya nak dil tambahkan ini, itu, benda itu, benda ini, nak macam ini, nak macam itu, boleh tak?? *Demand nak mampos..

Budak naif @ dil : " Boleh jer..Tak payah risau, dil tak mintak bayaran extra pun.. Kira macam harga design  blog jer.." 

Blogger dot dot : " Wah baiknya dil ni.." *Hambek kau, ampu banyak-banyak..kipas jangan tak kipas..

Budak naif @ dil : " Bayaran tu, awak bank in kan bila dil dah siap buat tempahan macam yang awak nak tu yer.."  *naif sangat..mudah percaya pada orang



Bila tempahan yang begitu "demand nak mampos" siap dengan sempurnanya..


Blogger dot dot : " Dil, saya bank in kan esok ya.. Hari ini, saya sibuk la sikit.."

Budak naif @ dil : " Oh tak apa, dil faham.."

Keesokan harinya..


Blogger dot dot : " Dil, hari ini, saya tak sempat nak pergi bank lagi laa..Lain kali saya bank in kan ye.."

Budak naif @ dil : " Ok..."


Beberapa hari kemudian


Blogger dot dot : " Dil, saya dah bank in kan.."

Budak naif @ dil : "Terima kasih, nanti dil check bayaran.. " * bila check, aikk habuk pun tak ada...
Awak, dil tak terima lagi bayaran tu.."

Blogger dot dot : " Aik, aku dah bank in la.." *nada mula lain

Budak naif @ dil : " Awak bagi dil detail pasal transaksi duit tu boleh?? "

Blogger dot dot : " Mana ada aku simpan..Kan aku dah cakap, aku dah bank in" *dengan nada tinggi

Budak naif @ dil : " Tak apa lah, mungkin bukan rezeki dil.." *tersentap sikit..



Blogger dot dot terus senyap sampai sekarang.. Lagi dil tersentap, dia remove copyright yang dil letak dalam blog dia..Emm sabarr jer laa..


*motif gambar??Nak cakap, lain kali, jangan jadi naif sangat macam budak dalam gambar ni..


nota kaki: 

Tak apa lah, dil halalkan jer..
Cuma satu jer nak pesan, jangan fikir awak tu bijak sangat..
Kali ini awak terlepas, esok lusa??




Jun 29, 2011

Kalau ya pun, agak-agakla sikit !

Salam to all readers..


Entry separuh geram.. Korang tau, melampau giler tadi.. Time dil tengah sibuk ping blog, boleh pulak jadi camtu..Memangla sebelum ni, dil buat jer apa yang dia suruh, tapi kali ni, macam melampau giler.. Kalau ye pun agak-agak la sikit.grrr

*Tengokla kami. Semua terkejut tahap chimpazi kot..he.. 
*budak multimedia, mesti la kena tau acting..hehe


Korang tengok la sendiri. Tengok la kat bawah ni..Melampau giler..Sampai hati..Kalau ye pun, agak-agakla sikit.. Macam mana dil nak taip perkataan yang dil merahkan tu. Kat keyboard dil tak ade pun perkataan tu.. =.="


Hebat giler captcha yang FB suruh dil taip ni..hehehe..Kalau tulisan terbalik tu, dil boleh terima lagi, tapi yang ni?? =.="


nota kaki:

kepada orang-orang tertentu, 
cuba la HARGAI HASIL KERJA ORANG..
Aku ikhlas bantu,tapi kau?..



Animator Les' Copaque berlagak?

Salam to all readers..


Mood terkejut.. Apa-apa lah korang nii.. Cuba ramai-ramai tengok ni.. Cepat mengaku, siapa punya kerja ni?? Animator Les' Copaque berlagak?? Amboii, siapa ni yang cakap? Cepat angkat tangan..


