Jul 31, 2011

GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE

TAMAT

Salam to all readers..

Ini adalah GA pertama dari dil, pemilik Blog Kerana Manisnya Epal  iaitu 
GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE
GA ini akan bermula pada 2/7/2011 sehingga 31/7/2011

Untuk GA ini, dil akan hadiahkan
 1 Banner Blog Flash 130x130 + 1 Doodle Free untuk 5 pemenang bertuah
*Banner blog yer..bukan header..ramai yang da konfius..^^


Tekan READ THIS untuk melihat lebih detail

Perhatian bagi peserta GA cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE

Salam to all readers.




Kepada semua, hari ini adalah hari last GA dil berlangsung.. Penyertaan akan ditutup tepat jam 11.59 malam hari ini.. So, sesiapa yang belum sempat nak join, sila la cepat-cepat ok..^^


Bagi yang dah sertai, sila check url korang dekat sini..

Pastikan


  • URL korang tersenarai
  • URL korang betul dan tepat
  • URL korang tidak disenaraikan lebih dari sekali


InsyaAllah, jika tak ada apa-apa halangan, dil akan umumkan keputusan pemenang GA cik Dil, pada esok hari.. So, sila la rajin-rajin intai blog dil ni ok..^^


nota kaki :

hari ni, pergi hospital lagi..
Dapat ubat lagi..
Sekali makan, 3 bijik..
Ada 3 jenis ubat.. =.="


Khairul Fahmi nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia

Salam to all readers..




Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.


“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”


Sumber :


Jul 29, 2011

Doodle with sling bag | Special untuk Cik Ieqah

Salam to all readers..


Doodle ekpress untuk cik Ieqah.. Risau dil, sebab dia da nangis-nangis nak doodle dari dil..hehehe..Lagipun, dia ni pengomen tetap dekat blog dil.. Asal jer, dil publish entry doodle, wajib ada komen dari dia..hehehe..


So, dil nak bagi doodle special la untuk cik Ieqah..Actually, tak ada la special sangat pun.. Tapi ni adalah percubaan pertama dil design doodle pakai sling bag..hehehe..Hope awak suka yer sayang..




nota kaki :

Jangan nangis-nangis lagi yer sayang..^^


Doodle pakai jersey Harimau Malaya | Tetap bangga dengan team Malaysia

Salam to all readers..


Hampa kan tengok bola..Tapi tak apa, team Harimau Malaya tetap terbaik.. Maybe tak ada rezeki kan.. Walau kita kalah, tapi kita kalah dengan bermaruah.. Kan..Goal keeper Malaysia, memang hebat.. Caya lah..


Untuk menyedapkan hati yang kecewa ni, dil design la doodle pakai jersey Harimau Malaya.. Jersey no 10.. Cuba teka, siapa punya jersey?? Muahahhaaa..



*dil belum ada lagi jersey ni..Sapa baik hati nak bagi? heheh



nota kaki :


Kalau lah team Malaysia menang tadi kan best..
Menyampah tengok team tetttttt...
Sabar jer laa


Jul 28, 2011

Doodle hold flower | Awak bunga hati saya

Salam to all readers..


Sebelum awak hadir,
saya tak kenal apa itu
cinta
rindu
sayang

Selepas awak hadir,
hati saya mula gelisah
andai awak tidak muncul

Tapi saya simpan perasaan ini
Tak ada siapa yang tahu 
termasukla awak bahawa
Awak, bunga hati saya



*warna untuk doodle kali ni, atas suggestion adik.



nota kaki :

Doakan yang terbaik 
untuk Harimau Malaya..
Auuummm. ^^

Jul 27, 2011

Wordless Wednesday #7 | Gula-gula udang, memori silam

Salam to all readers..


*sanggup bukak puasa gara-gara gula-gula udang =.="




Nota kaki :

Siapa yang tau??
Cepat angkat tangan..^^

Doodle pakai baju kurung | Dah nak puasa dah

Salam to all readers..


