Nov 27, 2011

Freebies doodle couple | Memang dicipta untuk membaiki kesilapan awak

Salam to all readers




Tetiba terasa nak design doodle couple.. Ingat nak buat doodle quote, tapi tak ada ayat best.. So, buat freebies jer la.. Sesiapa yang nak, ambil la.. #Err ada ke yang nak?? =.="


Tadi, terbaca ayat ni.. Nice sangat-sangat.. #Sebak..emo betul..sambil lap hingus..=.="


Pensil: Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah. 

Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. 

Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya. 

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. 


#ala-ala pre wedding la pulak kan..hehehe




Nov 24, 2011

Don't cry because it over

Salam to all readers..




Senyum, tak perlu kata apa-apa..
Cuba terima dengan redha.
Bak kata anip semut sengal,  "kecewa pun takpalah. Biasalah hidup."



*makin hari makin comot lukisan.. =.="



Nov 23, 2011

Wordless Wednesday #8 | Im the lucky one

Salam to all readers

#see, im da lucky one..Yang lain nampak kaki jer..ahhahaha
Make up dah comot.. =.="


nota kaki:

eh kelantan dah start banjir ey???

Nov 21, 2011

Tempat terbaik untuk menternak lemak

Salam to all readers

#Entry bergambar..
Hey korang.. Nak tau tak, tempat terbaik ternak lemak? Of course la, dekat universiti.. Serius, dil tak tipu.. Buktinya, cuba korang tengok badan masing-masing bila dah masuk universiti.. Berat badan makin menaik dengan pesatnya tanpa menoleh kebelakang lagi... Demmm kan. =.="



#ni gambar semalam. 


#tengok la tempat snap gambar.
Asyik dekat tempat ada makanan jer. 
Salah satu faktor ni.. =.="


#Antara mangsa kegemukan selepas beberapa tahun menjadi pelajar universiti


#ni gambar time sem 1 dulu-dulu..wakakaa..kacak kan.. =.="


#zaman muda mudi..hahah..
Kelakar bila tengok balik.
Tapi rindu nak kurus macam dulu.. T_T



Menjadi student u ni memang besar pengorbanan dia kan.. hahahah.. So, bila dah jadi camni, mula la sibuk nak diet la, tak nak makan nasi la, nak bersenam la.. Tapi, err kekadang tewas jugak.. Actually bukan kekadang, tapi selalunya..ehhehe.. #jeles dengan orang badan kecik molek.. 



nota kaki:

3 gambar yang atas tu, 
dil letak effect vintage.
dah lama tak buat tutorial photoshop.. ^^


Nov 20, 2011

DIA dah tentukan yang terbaik untuk kita

Salam to all readers






See.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Dia tidak memberi apa yang kita inginkan. tapi dia memberi apa yang kita perlukan disaat yang terbaik untuk kita.. Kadang-kadang kita menangis, kecewa,kenapa Allah tak beri apa yang kita nak.. Tapi sebenarnya Allah dah tetapkan yang lebih terbaik untuk kita.. ^_^


Jadi, jangan kecewa, bila kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang.. Mungkin, Allah sudah tetapkan jodoh yang lagi terbaik dari yang sebelumnya.. Amin



nota kaki:

menaip entry ni sambil lap air mata..
T_T


20.11.2011 cantik kan date ni

Salam to all readers..



2 hari lepas, kawan dil ada bagitau dekat dil..


Kawan : " Eh dila, aku dah carik dah date sesuai untuk kau kahwin..Tak kira la, macam mana pun kau kena kahwin jugak.. Sebab lepas ni, dah tak ada date cantik camni..Rugi wooo "


Cik dil : " Bila wehh?? "


Kawan : " 20.11.2011. Cantik kan.. Tapi malangnya, kau ada dua hari lagi.. So, cepat-cepat carik calon yer.."