Tak baek tau cakap orang macam tu.. Dil nanti, cita - cita nak jadi animator kat Les' Copaque jugak tau..Mana boleh korang cakap camtu..Kan dil nangis kan..ter "emo" pulak..hehhe. *tetiba jer.. =P




Apa, cara nak meminang?? Mana lah dil tau.. Dil pun belum ada yang datang pinang lagi..So tak ada pengalaman la..hihii ^^ nanti kalau dah ada yang datang pinang dil, dil share ok..heheh*blushing


nota kaki:
Baru sudah edit blog orang..
Happy bila orang tu suka dengan kerja dil yang tak hebat tu..






Wordless Wednesday #4

Salam to all readers



nota kaki:


join here



Jom kita mencuri ramai-ramai

Salam to all readers..


Jom semua..Kita mencuri ramai-ramai..Tak apa, dil gerenti aktiviti mencuri ini halal tau.. Betul, confirm bersih punya..Korang jangan risau ok..


Apa lagi, jom laa mencuri ramai-ramai.. Err curi apa?? heheeh..Curi buah epal..hehehhe.. Cuba korang tengok kat sidebar dil paling atas..Tengok, dah ramai tu yang join mencuri buah epal tu..korang bila lagi..hihiii


*Muka konon-konon terharu tengok orang datang curi buah epal..^^



nota kaki:

Kalau kakak librian kita yang comel tu, main gesel-gesel,
dil main curi-curi epal..Kenyang tuu..^^



Jun 28, 2011

CONTEST BEST HEADER EVER!!!

Salam to all readers..


Okay lah, disebabkan otak beku, tak tau nak taip entry pasal apa, dil join la contest ni.. 
Nampak macam menarik jer..^^


Even header dil tak lah segempak orang lain, cuma header hasil dari photoshop jer..
Hasil dari budak yang memang fail bab melukis ni..
Dil tak kira, nak join jugak.. ^^


Ni adalah header encik penanjur..




Dan ini adalah header cik Dil..




Jom la join ramai-ramai.. Bagi sokongan as a blogger..^^


nota kaki:

encik penganjur, nanti, roll kan cursor dekat header dil yang paling atas tu..
baru la tau kenapa doodle dekat header dil tu ada payung..^^


Berdendam habis-habisan dengan high heels dan wedges..grrr

Salam to all readers..


Korang percaya tak, dil dah hampir setahun tak pakai high heels dan wedges?? Seriously..Last dil pakai, masa sem 3..Masuk sem 4, langsung tak pandang high heels dan wedges sebab berdendam habis-habisan gara-gara sakit kaki sampai tak boleh nak jalan..Dekat seminggu jugak..Asal jalan jer, air mata pun, turun sekali.. Sakit woo..T_T


Bangun pagi tu, nak pergi shoot untuk iklan* projek video.. Berdiri jer, terus terduduk balik..Sakit wooo..Seriously, kaki tak dapat nak gerak langsung..Tak dapat nak bengkok pun.. Seram sejuk jugak time tu..Seksa giler..Kawan dil kata, maybe tulang kaki dil tergelincir..Tu yang jadi sakit..Tu laa, kerap sangat pakai high heels..Tiap-tiap hari.. T_T


*time ni, kawan tolong urutkan..Dil dah crop muka dil, buruk giler kot time ni..Terjerit melolong.. ^^

*insaf..tak nak pakai high heels dan wedges lagii..


So, dil setia jer la dengan kasut flat nose dil tu..Tapi kan, tergugat sangat bila tengok nii..Bergetar iman ni..







Cantik sangat nyah.. Teruja mak tengok.. Terlupa terus pasal fobia tu..heheh 
Nanti nak try la satu..^^
Kalau korang nak tengok lagi koleksi kasut yang boleh buat korang teruja,
Korang tengok jer kat online shop ni..



Nota Kaki:

Nak kasut baru pelis...^^






Jun 27, 2011

Tukar lagi..Memang dasar tak reti puas

Salam to all readers..


Nak tanya ni, siapa perasan dil tukar header? sila angkat kaki.. cepat-cepat nak kira ni.. Nak bagi dula-gula sebijik..Apa?? tak ada pun yang angkat kaki? Selamat gula-gula dil..heeheh


Okay, sebab utama dil tukar header lagi?? sebab, ada orang tegur dil," eh kesian doodle dekat header kau tu, basah..sebab hujan..hari-hari macam tu, boleh demam kepialu doodle tu nanti.."