Beberapa hari lagi, kita nak puasa dah..Bestnyaa, sebab tahun ni, dapat puasa sebulan kat rumah..Yess.. Makin bulat la muka kalau macam ni.. ^^


Bila tiba bulan puasa, teringat pulak kenangan masa kecik-kecik dulu.. Korang tau, dil sanggup bukak puasa gara-gara tak tahan tengok gula-gula udang.. *korang tau tak, gula-gula udang tu macam mana???Padahal time tu, dah asar dah pun.. Dah dekat nak berbuka. =.="


Lagi satu, dil paling suka time berwuduk.. Sebab, bila berkumur, dil kan telan air paip tu sekali.. Wakakakaa.. Tak senonoh giler perangai masa kecil-kecil duluu..^^


Korang pun, mesti ada yang buat macam dil ni kan.. Baik ngaku cepat.. Tak payah nak geleng-geleng kepala.. hahahaha


nota kaki :

Semalam, kawan dil 
awal-awal ucap selamat hari raya..
=.="

Jul 26, 2011

Doodle fall in love | Saya rasa saya suka awak

Salam to all readers..


bila jauh,
saya rindu yang teramat

bila awak tak sms,
saya setia menunggu

bila awak diam,
saya mulai bimbang

Mungkinkah sebab.... 
Emmm saya rasa saya dah suka awak




nota kaki : 

" Will you fly me away, take me away, with you my love"
Feveret nii..^^

Setiap barang pasti ada jenamanya sendiri la.!!

Salam to all readers..



Setiap barang pasti ada jenamanya tersendiri.. Even barang ciplak pun, contohnya, jenama Adidas bila diciplak menjadi Azizas.. See, benda macam ni basic laa.. Kalau tak nak jenama, buat la jenama sendiri..


Dah penat layan kerenah orang yang "macam tak berapa nak hargai usaha orang"..Kalau dulu, dil boleh sabar lagi, tapi kali ni, dil memang kejam.. Why, sebab terlampau tersentap..Terlampau rasa macam kepala ni kena pijak-pijak.. So sorry..

nota kaki :

dil boleh jadi baik
and jangan fikir dil tak reti jadi kejam..

Jul 25, 2011

So sweet la dear

Salam to all readers..


Ada orang bagi dil dudel yang shomel shomel giler.. First time tau, dil dapat dudel.. *Sobb sobb nangis kejap.. Dear, thanks sangat-sangat.. Awak memang comel.. ^^


Kitorang doodle trade sama-sama.. Maksudnya, dia lukis dudel untuk dil, and dil lukis dudel untuk dia..Nak tengok dudel yang dil lukis untuk dia?? Tengok dekat entry Doodle Trade | Awak ibarat manisan dalam senyuman saya..


Sayang, thanks tau..^^
*Sweetnya dil, bila di dudel kan..Muahhahaha


nota kaki :

Ada orang tanya, 
awat entry dil asyik nak tangkap leleh jer??
hahahha.. actually, saja-saje laa..
Tak ada niat lain pun..

Doodle Trade | Awak ibarat manisan dalam senyuman saya

Salam to all readers..


Awak,
Bila saya sedih,
awak ada untuk gembirakan saya..
Bila saya jatuh,
awak ada untuk bangunkan saya..
Bila saya sakit,
awak ada untuk ubatkan saya..

Sebab itu, saya tak takut dengan 
kesedihan,
 kejatuhan
mahupun kesakitan..
Kerna saya tahu awak akan sentiasa disisi saya..
Membuatkan senyuman saya tak pernah luntur..
Dan awak,
Ibarat manisan dalam senyuman saya..



Doodle kat atas ini adalah doodle untuk cik Doodleliciouss..
Kitorang bertukar-tukar doodle..
Doodle yang dia buat untuk dil, shomel giler.. ^^


Nota kaki :


Macam best pulak buat entry doodle jiwang karat nii..
hahaha.. ^^

Doodle hold her heart | Untuk awak, bakal imam ku kelak

Salam to all readers..


