Salam to all readers..
Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.
“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.
Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.
Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.
Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?
Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.
Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.
Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.
Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.
Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.
Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”
Sumber :
lar ya Allah,jat ingtkan tipu2 je.rupanya betul.huhu
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletebila baca ni,ieqah kesian jugak kat elia tu, coz da bertunang kn..da tu sume tahu..malu la kan..
takpe kalau de jodoh tak kmana jugak kn..
sambut ramadhan dgn single la nmpknyee.
apex pn cam kejam jugak..hehe..
dulu takmo pk nk tumpu..ish ish..
da jadi retisss..biasala kn
lorhhhhh! dah putuskan tunang..dugaan betol mereka nie
ReplyDeleteapelaa dia neh . geram pulakk . grrgrr .
ReplyDeleteadui..tak tau nk kata la..dh meningkat naik mcm ni lak jadinya..byk dugaan, sepatutnya dielakkan putus tunang ni..dunia2..
ReplyDeleteadoila..ni takot nk tunang ni..org laki saba lah..dia pengambil keputusan..da lame kenal elia kot! tak leh ke saba sket agi...aduhh....tape la..hubungan org dewasa~
ReplyDeleteitu la owg ckap..waktu btunang nie byk giler dugaannye..igtkn org saje ckap,rupenye mmg btol..pasnie xyah tunang2 r,kawen jer trus..senang..hurmm..
ReplyDeletedah takdirkan...selamat berpuasa..
ReplyDeletebyk betul dugaan..mungkin mrk mmg tiada jodoh..pasti ada hikmah disetiap apa yg berlaku tu..
ReplyDeletemacam2 lah...
ReplyDeletetulah orang tua kata, pertunangan sangat menyeksakan. dugaan terlampau banyak
ReplyDeletehuhu..sian ngn elia.. npe nak trus putus,,bru cket dugaan bertunang tuh.. kalau citer xbetol, xyah la putus,,penat elia wat belog pasal dorang nyer hubungan,, kfcm xhargai pun.. huuu
ReplyDeletetunang dia tu.. tulis bukan2 psl dia dlm facebook... bleh tahan ke kalau tunang sendiri aib kan dia.. mngkin ini keputusan terbaik... smoga kharul fahmi trus kan utk karier bola sepak nya... elia.. tabahkan hati :D
ReplyDeleteoh. kesian elia. newayyy. mungkin bukan jodoh dorang. tak pelah, senyum2 ye sambut ramadhan :)
ReplyDeleteadoii dah la tunang ari tuh ala2 nk kawen..habis duet je..ermmm
ReplyDeleteayat2 tipikal semuanya..the bottom line is, he gave up..
ReplyDeletehappy fasting :)
takda jodoh memang mcm tuu..
ReplyDeleteuish , putus tunang? huuhuh.
ReplyDeletekecian mereka....mugkin jodohh bukan milik diorg....dugaan kn....
ReplyDeletesgt tkot nk hdp dalam alam pertunangan..serem!!!
ReplyDeleteagak kejam la skng baru nak tumpu.
ReplyDeletebaru nak pk itu ini bagai.pas
bertunang baru lah nak betul kan
semua.ish,kesian pompuan tu la..
rasanya jd mcm ni sbb cmpur tgn byk pihak. bila jd mcm ni mesti ramai yg tunding tgn kat KF, tp sblm KF diam je takde buat kenyataan apa2. tunang dia tu siap berkau aku dlm fb, memalukan KF. kakak tunang dia mcm2 mengata KF dlm twitter. nak perbaiki hubungan mcm mana lgi..
ReplyDeletetp siyesly ksian kat elia. memang sakit bila putus tunang.
"Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak."
ReplyDeleteElia pun tak pasti nak putus ke tak...
Bila baca blog elia, elia yg susah payah buat majlis pertunangan...xperlah elia. Maybe akan hadir insan bersyukur :)
mesti elia sedih giler! tapi dah takde jodoh dan maybe elia deserved better person kot :D
ReplyDeleteeeiii geramnya.cian elia dah bertunang pastu ptus .mesti dia bengang nnt org ingat dia itu ini .anyway sabar .dia bkn jodoh elia .maybe elia akan jumpa yg lbih baik dri dia .
ReplyDelete