Showing posts with label kisah hidup. Show all posts
Showing posts with label kisah hidup. Show all posts

Jul 23, 2011

Cakap tak serupa bikin..Caitt

Salam to all readers..


Tadi teman mama shopping barang dapur.. Terlupa pulak hari ini hari sabtu.. "Hari tanpa beg plastik"..Demm.. Shooping bags lupa nak bawak.. *macam mana boleh lupa ni, ni kes makan maggi la ni  =.="


Lupakan dulu pasal shopping beg, kami pun shopping tak ingat dunia..Siapa tukang tolak troli? Of course la dil.. Dah la tadi berbaju kurung riau, ayu gitu..Nasib baik pakai kasut flat jer..Kalau tak, dah lama terpeleot.. *err abg dekat tempat milo, hensem laa.. ^^


So, habis jer shopping, kitorang pun beratur nak bayar.. Tetiba akak kaunter tu tanya, " Akak, hari ni, hari tanpa plastik, akak nak plastik tak?? "


Mama dil pun jawab, " Of course la nak "..Barang sarat satu troli ok..Sampai sakit pinggang-pinggang dil tolak troli tu.. =.="


So, untuk plastik tu, mama kena bayar 20 sen satu plastik..Tak kisah la harga plastik tu, tapi hari ini, tetap hari ada plastik kan.. Caitt.. Cakap, hari tanpa beg plastik.. Tapi dorang sendiri yang offer nak bagi plastik..


Gambar dari abang Google sayam


Nota Kaki :

Siapa volunteer nak urut dil??
Lenguhnyaa =.="

Girls hangout

Salam to all readers..


Kelmarin keluar berjimba-jimba bersama kakak - kakak kesayangan..Lokasi yang di tuju adalah KBmall.. Stress giler, jalan jem.. Dil kat seat belakang, dah mula loya-loya sebab lama sangat dalam kereta.. =.="


So, sampai aja kat KBmall, tercari-cari tempat parking..Pergghhh full.. 4 5 kali, kami pusing-pusing cari parking..Dugaan betul.. =.="


Siap jer parking, bermula la acara berjimba kami.. KBmall sesak dengan orang.. Awat la ramai sangat orang ni.. Dorang ni, tak reti duduk rumah ker..??


Kenapa muka dil nampak macam tepung gomok ni?? =.="


*Kusyuk giler makan..Abaikan muncung "ikan buntal" tu
Yang baju petak tu kakak dil..Bakal lawyer..


*Yang ni pulak, kakak dil, cikgu Tesl


*Kesian, kakak dil tak reti nak kenyit mata..Cacat wakaaka

*Semut jahanam.. Gigit kaki dil..Hampehhh


So, siap jer makan, kitorang round KBmall lagi sekali sebelum berangkat pulang.. Pukul 6, kitorang pun menuju ke parking kereta..Maklumlah, anak dara tak boleh pulang lewat sangat.. Ayahanda kat rumah, risau pulak..^^


Sebelum keluar, bayar tempat parking.. Pakcik yang jaga tempat parking tu tegur.. " Wahh comel-comel semuanya.. Pakcik berkenan yang duduk kat belakang tuu.." *merujuk pada dil
Kakak dil pun balas, " Oh yang kat belakang tu dah kahwin..hahahahah "..

=.=" Sabar je laa..


Jul 21, 2011

Kenapa bebal sangat nak approve friend request?

Salam to all readers..


" akhir nya approve jua . dah lame add baru skang approve eh..
da masok 3 4 kali dah cancel request add balik akhir nya dpt jgk .
tak sangke susah bebeno brurusan dgn owg brkarier as a blogger ni kan .hehehe ."

Tengok, dil kena bebel dengan si comel ni gara-gara lambat approve friend request dia dekat fb..hehhe.. Sorry sangat, sebab dil, memang bebal sikit bab approve kawan ni.. Bukan sombong okay, tapi err malas..*boleh terima tak alasan tu??hehehe ^^


Kadang-kadang dil terlepas pandang..Semua friend request dari blogger, gerenti, dil akan approve laa..Jangan risau ok..Kalau nak cepat-cepat dil approve, apa kata korang letak mesej sikit.. Tapi jangan la pulak letak mesej camni.. Tanjat dil tau...=.="


* korang hadoo??