Awak, sejak dari dulu lagi,
saya jaga hati saya..

Walaupun ia pernah hancur berderai,
saya camtumkan balik..

Sebab, suatu hari nanti,
saya nak serahkan hati ini
pada yang layak..

Yang bakal menjadi imam ku kelak..
Amin..





nota kaki :


Kenapa asyik jiwang karat jer ni..
=.="

Jul 24, 2011

Doodle pakai kimono | Awak ibarat bunga sakura saya

Salam to all readers..

Hati saya berbunga macam bunga sakura 
bila awak mesej saya..
bila awak call saya..
bila awak ingat saya..
bila awak caring pasal saya..

Tapi saya tau..
Walaupun ianya bermusim..
Saya tetap sabar menanti, 
berharap musim itu datang kembali..
Kerna Awak ibarat bunga sakura saya..


*doodle kali ni, comot laa.. T_T
Rambut sebijik cam helmet..




nota kaki:

Sekali sekala,
harus lah berjiwang karat..heheh ^^

Tutorial Blog | Cara tukar older,newer dengan home kepada icon comel

Salam to all readers..


Untuk tutorial blog kali ni, dil nak tunjuk cara-cara  tukar home, older and newer kepada icon comel.. Ini adalah contoh yang ada dekat blog dil..





Sila tekan button READ THIS untuk melihat tutorial 


Jul 23, 2011

Cakap tak serupa bikin..Caitt

Salam to all readers..


Tadi teman mama shopping barang dapur.. Terlupa pulak hari ini hari sabtu.. "Hari tanpa beg plastik"..Demm.. Shooping bags lupa nak bawak.. *macam mana boleh lupa ni, ni kes makan maggi la ni  =.="


Lupakan dulu pasal shopping beg, kami pun shopping tak ingat dunia..Siapa tukang tolak troli? Of course la dil.. Dah la tadi berbaju kurung riau, ayu gitu..Nasib baik pakai kasut flat jer..Kalau tak, dah lama terpeleot.. *err abg dekat tempat milo, hensem laa.. ^^


So, habis jer shopping, kitorang pun beratur nak bayar.. Tetiba akak kaunter tu tanya, " Akak, hari ni, hari tanpa plastik, akak nak plastik tak?? "


Mama dil pun jawab, " Of course la nak "..Barang sarat satu troli ok..Sampai sakit pinggang-pinggang dil tolak troli tu.. =.="


So, untuk plastik tu, mama kena bayar 20 sen satu plastik..Tak kisah la harga plastik tu, tapi hari ini, tetap hari ada plastik kan.. Caitt.. Cakap, hari tanpa beg plastik.. Tapi dorang sendiri yang offer nak bagi plastik..


Gambar dari abang Google sayam


Nota Kaki :

Siapa volunteer nak urut dil??
Lenguhnyaa =.="

Girls hangout

Salam to all readers..


Kelmarin keluar berjimba-jimba bersama kakak - kakak kesayangan..Lokasi yang di tuju adalah KBmall.. Stress giler, jalan jem.. Dil kat seat belakang, dah mula loya-loya sebab lama sangat dalam kereta.. =.="


So, sampai aja kat KBmall, tercari-cari tempat parking..Pergghhh full.. 4 5 kali, kami pusing-pusing cari parking..Dugaan betul.. =.="


Siap jer parking, bermula la acara berjimba kami.. KBmall sesak dengan orang.. Awat la ramai sangat orang ni.. Dorang ni, tak reti duduk rumah ker..??


Kenapa muka dil nampak macam tepung gomok ni?? =.="


*Kusyuk giler makan..Abaikan muncung "ikan buntal" tu
Yang baju petak tu kakak dil..Bakal lawyer..