Dil dengan muka blurr , " erkk doodle pun boleh kena demam kepialu jugak ke?? " *sambil garu kepala


Okay, disebabkan tak nak doodle tu demam kepialu, dil pun design la doodle baru yang agak buncit tu sambil pegang payung colorful gitu..Okay, kali ni, doodle tu dah ada payung..Tak basah lagii..Dan insyaAllah akan sentiasa sihat walafiat ye kawan.. ^^


*motif gambar?? err saja nak tempek..korang asyik tengok muka doodle jer..mana aci..^^



nota kaki:

ada sesiapa nak header berkonsepkan doodle tak??
boleh tempah dengan dil..murahh jerr.. ^^


Jun 26, 2011

Tutorial Blog | Cara mudah edit template blog ( Picture Window )

Salam to all readers..


Ada diantara readers dil, mintak dil ajarkan cara nak edit or design template yang simple but nice. Err nice ke???huhuuu =.=" So, dil nak tunjukkan kat korang cara nak edit template blog, berdasarkan template yang dil guna untuk blog dil.


Kalau korang tengok, dil menggunakan template daripada blogspot jer, iaitu Picture Window.




Untuk menghasilkan template blog macam dil guna sekarang ni, korang bolehlah ikut step-step yang dil dah sediakan untuk korang refer. Oh ya, sebagai tips untuk korang, dil nak bagitau, untuk senang edit, korang letak jer coding tambahan, contohnya coding sidebar, blockquote dalam Dashboard > Design > Template Designer > Advanced >Add CSS..Lagi mudah untuk korang tengok perubahan selepas letak coding tambahan..


Sila Tekan read more untuk melihat tutorial yang disediakan


Memang hantu vintage

Salam to all readers


Dil memang hantu vintage..Kalau boleh semua benda nak ada unsur-unsur vintage.. Tadi, buka photoshop, godek gambar  try hasilkan tone. Campur warna tu, warna ini sampailah terjadi tone ni.. Err korang rasa, vintage tak??hahhaha..




























Bagi dil benda yang lama sangat indah untuk dikenang. Skirt kembang, baju polka dot, spek besar bingkai hitam, payung baba nyonya tersangat cool kan..


Bila fikir balik, kan bagus kalau masa ni boleh diputar kemasa lalu.


Tapi mustahil kan.. Masa makin kedepan, bukan untuk mundur kebelakang. Just tempuhinya dengan senyuman..


nota kaki
Senyum tak perlu kata apa-apa

Jun 25, 2011

Mama dah bagi green light untuk ada boyfriend tapi

Salam to all readers..


Terkejut dil bila mama cakap, mama bagi green light untuk ada boyfriend. Terlopong jugak mulut ni bila dengar mama cakap macam tu..

Mama kata, " Mama tak kisah, kalau anak mama ada boyfriend pun, kalau boleh carilah boyfriend sorang, nanti bila dah konvo nanti, dah dapat kerja nanti, senanglah.. Boleh kahwin terus.."


Erkk terkedu dengar..hehehhe


Mama cakap lagi, " Tapi cari tu, bukan lah boyfriend untuk bersuka ria, pergi jalan sini sana, asyik berjumpa tak kira masa, tapi boyfriend yang boleh menjadi panduan kita, beri sokongan kat kita dan yang paling penting, yang boleh jadi imam untuk kita bila dah kahwin nanti.."


Tekun dil dengar mama cakap ni..Sampai terangguk-angguk.. 


