Jul 31, 2011

Khairul Fahmi nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia

Salam to all readers..




Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.


“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”


Sumber :


26 comments:

  1. lar ya Allah,jat ingtkan tipu2 je.rupanya betul.huhu

    ReplyDelete
  2. salam..
    bila baca ni,ieqah kesian jugak kat elia tu, coz da bertunang kn..da tu sume tahu..malu la kan..
    takpe kalau de jodoh tak kmana jugak kn..

    sambut ramadhan dgn single la nmpknyee.

    apex pn cam kejam jugak..hehe..
    dulu takmo pk nk tumpu..ish ish..
    da jadi retisss..biasala kn

    ReplyDelete
  3. lorhhhhh! dah putuskan tunang..dugaan betol mereka nie

    ReplyDelete
  4. apelaa dia neh . geram pulakk . grrgrr .

    ReplyDelete
  5. adui..tak tau nk kata la..dh meningkat naik mcm ni lak jadinya..byk dugaan, sepatutnya dielakkan putus tunang ni..dunia2..

    ReplyDelete
  6. sabar la~samat berpuasa esok nt cik dil..hehe O_o

    ReplyDelete
  7. adoila..ni takot nk tunang ni..org laki saba lah..dia pengambil keputusan..da lame kenal elia kot! tak leh ke saba sket agi...aduhh....tape la..hubungan org dewasa~

    ReplyDelete
  8. itu la owg ckap..waktu btunang nie byk giler dugaannye..igtkn org saje ckap,rupenye mmg btol..pasnie xyah tunang2 r,kawen jer trus..senang..hurmm..

    ReplyDelete
  9. dah takdirkan...selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  10. byk betul dugaan..mungkin mrk mmg tiada jodoh..pasti ada hikmah disetiap apa yg berlaku tu..

    ReplyDelete
  11. tulah orang tua kata, pertunangan sangat menyeksakan. dugaan terlampau banyak

    ReplyDelete
  12. huhu..sian ngn elia.. npe nak trus putus,,bru cket dugaan bertunang tuh.. kalau citer xbetol, xyah la putus,,penat elia wat belog pasal dorang nyer hubungan,, kfcm xhargai pun.. huuu

    ReplyDelete
  13. tunang dia tu.. tulis bukan2 psl dia dlm facebook... bleh tahan ke kalau tunang sendiri aib kan dia.. mngkin ini keputusan terbaik... smoga kharul fahmi trus kan utk karier bola sepak nya... elia.. tabahkan hati :D

    ReplyDelete
  14. oh. kesian elia. newayyy. mungkin bukan jodoh dorang. tak pelah, senyum2 ye sambut ramadhan :)

    ReplyDelete
  15. adoii dah la tunang ari tuh ala2 nk kawen..habis duet je..ermmm

    ReplyDelete
  16. ayat2 tipikal semuanya..the bottom line is, he gave up..

    happy fasting :)

    ReplyDelete
  17. kecian mereka....mugkin jodohh bukan milik diorg....dugaan kn....

    ReplyDelete
  18. sgt tkot nk hdp dalam alam pertunangan..serem!!!

    ReplyDelete
  19. agak kejam la skng baru nak tumpu.
    baru nak pk itu ini bagai.pas
    bertunang baru lah nak betul kan
    semua.ish,kesian pompuan tu la..

    ReplyDelete
  20. rasanya jd mcm ni sbb cmpur tgn byk pihak. bila jd mcm ni mesti ramai yg tunding tgn kat KF, tp sblm KF diam je takde buat kenyataan apa2. tunang dia tu siap berkau aku dlm fb, memalukan KF. kakak tunang dia mcm2 mengata KF dlm twitter. nak perbaiki hubungan mcm mana lgi..

    tp siyesly ksian kat elia. memang sakit bila putus tunang.

    ReplyDelete
  21. "Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak."

    Elia pun tak pasti nak putus ke tak...
    Bila baca blog elia, elia yg susah payah buat majlis pertunangan...xperlah elia. Maybe akan hadir insan bersyukur :)

    ReplyDelete
  22. mesti elia sedih giler! tapi dah takde jodoh dan maybe elia deserved better person kot :D

    ReplyDelete
  23. eeiii geramnya.cian elia dah bertunang pastu ptus .mesti dia bengang nnt org ingat dia itu ini .anyway sabar .dia bkn jodoh elia .maybe elia akan jumpa yg lbih baik dri dia .

    ReplyDelete