*Yang ni pulak, kakak dil, cikgu Tesl


*Kesian, kakak dil tak reti nak kenyit mata..Cacat wakaaka

*Semut jahanam.. Gigit kaki dil..Hampehhh


So, siap jer makan, kitorang round KBmall lagi sekali sebelum berangkat pulang.. Pukul 6, kitorang pun menuju ke parking kereta..Maklumlah, anak dara tak boleh pulang lewat sangat.. Ayahanda kat rumah, risau pulak..^^


Sebelum keluar, bayar tempat parking.. Pakcik yang jaga tempat parking tu tegur.. " Wahh comel-comel semuanya.. Pakcik berkenan yang duduk kat belakang tuu.." *merujuk pada dil
Kakak dil pun balas, " Oh yang kat belakang tu dah kahwin..hahahahah "..

=.=" Sabar je laa..


Jul 22, 2011

Doodle ala Fouziah Gous? | Untuk korang semua

Salam to all readers..

Hari ini dil try nak lukis doodle girl..Yelaa, asyik lukis doodle muslimah aje..Doodle girl, simple jer, cuma kena creatif bab design rambut..


Dil punya doodle, agak simple.. Buat rambut ala fringe.. Pastu akak dil tegur, " Eh muka dia, dah macam Fouziah Gous jer.. " So, dil terus taruk nama doodle ni, doodle ala Fouziah Gous.. *muahahaa sesuka hati aja..^^





Kat bawah ni pulak, akak Fouziah Gous kita.. Ada mirip tak???hahhahaa




Oh ya, doodle kat atas tu, dil nak bagi kat semua readers dil.. Korang boleh ambik jer dengan senang hati okay..Sebagai tanda sayang dil kat korang, sebab selalu jenguk-jenguk blog picisan ni...dil nak lukis sorang satu, macam tak mampu pulak..  ^^


nota kaki :


Sayang korang ketat-ketat..^^


Jul 21, 2011

Kenapa bebal sangat nak approve friend request?

Salam to all readers..


" akhir nya approve jua . dah lame add baru skang approve eh..
da masok 3 4 kali dah cancel request add balik akhir nya dpt jgk .
tak sangke susah bebeno brurusan dgn owg brkarier as a blogger ni kan .hehehe ."

Tengok, dil kena bebel dengan si comel ni gara-gara lambat approve friend request dia dekat fb..hehhe.. Sorry sangat, sebab dil, memang bebal sikit bab approve kawan ni.. Bukan sombong okay, tapi err malas..*boleh terima tak alasan tu??hehehe ^^


Kadang-kadang dil terlepas pandang..Semua friend request dari blogger, gerenti, dil akan approve laa..Jangan risau ok..Kalau nak cepat-cepat dil approve, apa kata korang letak mesej sikit.. Tapi jangan la pulak letak mesej camni.. Tanjat dil tau...=.="


* korang hadoo??



*motif gambar?? nak cakap, dil tak sombong laa..^^
aksi terlampau excited



Blog Makeover | blog cik fiq'Ra

Salam to all readers..


Alhamdulillah, lega..Sebab dil baru jer siap designkan blog cik fiq'Ra.. Simple but girlish..Seperti yang diminta oleh cik empunya blog, dia nak blog kaler pink..Disebabkan faveret kaler yang sama, so dil rasa senang sangat nak design blog cik fiq'Ra..hehehe


Ini adalah header yang dil design untuk blog dia..Dia request nak header yang ada doodle..*awat macam kanak-kanak ribena jer doodle tu =.="


Tekan SINI , untuk ke blog beliau.



cik fiq'Ra ambil pakej makeover blog + header doodle.. So, dil hadiahkan dia banner flash secara percuma jer..Tapi banner flash tu, belum siap lagi, sebab dia belum send gambar dia untuk dil..