Pastu mama sambung lagi, " Zaman sekarang bukan macam zaman dulu-dulu. Kalau zaman dulu, orang akan masuk meminang kita.. Tapi zaman sekarang ni, kadang-kadang orang dah tak nampak , kadang -kadang lupa yang kita ada anak perempuan.. Yela, anak-anak bukan 24 jam ada kat rumah, semuanya kadang-kadang jer ada kat rumah. Maklumlah semua dah masuk U.. "


Dil menyampuk, " aha kan mama, kadang-kadang orang dah lupa kita ni siapa.. Contohnya, eh tu anak siapa? Larr dah besar dah.. Dulu makcik tengok kamu ni duk main berkejar-kejar lagi. Comot-comot lagi. Sekarang dah comel." * hahha, abaikan ayat last tu..Tu ayat nasi tambah.. ^^


Mama pun sambung, " Sebab tu la , mama suruh anak mama, cari boyfriend masing-masing. Nanti senanglah nak kahwin.. Dah ada calon. "


Dil cuma tersenyum.. Maklumlah calon pun tak ada lagi.. Bila hati terbuka untuk orang tu, ntahlah.. Lagipun, dia senyap jer..Tak ada kata apa- apa. . Dia pun selalu cakap, "kita kan kawan"..


Okay, dah faham..Harapan kian pudar.. Eh cik EZAN IDMA single tu cool apa.. ^^
*senyum tapi dalam hati macam tersiat-siat.. 






nota kaki:


Yea laa kita kawan.. =.=


Jun 24, 2011

Inilah padahnya bila lama sangat tinggalkan photoshop

Salam to all readers..


Seriously, lama giler dill tak bermanja-manja edit gambar menggunakan photoshop..Tengok jer la entry dil untuk bulan ni.. Hanya 1 jer tutorial pasal photoshop.. Hehehe..


Ntah kenapa malas sangat nak buat tutorial pasal photoshop ni.. So, tadi dil pun try la main-main kejap dengan photoshop. Try tambah effect cahaya matahari.. Konon-kononya, gambar ni ambil waktu petang dan ada tempias cahaya matahari sikit-sikit..Tapi hasilnya tak memuaskan.. Hampehh..=.="


Ni la padahnya bila lama sangat tak edit gambar.. Tangan pun dah kekok nak edit.. Idea pun makin berkurang.. Tu yang hasilnya makin ntah pape ni..


*effect yang tak berapa nak menjadi.. =.="



Nota kaki:

Petang nanti nak buat Wedges laa..
Sedapnya.. ^^
Siapa nak??hehehhee

Jun 23, 2011

Spontaneous Thursday #2

Salam to all readers..


" Will you fly me away,
Take me away with you my love"

 nota kaki:

Dekat berpuluh-puluh kali ulang lagu ini.. ^^

Apa itu Spontaneous Thursday?
Entry spontan tanpa gambar.
Join here
and here





Orang lain sibuk usung DSLR, tapi



Salam to all readers..

Kalau kita tengok kebelakangan ni, Kebanyakannya sibuk usung DSLR masing-masing..Dah jadi trend kan..
Bila lah dil nak dapat DSLR ni..Teringin jugak nak ada DSLR sendiri..


Dil pernah cakap kat kawan dil,"wehh teringin la nak ada DSLR sendiri.."
Balas kawan dil.." Tak payah..ko bukan rajin sangat nak ambil gambar..Asyik suruh orang ambil gambar ko jer.. Tak ada gunanya.."


Perghhh tertusuk betul ayat kawan dil..hahhaha..Tapi kan betul jugak kawan dil cakap..hehehe..
Kalau kitorang pergi mana-mana, dil awal-awal dah warning kawan dil, usung DSLR dia tu..


Mula la kawan dil merenget," ko gambar nak banyak..tolong bawak, malas..Pastu mula la buat muka manja.."
Balas dil, "Alaa kawan, berat lahh..hihii..Tak kesian kat aku ke???" *sambil buat muka cute


Ada sekali tu, kawan dil kenakan dil, " Eh ko tolong pegang kejap..Nak baiki kasut ni.."
Dil pun dengan baik hati, " Ok..Meh aku tolong pegang"
Lepas tu, kawan dil berjalan dengan muka tak bersalah, "alang-alang tu, ko pengang lah.."*sambil gelak jahat..
"Ok, taktik kotor..Tak pe-tak pe.." *Dengan muka redha..=.=





Tengok kejam giler..Dorang tutup muka dil..Sampai hatii T_T



Tapi aku tetap sayang korang ^^
Sebab selalu ambil gambar aku, layan kerenah aku yang mengada ni..hehehe







nota kaki:

Tak sabar nak balik melaka.. ^^
Eh korang, dil suka sangat dengar lagu nii
Fly Me Away by Annie Little
Cute sangat lagu tu


Jun 22, 2011

Tutorial Doodle | Jenis-jenis mata untuk doodle muslimah


Salam to all readers..