*motif gambar?? nak cakap, dil tak sombong laa..^^
aksi terlampau excited



Jul 20, 2011

Macam ni ke cara nak mintak tolong?

Salam to all readers..


" Sis, boleh tak nak mintak tolong?
Saya nak doodle girl..
Saya nak yang macam ni, tak nak camni..
Tolong buatkan !!! "


Makkk aihh..Nak mintak tolong, kalau ye pun, cuba la bagi salam dulu..Ni main terjah jer..Buat ke dil ni ada penyakit lemah jantung, kan ke dah lama selamat "pass away".. 


Dah tu, tak ada pulak sesi perkenalkan diri..Kenapa, glamour sangat ke sampai tak nak bagitau nama?? Ingat, dil kenal la??


Lagi satu, ayat tu, tolong la susun elok-elok sikit..Boleh pulak dia taruk tanda seru ( ! ) .. Amboi..yang ni bukan mintak tolong, tapi dah sampai tahap mengarah ni.. Kan lagi elok kalau tanda seru tu ( ! ) tukar kepada muka smiley yang comel-comel gitu..


" Kalau nak mintak tolong pun, ada caranya dik..Kalau macam ni la caranya kau mintak tolong dengan orang, orang nak tolong pun rasa keberatan dik oii..Jangan fikir orang sombong tak nak tolong kau pulak.. " 




*konfius mak, nyah oii..Memang macam ni cara kau mintak tolong?


nota kaki :


Maaf la kalau ada yang terasa dengan entry lancang ni..

Jul 19, 2011

Rupanya abah kenal makcik nurse tu =.="

Salam to all readers

Sebelum ni, dil ada story kat korang kan, pasal makcik nurse yang nak jodohkan dil dengan anak dia tu.. Mentang-mentang la rumah dekat, pastu kena pulak belajar satu U dengan anak dia.. Aduyai..Korang yang belum baca, boleh baca entry pasal tu kat SINI


Nak dijadikan cerita lagi, tetiba hari sabtu lepas, abah dil tanya dil,
*p/s : misi=nurse

abah : " Kak, misi yang tegur hari tu, jaga kaunter kan? Rendah-rendah kan..??"

dil : "Aha abah..Kenapa, abah kenal ke?? "

abah : " Abah kenal jer, masa pendaftaran kak dekat UTeM dulu, abah ada jumpa misi tu.."

dil : " errr yeke.." *tersenyum sumbang


So, tamatlah kisah tu kat situ..Rupanya abah kenal makcik nurse yang nak ngorat dil untuk anak dia tu..Aduyaii..Gawat betul..dil ingatkan kisah tu, tamat kat situ jer, tupp tupp mama pula yang ungkit masa makan malam..


mama : " Abah tau tak, ada misi berkenan dengan kak??.." *sambil senyum-senyum

dil : " Ishh mama ni.. Abah dah tau laa pasal ni..Abah cakap abah kenal misi tu..Abah jumpa masa pendaftaran kak dulu.."

mama : " Laa yeke..Yang mana satu?? Anak dia hensem tak..?? "

dil : *ish mama ni, apa punya soalan.. =.="

abah : *abah pun story la pasal misi tu kat mama..

mama : " Laa misi yang tu ke?? Anak dia hensem tak?? "

abah : " Hensem.." *tersenyum

dil : *eleh, yeke la tu..


Laa, rupanya, bukan setakat abah, mama dil pun kenal makcik nurse tu..Aduyaii, gawat nii.. =.=


*Wahai en katak, cepatlah bertukar..hihii.. ^^
Maaf, sensored.. ^^


nota kaki :


Dah siap pun renovate blog..
Tapi masalah tu tetap ada.. +_+