So, siapa lagi nak blog makeover?? Cepat-cepat private message (PM) dil dekat fb dil ataupun email jer.. Tapi berbayar la..Bukan free..hehehehe.. *Maklumlah raya dah tak lama lagi.. ^^




nota kaki :


Happy bila orang puas hati dengan hasil kerja kita ^^


Jul 20, 2011

Macam ni ke cara nak mintak tolong?

Salam to all readers..


" Sis, boleh tak nak mintak tolong?
Saya nak doodle girl..
Saya nak yang macam ni, tak nak camni..
Tolong buatkan !!! "


Makkk aihh..Nak mintak tolong, kalau ye pun, cuba la bagi salam dulu..Ni main terjah jer..Buat ke dil ni ada penyakit lemah jantung, kan ke dah lama selamat "pass away".. 


Dah tu, tak ada pulak sesi perkenalkan diri..Kenapa, glamour sangat ke sampai tak nak bagitau nama?? Ingat, dil kenal la??


Lagi satu, ayat tu, tolong la susun elok-elok sikit..Boleh pulak dia taruk tanda seru ( ! ) .. Amboi..yang ni bukan mintak tolong, tapi dah sampai tahap mengarah ni.. Kan lagi elok kalau tanda seru tu ( ! ) tukar kepada muka smiley yang comel-comel gitu..


" Kalau nak mintak tolong pun, ada caranya dik..Kalau macam ni la caranya kau mintak tolong dengan orang, orang nak tolong pun rasa keberatan dik oii..Jangan fikir orang sombong tak nak tolong kau pulak.. " 




*konfius mak, nyah oii..Memang macam ni cara kau mintak tolong?


nota kaki :


Maaf la kalau ada yang terasa dengan entry lancang ni..

Tutorial Blog | Cara buat link hover comel

Salam to all readers

Ada blogger tanya dil, macam mana nak buat header yg bila sentuh dengan cursor, akan keluar hujan, keluar bunga-bunga cantik.. Actually, itu adalah link hover..Bukan setakat tu aja, bila korang sentuh link, dia akan keluar jugak..


Yang ni, adalah contoh yang ada dekat blog dil..Bila sentuh header, keluar love banyak-banyak.. *jiwang..hiii



















Sila tekan button READ THIS untuk melihat tutorial Link Hover Comel

Wordless Wednesday #6

Salam to all readers..

*p/s: yang belum cukup umur, sila tutup mata ok..


*Mencari-cari siapakah en katak dil..^^


nota kaki :


join here



Jul 19, 2011

Segmen : Aku couple dengan Encik Anip


Salam to all readers..


Sekali sekala bertukar angin kejap.. Lihat lah dunia, kali ni, dil couple dengan Encik Anip pulak. Tak pernah lagi merasa kemanisan couple dengan blogger.. First time ni woo..Nervous-nervous..*berpeluh-peluh nii..macam biasa auta jer melebih..haha


Kenapa couple dengan en anip?? Sebab dia hensem bai..Muka ala kpop tu..*sila refer dekat doodle yang ada tertampal dekat sidebar blog encik anip ok..Jangan tersalah pandang..haha.*gurau


Lagi satu sebab dil couple dengan dia, cuba korang perhatikan sedalam-dalamnya URL blog kitorang..Memang ada chemistry woo.. Semutsengal & Semanisepal..So, sila lah jeles ramai-ramai ok..*hahhaha gelak setan bertanduk empat


Kalau korang nak intai pasangan baru dil ni, jangan malu, jangan segan, picit jer kat SINI..*Tapi jangan intai lama sangat..dil jeles nanti..muahahahahh



nota kaki :


Lupa nak cakap,
Ini adalah segmen semata-mata..
Jangan pulak ada yang kejar dil dengan parang nanti..ahha
Segmen ini adalah segmen dari UmarFaruq..
Kalau nak join, tekan SINI

Rupanya abah kenal makcik nurse tu =.="

Salam to all readers

Sebelum ni, dil ada story kat korang kan, pasal makcik nurse yang nak jodohkan dil dengan anak dia tu.. Mentang-mentang la rumah dekat, pastu kena pulak belajar satu U dengan anak dia.. Aduyai..Korang yang belum baca, boleh baca entry pasal tu kat SINI