Ini adalah tutorial doodle yang kedua dari dil.. 
Untuk hari ini, dil akan tunjukkan jenis-jenis mata 
yang korang boleh guna dalam menghasilkan doodle korang sendiri..

Ini adalah antara jenis-jenis mata yang dil guna untuk doodle muslimah..



Korang boleh guna yang ni jer..
Tapi mata yang dil buatkan ni, ia sesuai untuk doodle muslimah yang betul-betul ayu..
Kalau korang nak buat doodle muslimah yang kawaii,
korang buat je mata bulat ..


nota kaki:

blog bertukar lagi..heheheh




Wordless Wednesday #3

Salam to all readers




nota kaki:

join here

Jun 21, 2011

Asal tengok nama "my hero" je mesti pakwe eh?

Salam to all readers..

Tetiba terasa nak taip entry pasal my hero..ececeee..^^
Dulu kan, bila dil mesej dengan my hero dil, member selalu tegur..


Member: "Fuyooo..My hero..Pakwe ler tu.."

dil: aikk sejak bile aku ada pakwe? abah aku lar..

Member: eleh, macam la aku nak percaya..

dil: betul la..abah aku..sepukk kang..


Pelik sangat ke kalau dil save nama abah dil dalam handphone sebagai my hero?
Letak nama special sikit, mesti  orang sangka pakwe la..
Bila bagitau, cakap dil tipu..Adoiii..
Muka dil ni, jenis ada pakwe ey?? =.="

Bagi dil, abahlah hero dil satu-satunya..
Time dil resah ke, down ke, stress ke atau tak dapat tidur pukul 4 5 pagi,
 dil akan mesej abah..Dan abah dil akan reply dengan kata-kata semangat..

" Ambil wuduk, buat solat hajat..Tak pun baca Al-Quran..
InsyaAllah tenang lah hati tu"

See, that my hero..Yang tak jemu-jemu membebel kat dil..
Heheh..actually, bagi semangat..
Tanpa abah, siapa la dil..

Abah, Selamat Hari Bapa..
Walaupun kak ucap lambat, tapi bagi kak abahlah segalanya..
Kak sayang abah sangat-sangat..
Budak ni nakal..Tapi tak bermakna dia tak sayang..
Dia degil, tak bermakna dia benci..
Dia membantah tak bermakna dia tak suka..
Yang dia tau, dia sayang sayang sayang dan sayang sangat-sangat kat abah..


nota kaki:

Luahan perasaan.. ^^

Tutorial Doodle | Cara buat muka doodle

Salam to all readers..

Ini adalah tutorial  pertama dari Dil pasal doodle..
Sebab ramai yang request nakkan tutorial, 
so dil akan buat tutorial step by step..

Untuk hari ini, kita akan belajar cara nak lukis muka doodle..
Doodle yang dil buat ni, adalah doodle muslimah.
So haruslah pakai tudung/shawl kan..hehehe

Untuk buat muka doodle macam kat bawah ni..Senang jer..
Oh ya, untuk melukis doodle ni, 
pastikan korang ada software Adobe Photoshop yer..



Sila tekan read more untuk melihat tutorial

Eh dah capai 2K rupanya

Salam to all readers..

