Showing posts with label doodle boy. Show all posts
Showing posts with label doodle boy. Show all posts

Jun 21, 2012

Doodle quote | Dear my future husband, can you be my "imam"?


Salam to all readers.

Dear my future husband,

Saya tau  awak mencari dan mahu
yang cantik,
yang solehah,
yang lemah lembut,
yang bijak,
yang pandai masak,
yang pandai uruskan awak,
dan macam-macam la..

Sampai saya pun risau,
dengan diri saya yang selalu ada kekurangan ni..

Tapi saya pun ada permintaan jugak,
tak banyak,
yang paling penting
janji bila kita dah sah,
awak boleh imamkan solat kita..
insyaAllah.


#korang boleh je nak share pic ni...ok..tak perlu tunggu permission dil..^^

Specky doodles..







Mar 4, 2012

Duhai lelaki..

Salam to all readers..






Lamanya tak update blog.. Tetiba terasa nak doodling doodle boy.. #sebab ramai yang dah bising dil pilih kasih..Asyik lukis doodle girl jer.. ^^


Post kali ni, memang special untuk para lelaki..^^



nota kaki:

Sambung balik buat lab game..=.=
sibuknya diriku.. 

Sep 7, 2011

Doodle's Couple | Indahnya perasaan bila..

Salam to all readers..



Budak kecik : Akak, siapa future husband akak?? Nak kenal..

Cik Dil : Ishh mana ada siapa-siapa..hahaha

Budak kecik : Eleh ye tak ni? Ala, nak kenal..

Cik Dil : Betul laa.. Tak ada..Siapa lah nak kat akak ni.. ^^

Budak kecik : Ahh tipu laa.. Ke akak tu yang jual mahal..=.="

Cik Dil : ^^ Biarlah dulu.. 





Nota Kaki:

Tak sabar nak balik melaka.. ^^










Sep 3, 2011

Doodle couple in love | Di manakah CINTA?

Salam to all readers..


Cikgu tanya kehadiran anak muridnya...

Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG



Kelakar kan.. Tapi tetap sweet..^^ Ada kawan yang share dekat dil quote ni.. Yang tak boleh blah kan, cinta sanggup pulang,  tak nak pergi sekolah, sebab kasih dan sayang tak ada..hahaha.. Tergolek-golek dil baca..


Oh ya cuba teka berapa lama dil ambil masa nak siapkan design doodle kat bawah ni.. Dil rasa doodle couple yang ni, yang paling lama nak siapkan..Padahal simple jer.. =.="






Nota kaki:

No more doodle trade..
Sebab next week dah nak balik melaka..
So, memang nak berehat habis-habisan ni..
Ada 3 doodle trade yang belum settle..=.="

Aug 19, 2011

Doodle boy bertuxedo | Mood menulis blog belum pulih sepenuhnya

Salam to all readers..


" If people are trying to bring you down, 
it only means that you are above them.. "



Kawan dil share kan quote tu untuk dil.. Thanks kawan.. Selepas kes tu, mood menulis belum pulih sepenuhnya.. Ntah kenapa, kali ni, rasa down sesangat.. Padahal dah kalih dengan kutukan macam tu.. Maybe hati dah tak kuat macam dulu..


Tapi dil nak berterima kasih sangat.. Ramai yang support dil.. Yang kasi dil semangat.. Ada yang pm dekat FB, ada yang jerit dekat shoutbox,komen dekat entry, yang msg personal dengan dil, seyesly, dil rasa beruntung sangat-sangat bile ada ramai yang sokong dil.. Terharu sangat-sangat.. Sayang u oll ketat-ketat.. ^^


Oh ya, sempat lagi dil buat doodle untuk En Alif Ismail sempena doodle trade untuk dia.. Kali ni, dil cuba designkan doodle bertuxedo.. Hahaa, tuxedo la sangat.. Hope En Alif Ismail menerima doodle ni, dengan hati terbuka..^^





Nota Kaki :

Esok shopping barang nak buat biskut raya.. 
^^


Aug 12, 2011

Doodle boy berbaju melayu untuk semua | Sukarnya memaafkan seikhlas hati

Salam to all readers..


Maaf
Senang diungkap walaupun berkali-kali..

Kemaafan
Sukar dilepaskan dengan seikhlas hati..

Duhai hati,
Jadi lah pemaaf yang ikhlas..
Bukannya pendendam yang tegar..

Moga suatu hari nanti,
akan terucap jua.
" Saya Maafkan Awak Seikhlas Hati Dunia dan Akhirat "
InsyaAllah..


Quote hari ni, bukan dicilok dari mana-mana wall FB kawan-kawan, tapi datang dari hati yang tengah resah.. Cewwahhh.. Jiwang sawang sesawang lagi..hehehhe


Oh ya, dah siap pun.. Doodle boy untuk semua especially untuk pembaca lelaki blog dil ni.. Dorang dah bising, asyik suruh dil buat doodle boy pulak.. Yela, asyik-asyik, doodle girl jer kan..hehehee.. Okay la, sesiapa jer boleh ambil doodle ni.. ^^ Hope korang suka doodle yang tak berapa hensem tuu.. Tak mau majuk-majuk lagi ok..


*Auwww, jangan la snap gambar dil..
Maluuu.. =.=" hehehhee



Nota Kaki :

Hati yang tak berapa nak tenang.. =.="

Aug 9, 2011

Doodle girl and doodle boy | Mesti awak kan lupa saya

Salam to all readers..



Awak : Lepas ni, saya nak sambung study.. Maybe kat oversea..

Saya : Ohh kt oversea eyy..emm msti lagi lama kn..=.=

Awak : 4 tahun.. Masa tu, mesti awak dah keje dengan Les Copaque..

Saya : emmm..lamanyaa..msti awk da x ingt sy kn..*air mata mula menitik..emo..

Awak : hahaha..Awak ni.. Tak kan la.. Ade blog dan facebook.. Boleh je keep in touch ^^

Saya : emmm yelaa.. =.="



Tetiba rasa sedih.. Lepas ni, tak ada la orang yang saya nak kacau.. Tak ada orang yang akan ingatkan saya makan ubat.. Tak ada orang yang kan tunjukkan saya video best-best.. Takkan ada orang yang akan borak-borak dengan saya pasal makanan.. Mesti sunyi nanti..  T_T


Awak, awaklah kawan terbaik saya.. Kalau awak lupa saya, siaplah awak.. Saya baling awak kat dalam laut, bagi ikan makan awak.. Awak kena ingat tu..^^'


Awak, walaupun kita baru jer kenal, dalam beberapa bulan jer, tapi saya suka kawan dengan awak.. Awak baik.. ^^ Tak sangka kan, dari gathering hari tu, kita boleh jadi kawan sampai sekarang.. ^^



*Saya memang tak reti lukis doodle boy..
Kesian awak, dah tak hensem..heheheh



nota kaki:

Errr header tukar lagii..
Lepas ni, kalau dil tukar header lagi, 
piyat telinga dil tau...^^