Nak dijadikan cerita lagi, tetiba hari sabtu lepas, abah dil tanya dil,
*p/s : misi=nurse

abah : " Kak, misi yang tegur hari tu, jaga kaunter kan? Rendah-rendah kan..??"

dil : "Aha abah..Kenapa, abah kenal ke?? "

abah : " Abah kenal jer, masa pendaftaran kak dekat UTeM dulu, abah ada jumpa misi tu.."

dil : " errr yeke.." *tersenyum sumbang


So, tamatlah kisah tu kat situ..Rupanya abah kenal makcik nurse yang nak ngorat dil untuk anak dia tu..Aduyaii..Gawat betul..dil ingatkan kisah tu, tamat kat situ jer, tupp tupp mama pula yang ungkit masa makan malam..


mama : " Abah tau tak, ada misi berkenan dengan kak??.." *sambil senyum-senyum

dil : " Ishh mama ni.. Abah dah tau laa pasal ni..Abah cakap abah kenal misi tu..Abah jumpa masa pendaftaran kak dulu.."

mama : " Laa yeke..Yang mana satu?? Anak dia hensem tak..?? "

dil : *ish mama ni, apa punya soalan.. =.="

abah : *abah pun story la pasal misi tu kat mama..

mama : " Laa misi yang tu ke?? Anak dia hensem tak?? "

abah : " Hensem.." *tersenyum

dil : *eleh, yeke la tu..


Laa, rupanya, bukan setakat abah, mama dil pun kenal makcik nurse tu..Aduyaii, gawat nii.. =.=


*Wahai en katak, cepatlah bertukar..hihii.. ^^
Maaf, sensored.. ^^


nota kaki :


Dah siap pun renovate blog..
Tapi masalah tu tetap ada.. +_+

Terpaksa renovate balik blog..grrrr

Salam to all readers..


Jangan rasa pelik yer, bila datang singgah blog dil, 
tengok macam rupa tak siap..
Blog dil ada problem..
Ni pasal coding la ni..grrrrr.. 
So terpaksa tukar template..
Renovate balik..
Adoiii penat camni..

Sabar jer laa.. T_T





Jul 18, 2011

Adik cakap, rupa macam alien =.="

Salam to all readers..


So, selepas settle ajar adik dil subjek matematik, terus on laptop..Mencari ketenangan jiwa kejap..Dil memang tak reti nak ajar budak darjah 1..Asal lembap sikit dia jawab, terus rasa geram..Eeeee..*Memang tak ada ciri-ciri nak jadi cikgu langsung..


Tetiba terasa nak design doodle..Tak ada kerja lain kan..So, pusing sana, pusing sini, al maklumlah, tetikus rosak, terpaksa la pakai tetikus laptop tu..*err orang panggil tetikus laptop ke??Ahh gasak laa apa pun..Oh ya, sempena birthday dil semalam, tak ada ke yang terbukak hati nak bagi dil hadiah bamboo tablet??wakakaaa


Senang syok melukis ni, sampai meleleh air liur * ok, itu auta jer melebih..Tetiba adik-adik dil tegur,


Adik 1 : " Err kak dila, kenapa rupa benda ni nampak macam alien?? "

dil aka kakak mithali : " Errr nampak macam alien ke?? Ahhh gasak laa..Alien pun alien laa.." *

Adik 2 : " Comel la..Menjadi dah tu.. Cuma part mata jer, nampak macam alien.."

dil aka kakak mithali :  " Ini bukan alien la..Ni abg Shiwon Super Junior tau .."  * cish, jujur betulla budak-budak ni..


Doodle ni la, yang adik dil cakap macam alien..Waaaaa sampai hati adik dil ni..Tak jaga langsung hati kakak dia ni..Soobb..sobbb



*Err ada rupa Shiwon tak??ke ada rupa alien??waaaa nanges 40 hari



nota kaki:


Doodle boy ni,
paling leceh nak lukis rambut..
Sabar jer laa..