Cik dil : " demmmm.. Ingat cari calon macam nak beli karipap ke.? " =.=


demmm..fat.. =.="



nota kaki:

movie shark night, x best pun..
ending macam cerita piranna. =.="

Nov 18, 2011

Jangan bercinta kalau hati tak ikhlas

Salam to all readers



" Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya 
andainya kamu tidak ikhlas menyintainya kelak kamu akan berlaku kejam 
dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita.."




Nice quote kan.. Terbaca kat facebook.. Terus taruk dekat blog.. Just untuk peringatan diri sendiri dan semua yang membacanya..  ^_^


Ada yang tanya, " kenapa entry dil macam orang kecewa jer? " 

Err kalau dil tak nak jawab, aci tak?? ^_^





Terharu bila orang tulis pasal kita ^^

Salam to all readers..


Terharu sangat-sangat. Bila check referrals, rupanya ada jugak yang tulis pasal blog dil yang cikai ni.. Patutlah, walaupun sekarang jarang sangat nak update blog, visitor, tiap-tiap hari, mencapai jugak 1k..  Walaupun trafik tak macam dulu-dulu.. Thankss tau, sebab tak bosan-bosan singgah blog cikai ni..^^


Untuk pertama kali, dil nak list kan lah.. Nak buat kenang-kenangan..kan..^^ Untuk kali ni, dil list kan 3 blog dulu..









Entry yang simple, tapi mampu buat dil terharu, tersenyum sampai ke pipi.. hahaha..*over betoii..hahha


Nota kaki:

Ramai yang tanya camne nak tempah kad kahwin doodle.
Dil cuma lukis doodle jer tau..
Kalau korang betul-betul nak tempah,
korang boleh tekan kat sini..



Nov 16, 2011

Doodle cik Dil versi kad kahwin

Salam to all readers


Err doodle dil dah jadi doodle kad kahwin.. ^_^
Kalau sebelum ni, sekadar tempek dekat blog, alhamdulillah, dah upgrade sikit.. ^_^






*gambar dari blog LanaBusyBee
korang boleh tempah kad kahwin dengan dia..
dil cuma design doodle jer..^^


nota kaki:

Esok midterm projeck management pulak..=.="

Nov 14, 2011

Cinta ibarat rama-rama

Salam to all readers


#just a simple drawing. It's how i express myself


nota kaki:

Melukis. Satu cara nak release tensen. =.="


Bila cinta ibarat pelangi dan hujan

Salam to all readers


Pernah tak, bila kita suka sepenuh hati kat orang tu, tiba - tiba orang tu, jumpa orang yang lagi baik dari kita untuk diri dia.. Dan kita?? Kita cuba ubat hati kita, sentiasa tersenyum didepan semua orang, tapi dalam hati, hanya Tuhan je yang tau..


Dan tiba-tiba suatu hari , pasangan awak cakap kat saya, " kak, boleh tak adik nak mintak sesuatu dari akak..? emm kalau suatu hari nanti, adik mati dulu, dan masa tu, akak belum ada siapa-siapa, boleh tak akak terima dia?


2 tahun.. Bukan masa yang singkat.. Untuk melupakan, dan untuk memaafkan.. 



" Pisahkanlah kami
biarpun kami terluka
jika perkara buruk lebih banyak 
daripada perkara yang baik.."



*bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi kan.. 



nota kaki :

Senyuman boleh tutup luka kat hati kan.. 


Nov 13, 2011

Mentang-mentang cantik, so kau nak berlagak la?

Salam to all readers


Alhamdulillah, pagi tadi, dil berjaya sampai kebumi melaka dengan selamatnya.. Yang tak boleh blah, dil dapat seat yang tak boleh laras.. demmm.. Terpaksa tidur 10jam dalam keadaan menegak macam tiang bendera... =.=


So, lepas siap kemas semua, after zohor ajak kawan pergi mydin mall jap.. Nak isi perut.. Tupp tup, dil terjumpa something yang mukanya memang tak boleh blah.. Mentang-mentang cantik, so kau nak berlagak la??