Terkejut dil tengok kotak follower dil..
Dah capai 2K rupanya.. Dil tak perasan pun.
*dil jenis tak caring sangat pasal kotak follower..visitor dil pentingkan..hehehe


Oh ya, dil nak ucap terima kasih kat semua yang sudi jenguk 
and follow blog dil yang tak seberapa ni..
Mesti dalam hati korang, "eleh dil, dalam 6 bulan baru capai 2K pun dah bising-bising.."
Ye, dil tau,blog dil biasa jer..Tak glamour, tak femes..Tak ada siapa yang kenal.. =.="

Oh ya, untuk follower ke 2000 iaitu cik SuzaDin..
Nah ni doodle special untuk awak..



nota kaki:
Nak mintak maaf kat someone T_T

Jun 20, 2011

1st try doodle boy untuk EB

Salam to all readers..

Dil mengaku, dil giler doodle sekarang ni..
Sanggup tak keluar bilk semata-mata nak design doodle..
Please, ade ubat tak untuk sakit dil ni?? ^^

Okay, 1st try design doodle boy..
Dan doodle ni dil nak hadiahkan untuk EB..
Even tak berapa kacak or comel doodle ni,  tapi dil buat ni sepenuh kasih sayang nii..hihii
EB kena hargai tau.. ^^

*Macam nak pergi raya kan..hihiii

Dan ini adalah lakaran kasar untuk doodle EB..
Dil memang tak pakai melukis..Tu yang lukisan macam cakar ayam jer..sorry.. =.="

*siap ada nama EB lagii..hehe


Oh ya, en Hanif diminta bersabar yer..
Doodle anda dalam proses lakaran lagi.. ^^

Dil kagum giler orang dapat buat doodle guna paint..
Dil ni "buta paint". Seriously hanya tau crop gambar jer dekat paint.. =.="
So, siapa yang buta paint angkat tangan..Kita geng laa..huuu


nota kaki:
dil lupa nak buat butang baju melayu untuk doodle kat atas nii.. =.="

Jun 19, 2011

Doodle ala-ala Hana Tajima?

Salam to all reeaders..

Dah dekat 2 jam, dil cuba lukis doodle pakai shawl ala-ala Hana Tajima..
Tapi fail.. Tak cantik..Stress sangat..
Siapa yang baik hati?? Please hadiahkan dil bamboo tablet..
Sampai sekarang belum siap design doodle tuu guna photoshop..grrr
Lakaran kasar pun still separuh jalan..

*badan belum ade lagi..hihii..

Lagi malang tetikus dil buat hal..Okey, geram-geram..
Try buat doodle boy untuk EB, dah siap, tapi macam ada kurang something.
So, tak boleh nak publish lagi..Tunggu tauu..
Doodle untuk Hanif, tengah lakar lagi..

Tolong..Hadiahkan dil benda nii..^^

*bila la nak dapat bamboo tablet ni..=.='


nota kaki:
Nak tetikus baru pliss


Jun 18, 2011

Jahanam kau binatang!!!

Salam to all readers..

Entry geram..grrr..so haruslah tajuknya keji "sikit" kan..Tak gitu??
Petang tadi, tiba-tiba terperasankan something..

OMG what is this??
*alamak, ter "speaking" la pulak..hihii..

Cuba tekan-tekan, belek-belek..
Terus terkeluar ayat keji ni.. " Jahanam kau binatang!!! "
Mana tak geram dil..cuba korang tengok nii..Buruk giler tompok merah ni..
Dah la sakit..pedih-pedih..Bile kena air, makkk aihh, rasa nak menjerit.. T_T
Apa ntah yang gigit dil..tapi yang pastinya binatang laa..
That why tajuk entry ni, "Jahanam kau binatang!!! "..^^



Terus taip mesej, story kat kawan dil..
Alih-alih, tengah mesej dil boleh lelap..=.="

Moral of the story: jangan ganggu habitat binatang..kalau tak, begini la jadinya..


nota kaki:

pening..doodle boy, susah sangat nak buat.. =.=

Jun 17, 2011

Doodle ke 2 untuk cik Alya

Salam to all readers..

Suka sangat bila ramai yang suka doodle dil..  ^^
Ni buat dil makin bersemangat ni..heheh
Okaylah, ni adalah doodle kedua dari dil untuk hari ini..
Kalau yang 1st tadi, dil ambil masa 2 jam, kali ni dil cuma ambil masa dalam setengah jam..
Ada peningkatan la sikit tu..heheh

Oh yaa, doodle ni dil nak hadiahkan dekat cik Alya..
Maaflah, tak berapa lawa..Maklumlah budak baru belajar..



Dan ni adalah lakaran awal sebelum dil lukis doodle
menggunakan photoshop dan illustrator..
Buruk giler kan skecthing dil.. Kan dil dah cakap, dil fail bab melukis..=.="


Actually dil nak buat seluar ala-ala aladin tu..Tapi tak berapa menjadi..huhuu
Ingat nak bagi doodle ni pakai handbag or sling bag..
Last-last, handbag tak tau pergi mana, sling bag pun hilang camtu..hehehe



nota kaki:

nak try lukis doodle boy la pulak..
Untuk En EB dan En Hanif


Yeeahhh my first doodle from me..

Salam to all readers..

Bila tengok orang create doodle sendiri, dil pun terasa nak create..
Jealous lah tengok doodle yang orang lain buat semua cantik, cute , shomel sangat..
So, tengahari tadi, dil pun try la lakar doodle dil..
Agak kelakar dan tak lah secomel doodle orang lain.. T_T

Tapi tak apa lah, nak tunjuk jugak kat korang..
Err jangan gelak tauu..Janjii..
So, ni la hasil budak multimedia yang tangan bangku..
*dil memang paling fail bab melukis.. =.='

*slim macam dil kan..hahahahha..tak sedar diri tol ^^


dan yang bawah ni adalah doodle yang dil lakar sebelum 
dil lukis doodle menggunakan photoshop dan illustrator..
Buruk giler..huhuu

*shomel tak?? macam haramm jeee..^^



nota kaki:
kakak dil asyik tanya,"eh kak lukis sendiri ke??"
Yelaa..tak peercaya??amboii mentang-mentang dil ni tangan bangku..=.="
*kak= panggilan dil kat rumah

Jun 16, 2011

Spontaneous Thursday #1

Salam




Saya nak bakal husband romantik macam Seth..
Amin ^^




Nota Kaki:

Apa itu Spontaneous Thursday?
Entry spontan tanpa gambar.
Join here
and here

Apabila kami mencuba 3D kan Melaka

Salam to all readers..

Actually dil nak share something dengan korang..
Hasil kerja kumpulan dil untuk projek final Animasi sem 3 tahun lepas..
Kitorang disuruh menghasilkan animasi 3D bertemakan Melaka Maju 2010..
Mula-mula ingatkan lecturer kitorang main-main jer..
Tapi rupanya betul..=.="

Dah la first time belajar animasi 3D..
Nak guna software Maya Autodesk 2010 pun masih terkial-kial..
Tup tupp dapat tajuk macam kurang nak masuk akal ni..
Merayu-rayu kat lecturer

Kami:  Encik kami baru jer belajar guna Maya..Susahlah tajuk melaka maju ni.. 
Encik: Alaa senang jer tu..Saya nak awak semua buat macam dalam video ni..
*sambil menunjukkan video animasi yang tersangat gempak..
Kami: Haahhhh!!!*dengan mulut terlopong tak percaya..

So nak tak nak, kena la buat jugak..
Projek final tuu.. 20%..
*kot..dil dah lupa markah dia..heheheh

Tajuk: Melaka Maju 2010
Software: Maya Autodesk 2010
Sinopsis animasi

Dulu negeri Melaka hanyalah satu bidang tanah yang penuh dengan  hutan-hutan belantara.
Tapi dari hari ke hari, melaka membangun. Muncul rumah-rumah yang didiami penduduk..
Muncul bangunan-bangunan tinggi. Tercipta la monorel yang yang menambahkan satu lagi titik kemajuan Melaka.Sehingga Melaka diangkat menjadi sebuah negeri yang maju pada tahun 2010.
*gempak giler kan storyline nya.. =.=" tapi hasilnya hampeh