Tutorial Blog | Cantikkan kotak komen

Salam to all readers..


Tutorial kali ini, direquest oleh readers blog dil, yang nak sangat dil tunjukkan cara nak cantikkan kotak komen macam kat bawah ni..
















Jul 17, 2011

Pelik itu unik tau

Salam to all readers..


Pernah tak korang buat benda-benda pelik?? Mesti pernah kan..Apa, tak pernah?? Nampak benor nipunya..*Errkkk terkena virus usop whilca gara-gara petang tadi adik pasang cd hantu kak limah balik rumah untuk kali ke..Tak terhitung rasanya..=.="


Benda pelik dil buat??Tak ada la teruk sangat pun..hehehe ^^


dil : "Kau pernah tak jumpa, orang yang minum air oren sunquick before tidur ..?? "

Kawan : " Kau biar "betik"..Bukan ke orang minum susu sebelum tidur..Bukannya minum air oren sunquick..Kang tak pasal-pasal tengah malam bangun cari toilet.."

dil :  "Eh ada tau..Orang tu dia minum air oren sunquick tiap-tiap malam before tidur okay jer..Awet muda tu.."

Kawan : "Tak pernah pun aku baca petua, kalau nak awet muda minum air oren sunquick before tidur..Kau baca petua kat mana ni??? " *Terkejutt

dil :  "Err petua aku laa...hahahhaa.." * gelak setan

Kawan : "Uhhh aku dah agak dah tadi, kau nak kelentong aku..Tapi betul ke kau minum air oren sunquick before tidur?? "

dil :  "Ahaa, betul laa..Tiap-tiap malam aku minum..Ntah, kenapa rajin bebenor aku masuk dapur, kacau air oren sunquick..Siap taruk ais cube lagi tau..."

Kawan : "Awat la pelik bebenor kau nii..Bab mengarut, bagi la kat hang.."

dil :  " Hahahhaa...Tak apa..Orang selalu kata, pelik tu unik tau.." *erkk yeke..hahha


*Pelik tu unik tau..So tak yah nak kutuk gambar ni..hohoo


nota kaki:

Suka giler snap gambar dengan gaya muka ntah pape..
Rasa cool giler..hahaaha

Alhamdulillah, terharu sangat

Salam to all readers..


Hari ini, dil rasa happy sangat..Alhamdulillah, ada ramai yang ingat pasal ni..Dekat FB berlambak ucapan happy birthday yang dil terima.. Naik lenguh jari ni, nak reply semua wish tu.. Dari kawan-kawan sekolah, cikgu-cikgu yang mengajar dil, blogger -blogger yang prihatin, dan ramai lagi.. Korang semua, thanks tau..*sobb sobb terharu sambil lap mata dengan alas meja


So, secara tak langsung, genaplah umur dil 21tahun.. Dah layak ni nak daftar penggundi..korang yang dah cukup umur, dah daftar belum??..*erkk hehhe..iklan kejap..


Hey korang, mana hadiah untuk dil??heheheee



*Tak sabar nak balik Melaka, nak claim hadiah dengan orang yang dah janji tu..^^


nota kaki:


Sayang korang ketat-ketat..
*ayat nak pancing hadiah ^^


Jul 16, 2011

Ahhh sentap betul bila macam ni jadinya

Salam to all readers..


Sentap betul bila dah jadi macam ni.. Emm senyum tak perlu kata apa-apa..*sambil berlinang air mata..Emo betul la hari ni.. =.="


Lagi satu tak payah private message (PM) dekat FB semata-mata nak nak cakap, "You Follow, I Follow you back"..Kalau PM nak tanya, dil sihat ke tak, tak apa la jugak..




nota kaki:

Senyum tak perlu kata apa-apa..
Esok birthday dil..
Saja nak bagitau..heehhehe 

Jul 15, 2011

Doodle boy ala-ala anime untuk En Anip

Salam to all readers..