Ni la dia, yang muka berlagak sangat tu.. =.="


*puas dil ushar, tapi dia buat derrr jer.. memang hampehhh



*seyes, yang ni, muka memang kerek gilerr.. rase nak dush dushh jer


*yang ni pun 2x5 jer.. Tak reti nak senyum ker? caitttt hampehhh


*mata dia..perghhh macam biji guli..booolattt


*kerja membuta jer.. Puas dil tenyeh-tenyeh kepala dia..Tapi tak ada respond pun.=.="


*ok dah tau apa korang nak cakap.. maklumlah banyak makan daging korban.. =.="



nota kaki:

errr dil rasa, errr dil homesick laa.. 
=.="



Nov 12, 2011

Full template blog order untuk Cik Fieqa

Salam to all readers..



Hari ini, menghabiskan masa menyiapkan full template blog yang di order oleh cik Fieqa.. Dia request nak kaler pink.. So, dil tambahkan design roses and border tajuk sidebar yang agak vintage sikit.. Dan alhamdulillah, dia suka dengan design tak seberapa dil ni.. ^^


*tekan SINI untuk ke blog beliau



nota kaki:

Packing barang nak balik melaka. =.=


Nov 11, 2011

Jawapan teka teki semalam | Korang memang kreatif ^^

Salam to all readers

Semalam, dil ada buat teka teki sikit.. Kelakar.. Macam-macam jawapan yang dil terima.. Tapi dil cari 1 jer pemenang yang paling cepat dan tepat.. Hadiahnya tak ada lah gempak pon.. Cuma doodle comot ni jer..


Dan pemenang nya adalah, cik Syafirah Ruslan.. Tapi, dil tak dapat nak jejak blog dia.. Tak ada link la sayang.. 



Dan ni pulak antara jawapan yang berjaya buat dil gelak tak ingat dunia..hehehe.. Jawapan korang sangat kreatif.. hehehehe ^^








Nota kaki :

Demmm.. Esok dah kena balik melaka.. T_T



Nov 10, 2011

Fine, saya memang suka berpura-pura =.=

Salam to all readers


Menaip entry dengan perasaan ntah pape.. Benci, cuti tinggal 2 hari lagi.. Projek entah ke mana.. 3D modelling yang tak siap-siap.. Dengan interview techcom2.. Alamakk, dengan midterm lagi.. Ok pengsan 24 saat.. =.="


Di saat ni, berharap, alangkah bestnya kalau sehari adalah 48jam.. 24jam, sikit sangat.. Tak cukup..=.="


Ditambah pulak dengan masalah si copycat yang tak pernah reda, memang terasa down sesangat.. T_T Tapi al-hamdulillah, Allah itu maha Adil kan.. Rezeki makin mencurah-curah.. ^_^ Oh ya, tadi baru pergi deposit cek nuffnang yang dapat hari tu.. heee


Just smile.. InsyaAllah, semuanya akan berlalu dengan tenang.. Sebab tu, dil sentiasa tersenyum, even terpaksa menangis dalam diam.. *erkk hipokrik yang positif. Tak apa kan.. ^^


*cuba teka doodle ni tengah buat apa?
siapa teka paling pantas dan tepat,
dil kasi doodle free..cepat-cepat..^^




nota kaki 

Penat.. 
Tapi cuba nak siapkan design yang orang order..
Kental..hehheeh


Nov 9, 2011

Seriously, it hurts me T_T

Salam to all readers..


Its really annoying ok.. Guna hasil kerja orang, and claim as yours.. Lagi not fair, use other's work for getting the money.. And show it like, " lihatlah dunia, ni adalah hasil kerja i dan siapa nak order, dipersilakan .."  =.=

Demmm.. And kalau ditegur pasti ada suara-suara halus, " Eleh, siapa suruh ko tayang dekat blog.. Apa lagi, copy la.. " *siap gelak devil lagi..


Dear, my blog bukan sekadar tempat i conteng-conteng, bukan sekadar tempat i express my self, tapi ia jugak tempat i tampal my art work.. Bukan kegunaan untuk menunjuk-nunjuk, but untuk kegunaan masa hadapan.. Hey, i'm multimedia student ok.. 


