*sebelah kiri, my own design. yang sebelah kanan tu hasil ciplak.
One day, ada terima whatsapp someone ni.. Dia buat bisnes hp casing. Katanya, dia rasa BERSALAH sebab guna my design without the permissions untuk bisnes dia.
So, I said, " its ok. I halalkan. But make sure, lepas ni, tak buat lagi. Kalau you betul-betul berminat dengan design I, you boleh beli readymade. I boleh kasi harga borong. "
Then, dia cakap, dia berminat. Dia nak beli dalam 6 design.
I pun kasi dia katalog readymade. " you boleh pilih mana-mana design yang u berkenan kat sini."
Dia balas, " Ini je? Lagi?"
Oh ni jer ada dalam katalog. Yang lain tak sempat nak compile lagi.
Nanti dah compile, bagi I tengok ya.
Ok sure.
Tupp tup, dek kerana sibuk dengan kursus laa, my freelance job lagi, so dil terlupa nak compile design-design lain.
Nak dijadikan cerita, my bff doodlers tag dil dekat group kitorang. Dia upload gambar yang kat atas tu, tanya, orang tu beli ke design-design ni?
Rupa-rupanya orang yang katanya bersalah sebab guna my design tanpa permission tu, and nak beli design tu, give my catalog to other designer. And thanks to that designer, kerana dengan penuh etikanya, pergi trace my designs buat macam dia punya.
Dil pun, whatsapp si customer tu. Surprisingly, dia bagitau, mana ada sama dia punya design dengan dil punya design. Seriously?? Are you kidding me?? Agak-agakla wei.
So sekarang ni, dalam usaha untuk dapatkan pemilikan hak cipta. Alahai, kena study pasal undang-undang pula. Tak apa, kakak kita lawyer. Boleh bagi tunjuk ajar.
Leceh tapi, sekurangnya lepas ni, dah tak tertindas lagi. Boleh terus refer dengan undang-undang terus.
Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal hakcipta, boleh refer sini.
"Don’t worry about people stealing your work design.
Worry about the day they stop."