Doodle boy..Susah giler kot nak buat..Doodle muslimah lagi simple compare dengan doodle boy.. Ini adalah percubaan ke2 mendoodle doodle boy..Buruk kan?Maluuuuu..dil memang fail bab doodle boy.. =.="


Actually, dah lama dil janji dengan En Anip ni nak kasi doodle boy untuk dia..Bulan Jun lagi..Sekarang dah masuk bulan Julai..Errrkk lamanyaa..heheh..


Okay laa, doodle boy kat bawah ni, adalah khas untuk En Anip ye..Maaflah, ingat nak buat doodle boy ini ala-ala anime sikit, tapi hampehh.. Tak menjadi..*Jeles dengan orang yang pandai lukis anime..




nota kaki :

Badan doodle boy ni, 
buruk giler kan..
Tak menjadii.. T_T


Bila doktor cakap terpaksa operate..Gulppp

Salam to all readers..


Entry sebelum ini, dil ada bagitau kat korang, dil pergi jumpa doktor kan..Eh korang tau tak, last dil pergi hospital tu tahun 2006..Fuhh mantap lah..Sekarang dah masuk tahun 2011 dah..Semput jugak kejap, bila tengok card record kesihatan tu..Korang hadoo?? ^^


Masuk hospital tu pun, dengan muka jakun giler..Mana tak nya, kaunter dah beralih tempat..Pening lalat kejap..So, lepas dapat no giliran, terpaksa la menunggu turn dil..Fuhhh bosan..Nasib baik tak ramai orang..



*lebih kurang macam ni la muka dil..Bosan tahap ghaban..=.=



So, bila tiba giliran, tarik kakak dil sekali masuk bilik doktor, konon-konon sebagai peneman..Padahal penakut..hihiii


Doktor : Awak sakit apa?

Dil : dil : Ntah la doktor, dekat leher saya ni, macam bengkak-bengkak gitu..

Doktor : Dah lama ke bengkak ni?

Dil : Ntah, baru jer perasan.. Tu pun, kakak yang tegur..

Doktor : Ok, kalau saya tekan ni, rasa sakit tak? *sambil tekan-tekan, picit-picit

Dil : Tak pun *dengan muka tak ada perasaan..

Doktor : Sebelum ni, ada demam tak?

Dil : Ada..Dalam bulan 6, asyik sakit ja..Kejap ok..Kejap sakit..Demam, batuk, selsema, muntah-muntah..Semua ada..

Doktor : Oh, saya rasa bengkak ni sebab kuman kot.. Sebab bengkak awak ni dekat muscle..Bukan dekat saraf..

Dil : Err jadi bukan tyroid la doktor? *sebut terketar-ketar..risau woo

Doktor : Eh bukan..sebab kalau tyroid kat tengah..Awak punya ni dekat tepi..Lagipun bengkak dekat muscle..

Dil : Tersenyum sampai ketelinga *Yes..Dalam hati..Bersorak-sorak..

Doktor : Ni, saya bagi ubat, kena habiskan dalam 5 hari.. Kalau tak surut bengkak tu, terpaksa la operate sikit, ambil isi kat bahagian bengkak tu..

Dil : Hahhhhh, hapa? Maksudnya, kena potong la isi leher ni?? *Gulppp

Doktor : Ahaa..Potong sikit jer..Untuk buat kajian, nak tau, sakit sebenar awak..Awak jangan hilangkan diri pulak lepas ni..*awal-awal da warning..

Dil : Tersenyum sumbang *ceyy..Doktor ni macam tau-tau jer dil nak lari.. =.="


nota kaki:

Ni yang tak suka p jumpa doktor ni..
Tengok, nak potong isi leher dil pulak..Gulppp..
Mood: tengah merajinkan diri makan ubat ikut masa..