Sedihh.. Even kita mangsa, tapi kita tetap dipersalahkan.. Kan.. So, just shut up your mouth, and keep it deeply in your heart.. T_T



*quote kat atas ni cam haraammmm kan..hahahha



nota kaki:

My english lintang pukang.. =.="


Nov 7, 2011

Doodle Couple untuk Cik Bella || Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam to all readers..


Hey korang, selamat hari raya aidiladha tau.. Raya ke2 baru sempat nak bukak blog.. Sibuk bebenor dengan lembu..hohooo.. Camne raya korang? Best tak??


Sambil berhari raya, sempat lah settle kan doodle couple yang diorder oleh cik Bella.. Cik Bella dah bagitau awal-awal, nak doodle camne, warna ape, so, dil designkan berdasarkan kriteria yang dia nak la.. Hope cik Bella berpuas hati.. ^^

*part nak design boy, memang leceh.. =.="



Nov 3, 2011

Alhamdulillah, cek Nuffnang dah sampai

Salam to all readers..


#Short entry upadated

Tadi kakak bagitau, cek Nuffnang dah sampai rumah..
Terus tak sabar nak balik rumah.. ^^
Even tak ada lah berjuta lemon, but ia still rezeki kan.. 
Alhamdulillah..



*jumlah??biarlah rahsia.. ^^




Nov 2, 2011

Nak sentuh jugak !!

Salam to all readers


Hari tu, pergi jalan -jalan dekat dataran pahlawan (dp).. Tetiba nampak pakcik ni tercegat depan pintu masuk.. Dah la dengan berbungkus bagai.. Tapi yang tak best, dia tulis " Don't Touch".. Opss sengaja sentuh..hahaha






nota kaki:

esok midterm web..=.="
eh lusa dah nak balik raya.. ^^



Nov 1, 2011

Stop crying big girl T_T

Salam to all readers..


Duhai hati, senyumlah..
Usahlah menangis lagi..
Menangis la, hanya untuk Maha Pencipta Yang Satu..
Bukan untuk manusia yang hanya tau mengukir janji yang sia-sia..




^
A smile is a curve that sets everything straight.



nota kaki:

Kekadang stress jugak dengan orang sekeliling yang ntah pape fiilnya.. =.=

Jakun giler dapat shopping dekat Super Cowboy =.="

Salam to all readers..


Time kelas petang tadi, tanya kawan, bila nak bawak pergi shopping kat Cowboy.. Sebab dorang cakap murah tahap ghaban.. Tupp tupp, lepas habis kelas tadi, kawan ajak pergi.. Apa lagi, terus bersiap alar kadar.. Hanya sempat cuci muka jer..Tak sempat nak mandi.. Hahhaa..Selekeh giler. =.="


Siapa yang duduk melaka, mesti tau kan, cowboy ni, terletak kat mana..kan..kan.. So, disebabkan 1st time jejak kaki kat sini, gambar mesti la ada sekeping dua kan.. hohooo


*Penipu giler gambar ni, mata dil yang sepet pon, boleh jadi luas..ahhaha


*ni adalah master of gegelung rotan.. Ada sapa nak challenge?


*macam nak buat bisnes kan. =.="


*ni la troli kitorang..hasil gabungan 5 orang.. Tu tak kira dengan yang kirim...
err roller coaster n potato chips tu, saje nak penuhkan troli.. Jangan terpedaya.. =.="


*Kesian akak ni, kusyuk sangat membeli, sampai anak hilang..hahaha



Dekat sini, jualan secara borong.. Tapi beli borong ke, beli 1 jer ke, tak ada beza pun harga dia.. Tak untung la kat situ.. =.=" Tapi, siapa yang teringin nak bukak bisnes, shopping la kat sini.. Lagi murah dari Mydin.. Kot..hehehehe..Memandai jer.. 



*ada typo tadi..adoii..thankss sis intan ^^