Showing posts with label 3D animation. Show all posts
Showing posts with label 3D animation. Show all posts

Jun 16, 2011

Apabila kami mencuba 3D kan Melaka

Salam to all readers..

Actually dil nak share something dengan korang..
Hasil kerja kumpulan dil untuk projek final Animasi sem 3 tahun lepas..
Kitorang disuruh menghasilkan animasi 3D bertemakan Melaka Maju 2010..
Mula-mula ingatkan lecturer kitorang main-main jer..
Tapi rupanya betul..=.="

Dah la first time belajar animasi 3D..
Nak guna software Maya Autodesk 2010 pun masih terkial-kial..
Tup tupp dapat tajuk macam kurang nak masuk akal ni..
Merayu-rayu kat lecturer

Kami:  Encik kami baru jer belajar guna Maya..Susahlah tajuk melaka maju ni.. 
Encik: Alaa senang jer tu..Saya nak awak semua buat macam dalam video ni..
*sambil menunjukkan video animasi yang tersangat gempak..
Kami: Haahhhh!!!*dengan mulut terlopong tak percaya..

So nak tak nak, kena la buat jugak..
Projek final tuu.. 20%..
*kot..dil dah lupa markah dia..heheheh

Tajuk: Melaka Maju 2010
Software: Maya Autodesk 2010
Sinopsis animasi

Dulu negeri Melaka hanyalah satu bidang tanah yang penuh dengan  hutan-hutan belantara.
Tapi dari hari ke hari, melaka membangun. Muncul rumah-rumah yang didiami penduduk..
Muncul bangunan-bangunan tinggi. Tercipta la monorel yang yang menambahkan satu lagi titik kemajuan Melaka.Sehingga Melaka diangkat menjadi sebuah negeri yang maju pada tahun 2010.
*gempak giler kan storyline nya.. =.=" tapi hasilnya hampeh



Tapi sebab kami ni budak baru belajar,mesti lah akan ada kesilapan..
Kami silap masa nak render animasi ni..Sebab tu lah, kalau korang tengok
animasi ni jadi tak cantik dan gambarnya jadi pecah-pecah..
Hampa tapi its ok..Maklumlah 1st time buat kan..
Adat belajar, mesti ada salahnya sebelum berjaya..kan..
*ayat nak sedapkan hati..hehehehe^^

Oh ya, next sem dil dah masuk year 3. Wah dah jadi senior ni..heehe
Untuk bengkel 2 nanti, dil dan group dil kena menghasilkan animasi 3D..
Kusut-kusut..Dahla dil kena jadi Ketuar Animator.. Ambikk kau..=.="
Dahla hantar proposal, storyline punya lah gempak..
*gara-gara terpengaruh dengan cerita Boboiboy

Wish me best of luck ye kawan-kawan..
Mata bersinar-sinar tengok perkataan


nota kaki:
angan-angan itu penting..
Kata kawan dil..^^

Jun 13, 2011

Iklan 3D pertama yang dihasilkan oleh kami

Salam to all readers..

Selepas dipujuk oleh kawan baik dil,
akhirnya dil publish jugak iklan yang pernah dibuat diawal-awal 
pembelajaran subjek Animation dan Audio Video sem 3 dulu..

Sebelum ni langsung tak tergerak hati untuk publish sebab buruk giler..
Tapi kawan baik dil cakap.. " ala biasa la tu baru belajar.."
Err jangan gelak tau..
Buruk giler dil dalam ni..hehe.
Jalan macam orang tua gara-gara sakit kaki..
*akibat selalu pakai wedges.. =.=

Iklan ni adalah dimana kitorang terpaksa menggunakan environment 3D..
Sinopsis iklan: 
Kitorang terperangkap didalam sebuah kotak..
Dalam keadaan lesu mencari jalan keluar..
Tetapi selepas melalui sebotol air mineral gergasi,
kitorang menjadi begitu bertenaga..
*Konon-kononnya..hehhe


Untuk video ni, kitorang kena menggunakan green screen
bagi memudahkan proses chromakey..
Tapi disebabkan malas nak booking studio jadi
kitorang just guna dinding warna biru..kreatif kan..hahha
*kreatif la sangat..padahal malas..hohoo
Bawah ni adalah gambar time pembikinan iklan tu..^^


*dil, adalah 2 dari kanan..^^


nota kaki:
Segan giler sebab bagi korang tengok hasil budak baru belajar macam kami.. =.="
Nanti dil publish 3D animation pula..