Tapi sebab kami ni budak baru belajar,mesti lah akan ada kesilapan..
Kami silap masa nak render animasi ni..Sebab tu lah, kalau korang tengok
animasi ni jadi tak cantik dan gambarnya jadi pecah-pecah..
Hampa tapi its ok..Maklumlah 1st time buat kan..
Adat belajar, mesti ada salahnya sebelum berjaya..kan..
*ayat nak sedapkan hati..hehehehe^^

Oh ya, next sem dil dah masuk year 3. Wah dah jadi senior ni..heehe
Untuk bengkel 2 nanti, dil dan group dil kena menghasilkan animasi 3D..
Kusut-kusut..Dahla dil kena jadi Ketuar Animator.. Ambikk kau..=.="
Dahla hantar proposal, storyline punya lah gempak..
*gara-gara terpengaruh dengan cerita Boboiboy

Wish me best of luck ye kawan-kawan..
Mata bersinar-sinar tengok perkataan


nota kaki:
angan-angan itu penting..
Kata kawan dil..^^

Jun 14, 2011

Yeaahh NurulBadiah Lai nak belanja

Salam to all readers..

Soalan 1:  Okay nak tanya siapa kenal kakak ni??
*Confirm semua orang berebut nak angkat tangan kan..



Soalan 2: Siapa kenal budak ni??
*Confirm semua buat muka mengantuk sebab tak kenal kan.. +_+


Kejamm sangat korang..Terus merajuk tutup muka dengan Mashi-Mashi..
*Mashi-Mashi tu adalah nama manja patung Mashimaro dil..heheh

Actually kat atas tu, kakak NurulBadiah Lai..
Dil suka giler tengok dia..shomel..natural beauty kan..dah la baik..
Semalam dil cakap kat dia, dil teringin sangat nak makan keropok lekor..
Mintak dia belanja..Alih-alih dia on jer..hehehe

*orang lain cakap pasal lain, dil sibuk cakap pasal makanan..hahaha


Dengan muka tak berapa nak malu, dil mintak dia belanja..hohooo
Nasib baik dia bagi respond positif..Kalau tak, melopong jer laa..hehehe

Okay kak nurul, kalau dil jalan -jalan kat terengganu,
dil roger-roger kak nurul yang shomel lote ye..
Nak claim keropok lekor tu..hehehe


nota kaki:
Jeles betul tengok kulit kak nurul..
Putih gevuu tau..^^
Kak nurul, bagilah tips sikit..hehehe

Jun 13, 2011

Iklan 3D pertama yang dihasilkan oleh kami

Salam to all readers..

Selepas dipujuk oleh kawan baik dil,
akhirnya dil publish jugak iklan yang pernah dibuat diawal-awal 
pembelajaran subjek Animation dan Audio Video sem 3 dulu..

Sebelum ni langsung tak tergerak hati untuk publish sebab buruk giler..
Tapi kawan baik dil cakap.. " ala biasa la tu baru belajar.."
Err jangan gelak tau..
Buruk giler dil dalam ni..hehe.
Jalan macam orang tua gara-gara sakit kaki..
*akibat selalu pakai wedges.. =.=

Iklan ni adalah dimana kitorang terpaksa menggunakan environment 3D..
Sinopsis iklan: 
Kitorang terperangkap didalam sebuah kotak..
Dalam keadaan lesu mencari jalan keluar..
Tetapi selepas melalui sebotol air mineral gergasi,
kitorang menjadi begitu bertenaga..
*Konon-kononnya..hehhe


Untuk video ni, kitorang kena menggunakan green screen
bagi memudahkan proses chromakey..
Tapi disebabkan malas nak booking studio jadi
kitorang just guna dinding warna biru..kreatif kan..hahha
*kreatif la sangat..padahal malas..hohoo
Bawah ni adalah gambar time pembikinan iklan tu..^^


*dil, adalah 2 dari kanan..^^


nota kaki:
Segan giler sebab bagi korang tengok hasil budak baru belajar macam kami.. =.="
Nanti dil publish 3D animation pula..