Jan 27, 2014

Konvokesyen dan kisah tertipu

Salam to all readers,
Wah lama tak mengarang.
Finally, dil konvo in Bachelor of Science Computer (Hons) Interactive Media.Lama tunggu tau.
Bulan 2 habis, 23 oct 2013 baru konvo. Pueww, lega sebab kasut tak tertanggal, topi tak jatuh. Siapa suruh pakai kasut tumit macam lidi. =.=


Masa dalam khemah persediaan, kena duduk ikut course dan giliran. Macam biasa, dil orang first untuk course kitorang. Dari kecik sampai besar, tak pernah, dapat nombor giliran belakang. Siap  kena pakai flower brooch lagi. Special gitu..


Selang dua tiga baris dari depan, nampak dia. Oh, berdarahnya hati. Sabar-sabar buat relax je. Hati kena kental. Penutup yang tak berapa nak complete. Nak buat macam mana,tak ada jodoh.


Kisah tertipu waktu konvo? Apa lagi kalau bukan pasal gambar.
Masa book untuk photoshoot studio, katanya dalam 3 minggu dah boleh dapat. Kita yang naif ni, maklumla baru first time, percaya bulat-bulat.Masa dengar tu, kita angguk-angguk pastu hulur duit.


Akhirnya, selepas berbulan-bulan baru sampai. Nampak tak permainan dia.
Kawan dil yang kat sarawak, sampai ke hari ni, tak sampai-sampai lagi gambar dia. Kesian.
Dah tu, hasil tak puas hati langsung. eee benci-benci. Terus rasa macam nak sambung master sebab tak puas hati dengan gambar. kononnya la..hahah


Kakak dil kena lagi teruk. Pergi photoshoot awal dekat studio. So, buku sijil tu x dapat lagi. Eh orang panggil buku sijil ke apa eik?hehehe lupa..
So, dia kasi la yang fake pastu dia cakap, takpe, nanti dia editkan. Tup tup, dapat gambar, yang tak beredit pun. Siap ada koyak lagi dekat buku sijil tu.

Tapi nasib baikla adik dia ni, boleh tolong editkan. hee


MasyaAllah, rindunya zaman belajar dulu. =)













8 comments: